BTC USD 61,209.8 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lagi ketidakadilan nyata terhadap anwar : Kuat sungguh pengaruh apco

sutranilam

Active+ Member
Joined
Oct 18, 2007
Messages
4,575
Reaction score
318
Points
41
Seperti kita sedia maklum, ketakutan BN terhadap DSAI amat ketara.Mereka sanggup buat apa saja demi mamastikan karier politik Anwar Berkubur.Segala Jentera kerajaan di gunakan, dari Mahlkamah, jabatan peguam negara , Utusan Malasia, RTM dan TV3. Boleh di katakan, apa saja berkaitan anwar akan di manipulasi, di putar belit, tipu helah dan muslihat berleluasa.Ini menggambarkan betapa takutnya mereka hanya dengan seorang manusia bernama Anwar. Sekarang tidak sudah untuk sesiapapun nak masuk TV atau nak masuk TV3, hanya perlu kutuk anwar atau reka cerita tentang anwar dan akan di beri liputan muda depan besar di akhbar dan setengah jam di tv3.

Yang terbaru ialah tindakan Jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen yang cuba nak menggantung anwar dari parlimen dalam isu APCO tentang dakwaan Anwar bahawa IMALAYSIA adalah cadangan APCO. Yang anehnya sepatutnya orang yang di tuduh akan di panggil mengadap jawatankuasa ini dan ini di persetujui semasa perbahasan di parlimen bahawa Anwar akan di panggil memberi penjelasan di hadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Sebaliknya tiba tiba hari ini pihak Jawatankuasa Hak dan Kebebasan membuat keputusan yang Anwar tidak perlu di panggil untuk bela diri sebaliknya mereka hanya bergantung pada laporan yang di sediakan oleh APCO pada mereka. Sedangkan Anwar sudah sediakan semua Dokumen jelas tentang APCO=1 Malaysia. Ini satu contoh ketidakadilan yang nyata akibat ketakutan pada Anwar Ibrahim.

http://www.youtube.com/watch?v=67x18MkB3tY
 
Sponsored Post

papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,285
Reaction score
32
Points
70
Apabila depa tak boleh nak lawan bukti Anwar maka cara kotor digunakan. Sama mcm ISA. Tangkap dan sumbat dalam penjara bertahun2. Tak cukup dgn itu, ditelanjang, diterajang dan ditumbuk. Tiada ruang pembelaan diri diberi. Perangai kerajaan mcm syaitan.

Tidak hairanlah bila APCO Yahudi menjadi penasihat dan dibayar RM70 juta setahun.
 

sutranilam

Active+ Member
Joined
Oct 18, 2007
Messages
4,575
Reaction score
318
Points
41
..

PETALING JAYA 3 DIS: Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen hari ini memutuskan untuk menghukum Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mendedahkan tindakan Umno-Barisan Nasional mengupah syarikat perunding Apco, tanpa memanggil Ketua Pembangkang itu untuk memberi keterangan.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengesahkan jawatankuasa itu sudah membuat keputusan namun bentuk hukumannya akan diumum kelak,Malaysiakini melaporkan.

Menurut sumber-sumber, Anwar digantung dari menghadiri sesi Parlimen akan datang.

Jawatankuasa berkenaan mengambil ketetapan mengenakan tindakan terhadap Anwar selaku Ketua Pembangkang hanya bersandarkan aduan yang dibuat oleh APCO menerusi sebuah surat bertarikh 19 Ogos.

Dua ahli pembangkang dalam jawatankuasa itu, Karpal Singh dan R. Sivarasa Rasiah memulau mesyuarat itu apabila ahli-ahli dari Barisan Nasional dan Spekaer tiba-tiba berkeras mengenakan tindakan terhadap Anwar tanpa memberi peluang kepada beliau membela diri.

Pandikar Amin Mulia sebelum ini memberi ketetapan kepada Parlimen bahawa Anwar akan diberi peluang untuk membela diri dan saksi-saksi lain akan dipanggil juga untuk memberi keterangan.

Anwar membidas keputusan Jawatankuasa itu.

"Ini mengesahkan tuduhan saya selama ini bahawa APCO itu begitu berkuasa. Satu surat dia boleh batalkan keterangan saya dan semua dokumen yang akan saya kemukakan. Saya siapkan bersama Puan Ambiga dan kakitangan semua dokumen termasuk perjanjian Apco dengan Myteams, 4 Ogos 2009. Saya siapkan beberapa dokumen lain untuk dibentangkan dan beberapa keputusan yang penting tentang kedudukan syarikat berkenaan. Tapi jawatankuasa parlimen menafikan hak saya sebagai ahli parlimen yang tertuduh," tegas beliau lagi.

"Saya bukan sahaja kesal tetapi membantah cara yang sedemikian menghina Parlimen dan mengaibkan kedudukan dan kemulian Parlimen," kata beliau ketika sidang media di Ibupejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) petang tadi.

Anwar merujuk kenyataan Speaker Dewan Rakyat yang memberi jaminan tertuduh akan dipanggil kepada jawatankuasa mengemukakan keterangan.

"(Speaker memberi ketetapan bahawa) Jawatankuasa hak akan memanggil sesiapa yang perlu, (dan kaji) dokumen yang penting baru bawa rekomendasi untuk tindakan. Ini jawapan speaker. "(Beliau berkata) bila seorang itu dirujuk, ahli yang berhormat demikian akan dipanggil oleh jawantankuasa mengemukakan keterangan," jelas beliau kepada media.

"Saya sehingga hari ini tidak dipanggil walaupun dalam agenda mesyuarat menunjukkan saksi akan dipanggil," tegas beliau.

Anwar sebelum ini mendedahkan di parlimen tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional mengupah syarikat pelobi pro-Israel antarabangsa Apco Worldwide mengendalikan konsep 1Malaysia Perdana Menteri Najib Razak.

Dalam mempertahankan dakwaan itu, Anwar memberikan pelbagai contoh ketara untuk menunjukkan persama antara 1Malaysia dan 1Israel.

Pada 8 Jun lalu Anwar dipanggil oleh jawatankuasa tersebut berhubung dakwaan beliau dalam Parlimen bahawa konsep 1Malaysia yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebenarnya diceduk daripada slogan One Israel di bawah Perdana Menteri Ehud Barak pada 1991.

Namun beliau kemudian dinafikan hak untuk memberi keterangan.

Dalam sidang media yang sama, peguam Karpal Singh berkata Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bersidang hari ini tanpa agenda khusus.

Katanya, pada mesyuarat itu sepucuk surat dari APCO, bertarikh 19 Ogos dikemukakan justeru Ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim menggerakan usul supaya perkara itu didengar hari ini dan usul itu disokong oleh Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Fong Chan Onn.

"Kami diberi surat dari Apco ketika mesyuarat berkenaan sedang dijalankan dan secara tiba-tiba pula, ahlii parlimen Muar, Razali iIbrahim mengemukakan usul perkara tersebut dibincangkan dan ia telah dosokong oleh ahlli parlimen Alor Gajah, Dr Fong Chan Onn.

Saya dan R. Sivarasa (ahl parlimen Subang) telah membantah cadangan usul tersebut dan mempersoalkan langkah tergesa-gesa Razali namun beliau menjawab 'mengapa tidak'," jelas Karpal.

Tidak bersetuju dengan keputusan itu, Karpal berkata beliau dan Sivarasa meninggalkan mesyuarat berkenaan tanda protes justeru tidak mengetahui perkembangan mesyuarat itu.

Sesi parlimen baru dijadual bermula pada 7 Mac tahun depan.
 

sutranilam

Active+ Member
Joined
Oct 18, 2007
Messages
4,575
Reaction score
318
Points
41
...

Hanay satu surat dari APCO=Yahudi sudah cukup untuk mempengaruhi ahli jawatankuasa hak dan kebebasan dari BN untuk tidak membenarkan Anwar membela diri.Ini lah yang di katakan ketakutan teramat sangat dan mereka takut anwar akan kemukakan dokumen bukti kaitan 1 Malaysia = 1 israel.

Kes ni sama lah juga macam kes liwat anwar 11 ni apabila anwa di nafikan hak untuk memperolehi salinan nota nota perubatan dari HKL dan di nafikan pelbagai dokumen bagi beliau membela diri.
 

wokyoh fx

Super Active Member
Joined
Aug 25, 2010
Messages
7,161
Reaction score
49
Points
70
ni ke lambang dia ??:-?:-?:eek::eek:


1Malaysia.jpg



patutpun bendera israel berkibar megah di PWTC ..


israel_umno.jpg
 

sutranilam

Active+ Member
Joined
Oct 18, 2007
Messages
4,575
Reaction score
318
Points
41
..

Tindakan Gantung Anwar, Pakatan Akan Lapor IPU
03/12/2010 Share


SHAH ALAM 3 DIS: Pemimpin Pakatan Rakyat tidak teragak untuk menfailkan laporan kepada Kesatuan Inter-Parlimen (IPU) terhadap Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen Malaysia sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus dinafikan hak memberi keterangan berhubung kenyataan APCO Worldwide di parlimen Jun lalu.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang dihubungi TV selangor petang tadi berkata keputusan yang dibuat jawatankuasa itu tanpa mengambilkira keterangan Anwar melanggar hak asasi manusia justeru melabelkan jawatankuasa itu sebagai pengecut.

Mennurutnya, tindakan itu menunjkkan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen telah melanggar amalan biasa. Orang yang dituduh selalunya harus dipanggil untuk memberi keterangan membela diri.

"Jawatankuasa ini mesti tunjuk ketelusan mereka, kenapa jawatankuasa ini takut? Nampaknya jawatankuasa ini takut untuk berhadapan dengan keterangan yang hendak diberi Datuk Seri Anwar.

Jika ini dilakukan saya rasa ini akan menjatuhkan reputasi parlimen Malaysia pada mata parlimen dunia dan ini adalah tidak sihat kepada proses demokrasi berpalimen di negara kita," tegas beliau ketika dihubungi TV Selangor petang tadi.

Dalam sidang media di Ibupejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini, Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhasrat untuk menggantung beliau menghadiri sesi parlimen.

Menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu titik hitam dalam sejarah parlimen dan di antara Kesatuan Inter-Parlimen, Anwar bertegas akan mengemukakan bukti kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak menggunakan pendekatan Israel dalam konsep 1Malaysia yang dilaksanakan di negara ini.

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS berkata, status institusi tertinggi di negara ini semakin merudum justeru menghakis nilai demokrasi yang pertahankan negara selama ini.

"Anwar semua dinafikan. Di mahkamah dia dinafikan untuk mendapatkan dokumen, di sini dia dinafikan untuk memberi keterangan. Jadi bagi saya amat memalukan bila institusi demokrasi tertinggi di negara kita iaitu parlimen tidak dapat menterjemah dan memurnikan proses demokrasi itu," tambah beliau lagi.
 

papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,285
Reaction score
32
Points
70
Apa nak jadi la dgn pemimpin UMNO ni. Rupa2nya pemimpin Melayu UMNO yg zalim kpd Melayu sendiri.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register