Lagi kes kematian yg dicemburui(tgh keluar dakwah)

Recommended Brokers


lindasabri

Fun Poster
Joined
Oct 19, 2007
Messages
538
Reaction score
29
Points
20
IMG-20190918-WA0011.jpg


-KEMATIAN YANG DICEMBURUI-

Innalillahi wainna ilaihi rajiunn.

Allah maha kuasa Makhluk tiada Kuasa.

Seorang sahabat yang pastiku rindui pemergiannya.. Beliau ialah abang mad zaidi bin loso 44tahun, seorang ahbab, amla', karkun dakwah..berasal dari kota tinggi johor, pernah menetap buat usaha agama dimentakab pahang dan berpindah ke klang, selangor untuk berkhidmat dimadrasah, beliau banyak memberi serta mengorbankan diri harta dan masa untuk kerja agama..senang cerita Dakwah dijadikan kerja rutin hariannya.
Sunnah Nabi saw sentiasa kelihatan dibadannya.Sesiapa yang melihat beliau, akan ingat akhirat,,, berbual-bual dan sembang dengan beliau in sha Allah iman naik.
Kita jadi ingat mati selalu,, mantapkan😭😭😭

Kronologi kematian yang dicemburui oleh orang awam dan karkun tempatan.

Pada hari sabtu 14 sept, satu jemaah dari halqah rantau panjang klang telah dibentuk untuk khuruj 3hari dibukit kapar. Dan arwah abang zaidi diputus menjadi amir sab/ketua jemaah untuk membawa jemaah keluar 3hari belajar mengislah diri. Antara amalan kegemaran arwah ialah khidmat untuk jemaah(khidmat taam/masak).Pada hari itu beliau mengambil bahagian khidmat hari pertama dan juga pada hari ketiga.
Arwah orang yang paling senang bergaul dengan semua orang, muamalat sesama manusia pun cantik, tak cakap benda merapu.

Ringkas cerita, pada hari ketiga 16 sept ketika jemaah sudah tangguh untuk pulang kerumah masing-masing dan telahpun diberikan bayan wapsi/tangguh. Beliau dengan beberapa orang lagi rakan tidak pulang kerumah kerana kebiasaannya beliau akan mencukupkan 72jam untuk 3hari. Ada yang bergurau, esok tak kerja ke? Jawab beliau inilah kerja saya(dakwah)☺ Maka beliau pun sambung beriktikaf dimasjid..
Selalunya beliau akan balik keesokannya lepas solat sunnat dhuha..
Pada keesokan hari 17 sept sebelum subuh apabila salah seorang rakannya iaitu cikgu hanif mengejutkan arwah dari tidur, cikgu hanif dah mula hairan beliau masih tidak bangun.sedangkan beliau biasanya antara orang terawal bangun untuk menghidupkan 2/3malam dengan bertahjud, mmbaca quran, dan berzikir.

selepas solat subuh,cikgu hanif dan jemaah surau menelifon ambulan dan pegawai perubatan telah mengesahkan bahawa beliau telah meninggal!
Innalillahi wainna ilaihi rajiunn..😭😭😭
Antara sebab kami kagum dan cemburu kerana,meninggal dunia baru balik dari khuruj, dalam masjid, sedang beriktikaf, tidur dengan cara sunnah, disisinya ada kayu sugi yang diletakkan didalam lota(sejenis teko untuk ambil wuduk) sebekas dadih buah kurma. Kain yang dipakai untuk tidur diikat tengahnya.. Alhamdulillah polis pun Allah lembutkan hatinya( asbab abang muaz) untuk keluarkan permit kubur. Kalau tak posmoterm.. Kita yakin, ini ada amalan beliau yang Allah suka, Ketika menguruskan jenazahnya pula Allah bagi mudah,lepas itu hujan turun dengan lebatnya. Sementara menunggu anak kedua beliau tiba,seorang hafidz quran yang melanjutkan pelajaran 'alim di yala, thailand.😭 Iaitu uqashah.

Ramai Dari kalangan sahabat, kenalan, rakan, anak tahfidz dari muqwa yang turut hadir untuk menyembahyangkannya sehingga 5kali saya kira, Mula-mula lepas selesai dikafankan, kemudian lepas solat fardhu zohor dua kali, selepas asar dua kali.. Ma sha Allah ramai solatkan arwah.. Bila anak arwah tiba, barulah dikebumikan.. Suasana dikubur begitu sebak,😭 ustaz yang memberikan peringatan talqin tanpa teks menyentuh hati setiap pendengar dengan menceritakan amalan kebaikan arwah antaranya menjaga solat fardhu secara berjemaah,rajin berpuasa dan melibatkan diri dengan kerja-kerja dakwah.. Kalau diingat, memang abang zaidi seorang yang sangat cool.. 😭

Arwah abang zaidi meninggalkan dunia yang fana' ini seorang ahlia/isteri,
3orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.
19tahun hafidzah quran.
17tahun Alhafidz kearah 'alim.
12tahun taksilap sedang belajar dimadrasah.
2tahun sikecil zainab. 😭

Moga Allah sayangkan kita sentiasa, dan pilih kita, seluruh zuriat keluarga kita dan ummat Nabi saw dalam kerja-kerja agama islam yang mulia ini.

Kutitipkan doa kepadamu wahai abang mad zaidi bin loso.
Ya Allah, ampuni untuknya, rahmatinya, maafkannya.. Tempatkan beliau ditaman-taman syurga. 😭❤
 
Sponsored Post

adamrao

Active Member
Joined
Mar 1, 2017
Messages
1,188
Reaction score
88
Points
30
setiap orang.. penerimaan kisah sebegini lain rasa dia pada setiap orang..
 

fredo

Super Active Member
Joined
Nov 17, 2007
Messages
5,160
Reaction score
51
Points
80
Innalillahi wainna ilaihi rajiunn...Allah tempatkan dia bersama para2 soleh.
takziah.
al fatihah
 
Sponsored Post
Top
Log in Register