BTC USD 97,622.9 Gold USD 2,882.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lagi kes jenazah ‘ditahan’ sebab tak cukup duit

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
19,307
Joined
Dec 6, 2010
Messages
19,307
Reaction score
1,343
Points
201
6266964615170738278_121.jpg


Lagi kes jenazah ‘ditahan’ sebab tak cukup duit


PETALING JAYA – Belum reda kisah kematian seorang bayi lelaki disimpan sehingga beku, semalam muncul pula pendedahan baharu mengenai jenazah wanita dikatakan ditahan hampir 24 jam gara-gara suaminya tidak cukup wang.

Menerusi perkongsian di Facebook Mr Wan Cai Official, pihaknya mendedahkan terdapat kartel jenazah yang mengambil kesempatan mengenakan caj pengurusan terlalu tinggi kepada lelaki tersebut sehingga proses pengebumian jenazah isterinya tergantung.

Katanya, pasangan tersebut merupakan mualaf dan berstatus asnaf serta si suami adalah kategori orang kelainan upaya (OKU).

“Kisah berlaku pada 12 November lalu apabila seorang wanita disahkan meninggal dunia di unit kecemasan sebuah hospital swasta di Ampang dan bil hospital RM5,500.

“Bagaimanapun, pihak hospital memaklumkan boleh bayar kemudian dan meminta waris menguruskan jenazah wanita tersebut terlebih dahulu,” katanya.

Bercerita lanjut, pengendali Facebook tersebut berkata, beberapa jam kemudian, secara tiba-tiba muncul dua individu yang mendakwa mereka dihubungi pihak hospital untuk menawarkan khidmat pengurusan jenazah.

“Van sudah siap dibawa. Harga urus jenazah yg ditawarkan RM500 mulanya, suami arwah setuju dan jenazah dibawa ke masjid dan selepas selesai mandi, kafan sekitar 4 petang, tiba-tiba harga berubah dan naik anggaran RM2,000.

“Sehinggalah pukul 2 petang 13 Disember, jenazah tersebut ‘ditahan’ tanpa perikemanusiaan,” jelasnya.


Sumber Kosmo Online
 
Sponsored Post

Uncle kentang ada kn
uncle kentang pun sama je.. bkn semua free...

kes ni rasanya ada kartel.. informer dpt komisen...


dulu member aku jaga bilik mayat HUKM..
masyuk jgk la kalau uruskan mayat non muslim.. upah mandikan.. komisen keranda...
 
uncle kentang pun sama je.. bkn semua free...

kes ni rasanya ada kartel.. informer dpt komisen...


dulu member aku jaga bilik mayat HUKM..
masyuk jgk la kalau uruskan mayat non muslim.. upah mandikan.. komisen keranda...
Ya la xkn semua benda nk free kot....mesti org nk upah jgk....tp jgn la cas terlampau mahal...yg tu yg salah klau patut padan org pun fhm
 
uncle kentang pun sama je.. bkn semua free...

kes ni rasanya ada kartel.. informer dpt komisen...


dulu member aku jaga bilik mayat HUKM..
masyuk jgk la kalau uruskan mayat non muslim.. upah mandikan.. komisen keranda...
Ni mesti duduk depan rumah mayat pakai sling bag dengan walkie talkie.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register