BTC USD 84,149.5 Gold USD 2,986.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lagi kes buli UPNM, pelajar retak rusuk dipijak senior

Sponsored Post

Pengalaman aku sendiri, pernah kena tengking, kena marah dengan sarjan di depan anak buah dia...aku senyum je beranggapan sarjan tu nak naikkan imej garang dia, mampu marah org lain depan anak buah dia..so macam kes pegawai tentera ni, 'he need someone just to boost his ego' nak naikkan ego dia sendiri. Aku tak cakap apa, takde masa aku nak bergaduh,,yg penting masalah organisasi yg aku wakili selesai.
Bukan semua pegawai tentera ni berfikiran terbuka.
Kena marah tu kan sebahagian dari tugas.
well said
 
Polis Belum Terima Laporan Perubatan Mangsa Buli UPNM​

d30d46bd9c1e697f5d7aca2287f434a366d99f20aa595

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Polis belum menerima laporan perubatan melibatkan kes seorang kadet tahun satu Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang cedera parah di rusuk dan belakang badan akibat dipijak pelajar senior akademi berkenaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kertas siasatan kes berkenaan juga sedang dilengkapkan oleh pegawai penyiasat sebelum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara bagi tindakan lanjut.

“Kertas siasatan sedang dilengkapkan dan laporan perubatan masih belum diperoleh, setakat hari ini seramai 13 individu telah dirakam keterangan termasuk suspek berusia 22 tahun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada 10 Nov lepas Rusdi dalam kenyataan memaklumkan mangsa berusia 19 tahun yang juga penuntut tahun satu, mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang selepas dicederakan seorang penuntut senior tahun tiga, dan kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Kejadian dilaporkan berlaku pada 10.45 malam, 21 Okt dan polis menerima laporan berkaitan insiden itu pada 8.40 malam, 8 Nov.

Pada Isnin lepas suspek kes berkenaan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras untuk memberikan keterangan dan dibenarkan pulang selepas selesai urusan berkenaan.

-- BERNAMA
 
Pengalaman aku sendiri, pernah kena tengking, kena marah dengan sarjan di depan anak buah dia...aku senyum je beranggapan sarjan tu nak naikkan imej garang dia, mampu marah org lain depan anak buah dia..so macam kes pegawai tentera ni, 'he need someone just to boost his ego' nak naikkan ego dia sendiri. Aku tak cakap apa, takde masa aku nak bergaduh,,yg penting masalah organisasi yg aku wakili selesai.
Bukan semua pegawai tentera ni berfikiran terbuka.
Kena marah tu kan sebahagian dari tugas.
maksudnya beralah ? bia dia tnjuk power dia
 
maksudnya beralah ? bia dia tnjuk power dia
Pertimbangan aku masa tu..aku perlukan sesuatu dari sarjan tu..so biar dia menang..anak buah dia anggap dia hero. Dia bagi apa yg aku nak (bendera Malaysia) kes tutup.
Kalau sama2 naik, dia marah..aku marah dia balik..dia bad mood..malu kena marah depan anak buah..dah tentu aku tak dapat apa yg aku nak.
So beralah sedikit asalkan misi aku berjaya.
 
Kalau buli memang kena sentuh ke?
Ada kes buli mental....ada student laki ni suka kat student perempuan. Tapi student perempuan ni rijek. So hari2 student laki tu hantar mesej..hodoh...gemuk....tak cantik..sampai mental budak tu. Cari pisau nak kerat nadi..mujur cepat diselamatkan. Hampir2 budak laki tu jadi pembunuh. Gen Z sekarang amat rapuh.
 
bab ngurat2 ni kekadang kes cabar mencabar.. klu dpt tackle awek ko menang
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register