hiduprakyat
Legendary Member

- Messages
- 19,817
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 19,817
- Reaction score
- 1,390
- Points
- 201
Lagi kes buli UPNM, pelajar retak rusuk dipijak senior
KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur mengesahkan pihaknya sedang menyiasat kes seorang pelajar tahun satu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), di sini yang cedera parah akibat dipijak senior, bulan lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu sekitar pukul 8.40 malam, kelmarin.
Katanya, laporan tersebut memaklumkan seorang pelajar mengalami cedera parah dan kejadian itu berlaku pada 21 Oktober lalu.
“Kejadian dilaporkan berlaku sekitar pukul 10.45 malam ketika mangsa berada di tepi padang kawad setelah selesai panggil nama.
Menurut beliau, mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di hospital berhubung kecederaan yang dialami.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan dilengkapkan,” katanya.-KOSMO! ONLINE.
Sumber : Kosmo Online