Lagi Kereta Pemandu Mabuk Rempuh Orang

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
12,706
Reaction score
2,444
Points
236
25.01.2020 - Georgetown, Dua individu cedera selepas dilanggar sebuah Proton Waja yang dipandu seorang lelaki yang berada di bawah pengaruh alkohol dalam kejadian di Jalan Ayer Itam di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, dalam kejadian pada jam 4.10 pagi tadi, Proton Waja yang dipandu lelaki berusia 24 tahun itu datang dari arah Bulatan Ayer Itam menuju ke pusat bandar.

Menurutnya, ketika tiba di persimpangan lampu isyarat Jalan Ayer Itam dan Jalan Padang Tembak, kereta tersebut terlebih dahulu telah melanggar sebuah Perodua Myvi yang dipandu oleh seorang wanita.

"Selepas melanggar Perodua Myvi yang datang dari arah simpang kiri Jalan Padang Tembak, Proton Waja tersebut telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan.

Akibat daripada itu, kereta tersebut melanggar pula sebuah motosikal jenis Modenas Dinamik yang ditunggang seorang lelaki.

"Susulan daripada itu, pemandu wanita berusia 22 tahun mengalami calar di tangan, badan serta kepala manakala penunggang motosikal berusia 40 tahun cedera di kepala, badan serta kaki. Kedua-duanya kini dirawat di Hospital Pulau Pinang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Soffian berkata, pemandu Proton Waja yang tidak mengalami kecederaan ditahan untuk pemeriksaan.

"Hasil ujian alkohol ke atasnya mendapati, dia berada di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian. Dia kini ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.



Berita asal https://www.sinarharian.com.my/article/67385/EDISI/Utara/Lagi-kereta-pemandu-mabuk-rempuh-orang-1.67385
 
Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
32,477
Reaction score
1,450
Points
206
straw plastik haram.
mabuk halal.
 

QIPIDELANA

Super Active Member
Joined
Dec 13, 2012
Messages
8,861
Reaction score
176
Points
88
Bagi jer trus hukuman berat kat pemandu mabuk ni.hanat tol
 

kiddd2

CG Top Poster Club
Joined
Jun 7, 2011
Messages
22,363
Reaction score
2,542
Points
191
nanti kabinet bersidang laa..

lambat2 buat keputusan pon xpa..

nanti pelancong china xnak datang, menteri pelancongan bising..

korang tau apa, kopipes fb je pon..
 

Arluth

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Jul 1, 2009
Messages
9,464
Reaction score
293
Points
91
Kalau percaya apa yg dia putaq tu mmg vodo la..nasib baik ada abg tanjung..depa ni mmg dah melebih,baru ni dah kena tabuh dah sekoq kat perai,tak viral ja
 

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
7,705
Reaction score
388
Points
81
Ingat perokok tadi, menteri kesihatan xmau komen ka
 

none

Super Active Member
Joined
Nov 14, 2007
Messages
7,953
Reaction score
141
Points
73
hasil dari saringan awal yg dibuat,
mendapati kadar kandungan alkohol dlm darah pemandu tersebut
berada dalam tahap yg dibenarkan....
kata ketua polid seketam bola..
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
7,100
Reaction score
344
Points
81
Kalau percaya apa yg dia putaq tu mmg vodo la..nasib baik ada abg tanjung..depa ni mmg dah melebih,baru ni dah kena tabuh dah sekoq kat perai,tak viral ja
Itu yang sebaik-baiknya.
Lanyak cukup-cukup, tak perlu nak viral satu malaysia.
Kang tak pasal-pasal tukang tabuh tu lepas ke dalam.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register