Lagenda Wall street pun main Ponzi!!

CG Sponsors




StanNero

Super Active Member
Joined
Mar 12, 2006
Messages
7,442
Reaction score
164
Points
73



Tembelang Legenda Wall Street akhirnya terbongkar

SEPANJANG bulan ini, bekas Pengerusi Pasaran Saham Nasdaq di New York, Bernard Madoff menjadi tumpuan selepas beliau mengaku menipu pelabur-pelabur skim pelaburannya.

Madoff mengaku kepada pihak berkuasa bahawa beliau menipu pelabur menerusi satu skim cepat kaya melibatkan kerugian bernilai AS$50 bilion (RM171.89 bilion).

Pelabur-pelabur Madoff bukan sebarangan orang kerana antaranya ialah pewaris syarikat kosmetik L'Oreal, Liliane Bettencourt, tunang aktres Uma Thurman, Arpad Busson dan pengarah filem terkenal, Steven Spielberg.

Beberapa bank di luar Amerika Syarikat (AS) turut terlibat dalam pelaburan Madoff itu dan kini berdepan risiko kerugian.

Korban pertama skim anjuran Madoff itu ialah pengurus dana kelahiran Perancis, Thierry Magon De la Villehuchet yang membunuh diri di pejabatnya di New York, Selasa lalu.
Menerusi skim anjuran Madoff itu, pelabur akan mendapat pulangan luar biasa.

Namun, pulangan luar biasa itu sebenarnya dibayar dengan wang pelabur baru dan ia bukan hasil keuntungan perniagaan.
Apa yang menjadi isu adalah kenapakah golongan yang sudah kaya dan terkenal boleh melabur dan tertipu menerusi skim pelaburan anjuran Madoff itu?

Golongan kaya dan selebriti itu melabur kerana mereka terpengaruh dengan reputasi Madoff yang digelar sebagai legenda Wall Street.

Madoff digelar legenda Wall Street kerana beliau dipuji berikutan peranannya mengubah cara saham diniagakan iaitu menerusi dagangan elektronik.

Skim anjuran Madoff itu sudah berlanjutan sejak sekian lama tetapi akhirnya terbongkar sama seperti kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

Ada ketikanya apabila seseorang itu sudah berjaya, rasa bangga diri wujud sehingga lupa kesilapan kecil mampu membawa padah besar.

Madoff ditangkap selepas ejen-ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mendapat maklumat penipuan itu daripada dua anak lelakinya sendiri iaitu Mark dan Andrew.

Moral ceritanya adalah mangsa skim cepat kaya tidak mengenal bangsa dan agama manakala nafsu untuk menjadi kaya dengan cepat berada dalam diri kebanyakan manusia.

boleh rujuk wikipedia..pasai dia dia ngaku buat ponzi scheme

http://en.wikipedia.org/wiki/Bernard_L._Madoff



Ako tambah lagi. Moralnya.. apa sekalipun nak berbisnes ke melabur ke..jgn cepat gelap mata kalau org tu ada nama ke apa ke..

Ini tak pantang org yg anjurkan tu DATo.. trus gelap mata even dah tau skim yg diorg buat tu meragui.. kalau dah ponzi2 ponzi jugak..Tambah org Kita yg suka sgt skim2 cepat kaya mcm nie..so tuhan dah tunjuk depan mata.. Xde nyer yg kaya cepat tanpa usaha .. Dah sah2 dalam ISLAM pun kata haram skim2 mcm nie.. mesti ada sebabnya... ada hikmahnya..

So lepas nie xkira la kalau muncul lagi SKIM mcm nie.. korang igt balik..ishh Madoff pun leh kantoi, inikan DATO2 atau Tan SRi kat malaysia nie nyer program..
 
Sponsored Post

tokmat™

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Dec 23, 2005
Messages
33,932
Reaction score
274
Points
136
Info baik utk renungan bersama......
 

StanNero

Super Active Member
Joined
Mar 12, 2006
Messages
7,442
Reaction score
164
Points
73
ada yg kata Kerajaan suka tutup periuk nasi org MELAYU..

Adehh kalau kat US pun FBI leh carik org2 mcm nie yg anjurkan skim ponzi..sah2 la kita buat pun ada sebabnya..

Better tutup periuk nasi org melayu dari periuk nasi diorg terisi ngan skim cepat2 kaya.. Sorry kalau post ako melampau..
 

zkry

Super Active Member
Platinum Member
Joined
May 12, 2007
Messages
6,718
Reaction score
109
Points
78
Thanks... terasa pulak aku....:">
Tapi sekarang aku dah tobat:).... sejak kene dgn Jai Network...~X(
 

PopIsDead

Active+ Member
Joined
Apr 11, 2007
Messages
4,857
Reaction score
478
Points
41
one giant massive ponzi scheme ever...after the ponzi himself!

pop
 

niedzal

Active+ Member
Joined
Mar 6, 2007
Messages
2,686
Reaction score
15
Points
25
waspada.. skim2 cepat kaya ni mcm2 ada. modal ciput, untung luar biasa. duduk diam bole dapat duit ????
 

naj2921

Active+ Member
Joined
Apr 16, 2008
Messages
4,529
Reaction score
12
Points
25
pokok pangkalnya jangan TAMAK je:D:D
 

StanNero

Super Active Member
Joined
Mar 12, 2006
Messages
7,442
Reaction score
164
Points
73
Thanks... terasa pulak aku....:">
Tapi sekarang aku dah tobat:).... sejak kene dgn Jai Network...~X(
xde apa2 bro.. saje je sebba kita cepat sgt buta kalau ada nama2 besau masuk..

Cth yg kes artis2 melabur skim cepat kaya tu..pantang ada org jual nama ada kable dato and plan biz sekian2.. trus buta mata.

Tapi tu la, xramai yg reti beza skim cepat kaya.. ponzi..matrik dan sebagainya..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register