BTC USD 63,431.8 Gold USD 1,744.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lady Gaga tawar RM2 juta pulangkan 'Koji' dan 'Gustav'

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,073
Reaction score
12,468
Points
2,376
Lady Gaga tawar RM2 juta pulangkan 'Koji' dan 'Gustav'

Ketika insiden itu, Gaga berada di Rome untuk penggambaran filem arahan Ridley Scott berjudul 'Gucci'. Lady Gaga atau nama sebenar Stefani Germanotta masih belum memberi sebarang komen berhubung insiden berkenaan. - Sumber foto [email protected]


BINTANG pop Lady Gaga menawarkan ganjaran bernilai kira-kira RM2 juta (AS$500,000) kepada individu yang memulangkan dua ekor anjing baka French Bulldog yang dipercayai dicuri dalam kejadian tembakan di Los Angeles pada Rabu lalu.

Anjing peliharaannya, Koji dan Gustav dipercayai dilarikan suspek dalam kejadian itu yang meninggalkan seorang lelaki cedera parah akibat ditembak.

Ketika insiden itu, Gaga berada di Rome untuk penggambaran filem arahan Ridley Scott berjudul Gucci. Lady Gaga atau nama sebenar Stefani Germanotta masih belum memberi sebarang komen berhubung insiden berkenaan.

Namun, Jabatan Polis Los Angeles mengesahkan berlaku insiden yang melibatkan dua anjing baka French Bulldog yang didakwa dicuri daripada seorang lelaki berusia 30 tahun di Hollywood pada malam Rabu.

Menurut beberapa media tempatan, mangsa tembakan dikenal pasti sebagai penjaga anjing kepada bintang pop itu dan masih berada dalam keadaan kritikal.

Seekor lagi anjing baka Bulldog, Miss Asia pula dipercayai terlepas daripada suspek dan kemudian berjaya ditemui.

Beberapa insiden rompakan ganas membabitkan anjing baka French Bulldog dilaporkan di Amerika Syarikat sejak beberapa bulan lalu.

Pada Januari lalu, seorang wanita di San Francisco diserang perompak bersenjata sebelum anjing French Bulldog milik mangsa dibawa lari.


 

CG Sponsors




Top
Log in Register