Lady Gaga pengsan di universiti

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
INDIANAPOLIS - Penyanyi yang popular dengan lagu Poker Face, Lady Gaga (gambar) pengsan di bilik persalinan beberapa minit sebelum dia membuat persembahan di Universiti Purdue, Indiana kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Doktor yang merawatnya kemudian meminta dia membatalkan persembahannya itu.

Dia kemudian menghantar mesej kepada peminat-peminatnya di laman web Twitter dengan berkata: "Saya menangis selama beberapa jam. Saya seperti membuatkan peminat-peminta saya berasa kecewa.

"Satu jam sebelum persembahan itu, saya berasa pening kepala dan menghadapi masalah dengan pernafasan."

Menurutnya, anggota-anggota paramedik telah memberikan rawatan kepadanya.

Lady Gaga berkata, anggota-anggota paramedik memberitahu, jantungnya berdenyut tidak sekata kerana masalah kepenatan dan penyahhidratan.

"Saya dapat mendengar peminat-peminat saya menyorak dari bilik persalinan saya.

"Saya telah merayu supaya saya dibenarkan muncul di pentas," katanya di laman tersebut.

Menurutnya, pentasnya mempunyai peralatan mekanikal menyebabkan ramai orang bimbang jika dia membuat persembahan.

"Saya berasa amat kecewa. Saya pernah membuat persembahan semasa dijangkiti demam selesema dan sakit tekak.

"Saya berharap anda (peminat) akan memaafkan saya," kata Lady Gaga. - Agensi
 
Sponsored Post

haudli

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,313
Reaction score
442
Points
136
semangat tul lady gaga nih..
 

ceria28

Legendary Member
Joined
Mar 13, 2007
Messages
11,901
Reaction score
109
Points
123
mmg bersemangat budak ni dan berterus terang dgn peminat2nya. Sanggup minta maaf lg
 

janggut_X

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Oct 23, 2008
Messages
57,870
Reaction score
73
Points
520
dah cergas leh performe semula..
 

CikSukan

Blogger Moderator
Joined
Aug 19, 2006
Messages
9,946
Reaction score
580
Points
111
Dasyat Lady Gaga nih.. so popular kat internet. Bayangkan lagu Lady Gaga - Bad Romance 60,253 ratings, 77,913,153 views

 

comelcomot

Active+ Member
Joined
Jan 29, 2009
Messages
4,851
Reaction score
11
Points
30
bagus die nih jujur kat peminat..gud gud!!
 

hazirah

Super Active Member
Joined
Jan 9, 2009
Messages
6,907
Reaction score
100
Points
73
Dasyat Lady Gaga nih.. so popular kat internet. Bayangkan lagu Lady Gaga - Bad Romance 60,253 ratings, 77,913,153 views

haku sgt suke video lagu neh... pelik tp beshh
 

roBUST

Banned
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
all the best lady gaga..im the one of your fanz
 
Sponsored Post
Top
Log in Register