Ladang laut dapat tingkatkan pendapatan nelayan: LKIM

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,410
Reaction score
256
Points
81
PASIR PUTEH: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memperuntukkan kira-kira RM100,000 bagi membina sebuah 'ladang laut' di kawasan Laut Cina Selatan bagi meningkatkan pendapatan 2,000 nelayan tradisional di Kelantan.

Timbalan Pengarah LKIM Kelantan, Muhamad Yusuf, berkata ladang terletak kira-kira lima batu nautika dari pantai Kelantan itu membabitkan pembinaan tukun konkrit di kawasan seluas satu hektar.

"Nelayan Tumpat, Kota Baharu, Bachok dan Pasir Puteh kini boleh menangkap ikan di kawasan itu," katanya pada majlis penyampaian elaun sara hidup nelayan di Tok Bali di sini, hari ini.

Seramai 232 nelayan yang menganggotai Persatuan Nelayan Semerak, Pasir Puteh menerima elaun masing-masing sebanyak RM200 yang disampaikan oleh Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Pasir Puteh, Zawawi Othman.

Majlis pagi tadi turut dihadiri oleh pengerusi persatuan itu, Datuk Mohd Jelani Jaafar.

Muhamad Yusuf berkata, ladang berkenaan juga dijangka mampu menarik kemunculan pelbagai spesies ikan, termasuk ke kawasan sekitarnya untuk bermain dan membiak pada skala yang lebih besar.

Menurutnya, sebelum ini nelayan terpaksa menangkap ikan di merata tempat atau membina tukun sendiri daripada batang buluh dan daun kelapa dengan perbelanjaan yang besar.

Beliau berkata, pihak LKIM sentiasa memantau ladang itu dengan mendapat khidmat juruselam sekurang-kurangnya sekali dalam setahun bagi memastikan tiada pencemaran dan tiada pukat hanyut yang tersangkut yang boleh menghalang ikan daripada membiak. - Bernama
 
Sponsored Post

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
tgk nanti bajet berapa juta dan ladang tu nilai berapa juta.
lebih ke poket dari keladang
 
Sponsored Post
Top
Log in Register