Labur 3 hari, lebur RM3,000

CG Sponsors




BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Labur 3 hari, lebur RM3,000

KUALA LUMPUR: Teruja mendapatkan wang mudah, seorang pegawai bank kerugian RM3,000 apabila ditipu seorang lelaki yang kononnya berjanji menggandakan wang miliknya dalam satu skim pelaburan perniagaan di Jalan Tun Perak. Selain dijanjikan ganjaran wang pelaburan sekali ganda hanya dalam tempoh tiga hari melabur, lelaki terbabit menabur janji manis dengan mendakwa akan memberikan hadiah sagu hati, TV LCD berukuran 42 inci.


Difahamkan, mangsa berusia 40-itu pernah bertemu dengan lelaki terbabit dan berjumpa semula Jumaat minggu lalu bagi pelaburan perniagaan yang kononnya menguntungkan.


Menurut sumber, suspek berusia 30-an itu pada mulanya menghubungi mangsa dengan memberitahu menjalankan pelaburan dan bertanya sama ada mangsa berminat untuk menyertainya. “Suspek memaklumkan yang pelaburan itu menjanjikan pulangan lumayan dengan syarat mangsa perlu melabur RM3,000 bagi mendapatkan pulangan wang berjumlah RM7,500 dan TV LCD berukuran saiz 42 inci sebagai hadiah.


“Mangsa dikatakan terpedaya selepas mendengar penerangan yang meyakinkan daripada suspek mengenai pelaburan itu,” katanya.


Pada hari sama, mangsa yang naif itu dikatakan memasukkan wang berjumlah RM3,000 ke dalam akaun bank lelaki terbabit.

Sumber itu berkata, mangsa dikatakan menunggu pulangan lumayan dijanjikan lelaki terbabit sebelum menghubungi semula suspek selepas tiga hari membayar wang RM3,000 berkenaan kepadanya. “Apabila mangsa menghubungi telefon bimbit lelaki terbabit, suspek dikatakan memberi pelbagai alasan menyebabkannya mangsa curiga dengan tindak tanduk lelaki terbabit.


“Selepas beberapa hari, pelbagai alasan masih diberikan suspek dan mangsa bertambah yakin lelaki terbabit sebenarnya penipu,” katanya. Mangsa membuat laporan polis mengenai kejadian itu Sabtu lalu.

 
Sponsored Post

gengjawa

CG Top Poster Club, XM Official, Introducing Broke
Platinum Member
Joined
Dec 22, 2006
Messages
33,087
Reaction score
200
Points
123
mudahnya tertipu...
 

NEMO

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,183
Reaction score
1,041
Points
1,101
3 hari.mcm HYIP jew
 

man_spaq

Super Active Member
Joined
Feb 14, 2009
Messages
5,865
Reaction score
16
Points
65
nak cepat kaya sgt...itulah padahnya
 

iamloco

Super Active Member
Joined
Dec 16, 2008
Messages
9,810
Reaction score
114
Points
73
pegawai bank? kah kah kah..
 

fix90

Active Member
Joined
Mar 19, 2009
Messages
2,167
Reaction score
11
Points
25
klu duit senang cari mesti xda scammers camtu
 

BOCEH

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 8, 2009
Messages
28,330
Reaction score
78
Points
120
kaya2
huhuhuhu
 

xflixz

Active+ Member
Joined
May 21, 2007
Messages
2,968
Reaction score
60
Points
30
PEGAWAI BANK pulak tu ni..adoi..kemaruk nk kaye cepat..tu laa...:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
Sponsored Post
Top
Log in Register