BTC USD 28,625.0 Gold USD 1,970.72
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Labuan Berpotensi Jadi Hab Industri Perikanan Tuna

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
401,829
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
401,829
Reaction score
27,637
Points
2,836
Awards
2
LABUAN, 23 Okt - Labuan berpotensi menjadi hab industri perikanan tuna, kata pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Datuk Irmohizam Ibrahim.

Beliau berkata berikutan kedudukan itu, pembangunan Labuan perlu terus ditingkatkan, termasuk membina kemudahan dan jeti yang lebih baik.

Bercakap pada sesi dialog dengan nelayan sempena lawatan beliau ke Kompleks LKIM di Kiansam di sini hari ini, Irmohizam mengumumkan peruntukan RM500,000 untuk pasar dan medan niaga nelayan baharu di situ.

Jumlah tangkapan pelbagai sumber laut yang didaratkan di sini tahun lepas ialah 12,891,192 kg, dengan nilai pasaran RM217,201.

Jumlah tangkapan di seluruh negara pada tahun lepas pula ialah 1.8 juta tan metrik, manakala jumlah tangkapan tahun ini disasarkan sebanyak 2.6 juta tan metrik, katanya.

Beliau berkata menyedari menyedari peranan penting nelayan dalam memastikan bekalan sumber laut sentiasa mencukupi untuk pengguna, kerajaan akan terus membantu golongan itu.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register