BTC USD 47,155.9 Gold USD 1,752.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KXP selangkah menjadi kenyataan, dijangka siap 2026

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
18,093
Reaction score
2,778
Points
201
KXP selangkah menjadi kenyataan, dijangka siap 2026

August 2, 2021

IMPIAN rakyat Negeri Kedah untuk sebuah lapangan terbang antarabangsa baharu yang sudah sekian lama ditunggu – Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) – Insya Allah akan menjadi kenyataan dalam tempoh lima tahun lagi.

Hari ini, 2 Ogos 2021, satu perjanjian usahasama untuk merealisasikan impian itu membabitkan Kerajaan Negeri Kedah dengan pihak swasta, Kumpulan ECK (ECK), dimeterai di Wisma PKNK, Alor Setar.

Kerajaan Negeri diwakili oleh Menteri Besar merangkap Pengerusi KXP AirportCity Holdings Sdn Bhd, manakala ECK oleh Pengarah Urusan Kumpulan, Tan Sri Dato’ Dr Khor Eng Chuen.


Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Haji Syed Yussof Syed Othman dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif KXP AirportCity Holdings Sdn Bhd (KXP AirportCity), Encik Nur Salman Saad hadir menyaksikan acara bersejarah hari ini.

Menerusi perjanjian itu, sebuah Syarikat Bertujuan Khas (SPV) akan ditubuhkan sebagai pemilik dan pemaju projek KXP.

Sebanyak 80 peratus pegangan ekuiti dalam SPV berkenaan dimiliki oleh ECK manakala bakinya Kerajaan Negeri menerusi syarikat subsidiari PKNK, KXP AirportCity.

Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ECK yang sudi menerima jalinan usahasama dengan Kerajaan Negeri merealisasikan projek mega yang begitu bermakna bagi Negeri Kedah dan seluruh rakyatnya.

Dalam jangkaan kami, projek KXP akan dapat disiapkan sepenuhnya menjelang tahun 2026 dan setelah itu, insya Allah kita akan dapat melihat perubahan yang cukup besar dari segi lanskap ekonomi Negeri Kedah.

KXP akan memainkan peranan utama dalam beberapa cabang industri penerbangan serantau termasuk sebagai hab industri halal dan e-dagang bagi rantau ASEAN, produk farmasi dan juga pelbagai kategori kargo.

Lapangan terbang ini juga akan dijadikan hab baik pulih industri penerbangan dan pusat operasi bencana serantau berdasarkan kedudukannya di tengah-tengah rantau Asia Tenggara.

Saya yakin, apa yang akan jadi berita baik bagi penduduk Negeri Kedah dan juga wilayah Utara yang lain ialah KXP akan jadi hab penerbangan haji dan umrah khususnya bagi penduduk Utara Semenanjung.

Dari segi ekonomi, Kerajaan Negeri optimis KXP mampu menjana peningkatan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi Negeri Kedah yang diunjurkan 7.5 peratus setahun berbanding 4.5 peratus pada masa ini.

Lapangan terbang ini juga dijangka akan menyumbang kepada Pendapatan Kasar Negara (GNI) sebanyak AS$281 juta (RM1.186 bilion) pada 2026.

Dalam usaha Kerajaan Negeri meningkatkan daya ekonomi rakyat, KXP menyediakan antara 15,000 hingga 18,000 peluang pekerjaan secara langsung untuk diisi oleh penduduk tempatan.

Advertisement

Insya Allah, berkat usaha dan kerja keras semua pihak terutama daripada PKNK, KXP AirportCity Holdings dan ECK serta iringan doa seluruh rakyat Kedah, kita yakin KXP berupaya untuk mengubah imej dan status Negeri Kedah.

Dalam beberapa tahun akan datang, insya Allah Kedah akan berubah wajah daripada sebuah negeri miskin kepada negeri ekonomi baharu yang pesat berkembang sebagaimana di Lembah Kelang.

Kerajaan Negeri menaruh keyakinan yang tinggi bahawa KXP akan menjadi ‘economic game changer’ untuk negara, khususnya wilayah Utara Semenanjung Malaysia.

Fasa pertama projek ini yang akan bermula dalam tempoh terdekat menelan kos RM6 bilion termasuk untuk pengambilan tanah. Ia akan dilanjutkan dengan beberapa projek lain termasuk pembangunan empat infrastruktur utama iaitu Lebuhraya Koridor Utara (NCH) laluan antara Bandar Baharu – Sungai Petani melalui KXP.

Selain itu, akan dibina akses baharu Lebuhraya Utara – Selatan di Tikam Batu serta kerja menaik taraf laluan keluar masuk Sungai Petani yang sedia ada dan juga cadangan penjajaran baharu landasan kereta api Tasik Gelugor – Kulim Hi Tech Park – Sungai Petani – Kulim Hi Tech Park.

Dengan termeterinya perjanjian penubuhan SPV yang akan merealisasikan sebuah impian menjadi kenyataan hari ini, saya mohon kepada semua rakyat Kedah Darul Aman yang tercinta untuk memberikan sokongan penuh terhadap projek ini dan mendoakan kejayaannya demi masa depan anak cucu kita pada masa yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

“Kedah Sejahtera – Nikmat Untuk Semua”
“Kedah Negeri Orang Miskin Berteduh, Tempat Orang Kaya Berbakti”


Salam hormat,
HAJI MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Menteri Besar Kedah Darul Aman
Alor Setar
2 Ogos 2021 – HARAKAHDAILY 2/8/2021
 
Sponsored Post

maxpda

Super Active Member
Joined
Jan 15, 2007
Messages
7,972
Reaction score
347
Points
91
jadi bukan bawah pengurusan MAHB la yer..
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
15,042
Reaction score
2,368
Points
201
jadi bukan bawah pengurusan MAHB la yer..
Nie projek pfi.....last gomen akan take over gk rasanya.....tp mcm xdk keperluan la lapangan terbang kt kulim nie, masuk nie ada 3 dh lapangan terbang
 

maxpda

Super Active Member
Joined
Jan 15, 2007
Messages
7,972
Reaction score
347
Points
91
Nie projek pfi.....last gomen akan take over gk rasanya.....tp mcm xdk keperluan la lapangan terbang kt kulim nie, masuk nie ada 3 dh lapangan terbang
Betul la tu... Kulim dgn bayan lepas dekat sgt..

Lagi kurang la pendapatan teksi, grab
 

biomedik2

Super Active Member
Joined
Jan 19, 2020
Messages
6,080
Reaction score
2,018
Points
151
Nie projek pfi.....last gomen akan take over gk rasanya.....tp mcm xdk keperluan la lapangan terbang kt kulim nie, masuk nie ada 3 dh lapangan terbang

Ni sama macam projek empangan sg muda. Paham paham le.
Nak kurangkan passenger kat airport penang. Kerajaan penang marah la ni. Dulu orang kulim, sg petani, nibong tebal, taiping pun pegi airport penang. Dah ada airport kulim, siapa nak cross bridge tu.
 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #3
Joined
Jan 13, 2009
Messages
158,387
Reaction score
21,611
Points
1,671
Tun m yg approve ni
 

Fayafa

Active Member
Joined
May 21, 2017
Messages
2,104
Reaction score
760
Points
81
zaman mukhriz dh cdg nk buat airport kulim ni..sanusi sambung ja
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
18,093
Reaction score
2,778
Points
201
ECK tu org cina punya
Sbb tu kita jgn ikut sgt BMF
Depa pun tak pakai sgt syarikat islam
 

guri2demon

Active Member
Joined
Mar 17, 2010
Messages
2,097
Reaction score
601
Points
81
Ni sama macam projek empangan sg muda. Paham paham le.
Nak kurangkan passenger kat airport penang. Kerajaan penang marah la ni. Dulu orang kulim, sg petani, nibong tebal, taiping pun pegi airport penang. Dah ada airport kulim, siapa nak cross bridge tu.

Org kedah pun terpaksa pbayan lepas.
Aloq staq jauh Sgt.
Orait pa ada kat kulim.
Sana pun ada industrial Park.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register