BTC USD 37,712.9 Gold USD 1,775.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kwsp + unit amanah = maksimakan wang simpanan anda dengan bijak

yanmaakl

Freshie
Joined
Nov 13, 2010
Messages
1
Reaction score
0
Points
3
Unit Trust Executive Adviser
MAAKL Mutual Bhd
HP#014-2210930
http://yanmaakl-unittrust.blogspot.com/

KWSP + UNIT AMANAH = MAKSIMAKAN WANG SIMPANAN ANDA DENGAN BIJAK

Bermula dari 1 Februari 2008, KWSP telah mengubah kelayakan pelaburan bagi para pencarum mengikut umur pencarum.

Salah satu objektif perubahan tersebut adalah bagi memberi pilihan kepada anda untuk melabur sejumlah wang yang layak dilaburkan ke dalam mekanisma pelaburan yang berpotensi memberikan pulangan yang lebih tinggi.

Dengan itu, wang caruman anda tidak semata-mata bergantung kepada pelaburan KWSP bagi simpanan hari tua anda. Anda mampu menggandakan simpanan dalam akaun 1, akaun persaraan anda apabila menyimpan sebahagian ke dalam Unit Amanah. MENGAPA SAYA BERKATA DEMIKIAN ?!

Dengan mengambil langkah membuat agihan ke dalam Unit Amanah anda telah BERJAYA memaksimakan simpanan anda IAITU anda telah membuka peluang utk mendapat dividen dari KWSP + dividen dalam Unit Amanah.

KWSP + UNIT AMANAH = MAKSIMAKAN SIMPANAN ANDA

Melalui pelaburan Unit Amanah wang persaraan dapat dikembangkan pada kadar pulangan yang lebih tinggi berbanding kadar dividen KWSP. Menggunakan Rule of 72, wang persaraan boleh digandakan dalam tempoh masa yang lebih singkat! Ini adalah peluang baik bagi pencarum muda KWSP!

Contohnya, jika anda mempunyai RM100,000 di dalam KWSP hari ini dan katakan purata kadar dividen tahunan adalah 6% setahun, wang anda berganda dalam tempoh 12 tahun (72 bahagi 6). Sebagai alternatif, jika wang tersebut di laburkan ke dalam Unit Amanah yang berpotensi memberi purata kadar pulangan 10% setiap tahun, wang anda akan berganda dalam tempoh 7.2 tahun (72 bahagi 10).

CADANGAN KEPADA PELABUR MUDA KWSP

• Melabur dengan objektif simpanan hari tua dari caruman KWSP anda
• Fokus kepada objektif pelaburan jangkamasa panjang
• Melabur secara tetap dalam tempoh 3 bulan tanpa mengira pasaran sedang kukuh atau jatuh.
• Anda dinasihatkan untuk mengikut tarikh pelaburan yang telah benarkan oleh KWSP supayat idak terlepas peluang untuk menggandakan wang simpanan hari tua anda
• Gunakan strategi Dollar Cost Averaging untuk mengumpul lebih banyak unit pelaburan di samping mengurangkan risiko pelaburan.
• Pelbagaikan pelaburan ke dalam dana-dana yang mempunyai kelas asset yang berbeza bagi mengurangkan risiko pelaburan dan memaksimumkan pulangan.Sila berbincang dengan Perunding Unit Amanah anda.

MENGAPA MELABUR MENGGUNAKAN WANG KWSP??

• MODAL SEDIA ADA. Anda hanya menggunakan 20% sahaja wang simpanan KWSP dari Akaun 1, untuk dilaburkan ke dalam pelaburan Unit Amanah. Kini, anda tidak perlu bersusah payah mencari wang tunai untuk dilaburkan.
• DANA SYARIAH. Wang dilaburkan ke dalam unit amanah berasaskan syariah dan ini akan memberikan ketenangan kepara pelabur.
• POTENSI PULANGAN LEBIH TINGGI. Unit Amanah telah menunjukkan rekod dan potensi untuk memberi pulangan lebih tinggi berbanding mekanisma pelaburan/simpanan lain seperti Fixed Deposit mahupun KWSP.
• PENGGANDAAN SIMPANAN HARI TUA ANDA LEBIH CEPAT. Mengikut Rule 72, wang simpanan hari tu anda dapat digandakan dengan lebih cepat kerana pulangan yang lebih tinggi. Sebagai contoh, wang RM100,000 akan berganda dalam tempoh 7.2 tahun pada kadar pulangan 10%/tahun ( kadar purata Unit Amanah) berbanding 12 tahun pada kadar pulangan 6%/tahun ( kadar purata KWSP)

Semoga artikel ini memberi manfaat kita bersama! Kepada para2 pencarum KWSP luar sana, ambil tindakan sekarang dengan menghubungi saya SEGERA.

Nor’Azian Hussin:)
Unit Trust Executive Adviser (UTEA)
MAAKL MUTUAL BERHAD
HP#0142210930
http://www.maaklmutual.com.my
http://yanmaakl-unittrust.blogspot.com/
 
Sponsored Post
Joined
Jan 12, 2010
Messages
497
Reaction score
18
Points
15
TT kena suggest fund yg berpotensi.. pelabur kena faham jugak teknically pelaburn unit amanah, entry & exit kena betul).. tak boleh main bedal jer beli.. the idea is very2 good.. use rule 72 lagi. the best thing to do is TT kena bagi sikit education kat sini.. sy sndiri pun tak pernah usik fund2 unit amanah selain unit2 amanah PNB sbb sy tak dapat info2 tepat unit trust lain. SY PERCAYA PADA KELEMAHAN MEMBERI PELAJARAN KEPADA PELABUR2. tu saja sebabnya @ mungkin juga ada sbb lain..
 
mytrade

Super Active Member
Joined
Dec 29, 2007
Messages
7,120
Reaction score
243
Points
83

unit amanah lain byk related dgn market,...sbb yg expose pada ekuiti akn terikut naik dan turun dgn market...
mcm mgu ni mrket dh touch previuos peak 1526 dan buat highest baru pada 1531...so bykj unit amanah yg buat high...
betul TT kena buat education pada pelabur...kena explain macammana yg dikatakan return 10% per year...
 
mansur79

Active Member
Joined
Nov 24, 2009
Messages
1,132
Reaction score
205
Points
33
unit amanah lain byk related dgn market,...sbb yg expose pada ekuiti akn terikut naik dan turun dgn market...
mcm mgu ni mrket dh touch previuos peak 1526 dan buat highest baru pada 1531...so bykj unit amanah yg buat high...
betul TT kena buat education pada pelabur...kena explain macammana yg dikatakan return 10% per year...
betul tu..sampai sekarang tak withdraw masuk variable unit trust kecuali under ASNB cam asd dan asw tu..sekarang tabung dh penuh dan takleh buat dah..
tgh mencari unit trust yg bagus untuk invest..bukan senang nak buat DCA memandangkan duit epf ni buat keluarkan setiap 3 bulan..
 
BuylowSellHigh

Junior Member
Joined
Oct 6, 2010
Messages
72
Reaction score
0
Points
6
secara peribadi saya amalkan kaedah switching, dan saya gunakan teknikal analisis untuk menentukan waktu masuk dana saham dan waktu masuk dana bond. pernah satu ketika dulu segala macam asb asw saya dah penuh. sekarang ni saya hanya gunakan uni trust saja. alhamdulillah, lebih cepat untung. begitulah juga khidmat yang saya berikan kepada klien saya. dari masa ke semasa saya berikan laporan terkini. pelabur juga perlu diberikan pendedahan bagaimana kesan turunnya pasaran saham terhadap pelaburan mereka dalam jangka masa pendek. ramai yang menyangka mereka boleh untung 10-30% SETIAP tahun.

memang betul seperti dikatakan, waktu masuk dan keluar tu kena betul. saya tengok ramai pelabur yang bijak sekarang, mereka tak mahu lagi buy and hold.
 
teman9277

Fun Poster
Joined
Jul 22, 2010
Messages
420
Reaction score
64
Points
20
ada unit amanah yang memberi pulangan lebih dari 100% setahun terutama pada musim2 hampir dengan pilihanraya... rebutlah sementara peluang masih ada... rujuk kepada pakar untuk mendapatkan maklumat dana yang terbaik...
 
Mel Addlan

Junior Member
Joined
Jun 9, 2010
Messages
84
Reaction score
0
Points
6
unit amanah lain byk related dgn market,...sbb yg expose pada ekuiti akn terikut naik dan turun dgn market...
mcm mgu ni mrket dh touch previuos peak 1526 dan buat highest baru pada 1531...so bykj unit amanah yg buat high...
betul TT kena buat education pada pelabur...kena explain macammana yg dikatakan return 10% per year...

Ada UT yg x related dgn market ke? :-? UT apa ya?
Yg ni I x pnah tau pula. Care to share? :)

betul tu..sampai sekarang tak withdraw masuk variable unit trust kecuali under ASNB cam asd dan asw tu..sekarang tabung dh penuh dan takleh buat dah..
tgh mencari unit trust yg bagus untuk invest..bukan senang nak buat DCA memandangkan duit epf ni buat keluarkan setiap 3 bulan..

1 of my clients invest dlm 4 UT yg b'beza. Pening jgk time nk bt comparison bila nk convince dia topup... :))
Semua UT ada pros & cons masing2. Sbg investor kita pn kena kaji jgk.
Yg penting, pilih & kaji fund2 setiap UT tu dlu. Sbg UTC, I pn x blh nk ckp UT I bagus & UT lain x bagus. X fair mcm tu, btul x? :D
 
teman9277

Fun Poster
Joined
Jul 22, 2010
Messages
420
Reaction score
64
Points
20
Ada UT yg x related dgn market ke? :-? UT apa ya?
Yg ni I x pnah tau pula. Care to share? :)

1 of my clients invest dlm 4 UT yg b'beza. Pening jgk time nk bt comparison bila nk convince dia topup... :))
Semua UT ada pros & cons masing2. Sbg investor kita pn kena kaji jgk.
Yg penting, pilih & kaji fund2 setiap UT tu dlu. Sbg UTC, I pn x blh nk ckp UT I bagus & UT lain x bagus. X fair mcm tu, btul x? :D

sebab tu saya join PUABUMI... boleh jual semua dana2 terbaik dipasaran... CIMB... AmInvest... OSK-UOB... CMS... TA... dan lain2...
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register