KWSP membayangkan pendapatan dividen tahun 2018 dijangka lebih rendah berbanding 2017

Recommended Brokers


Joined
Jan 2, 2019
Messages
34
Reaction score
1
Points
11
Rujukan/Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/01/520117/dividen-kwsp-belum-muktamad-samsudin

Dividen KWSP belum muktamad - Samsudin
Oleh Nadia Hamid

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membayangkan pendapatan dividen tahun 2018 dijangka lebih rendah berbanding 2017.

Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman, bagaimanapun menegaskan kemungkinan jangkaan pendapatan dividen lebih rendah itu bergantung kepada faktor pasaran dan sentimen tempatan.

Beliau yang enggan mengulas lanjut berkata turun naik pendapatan dividen boleh dipengaruhi, antaranya, oleh faktor berkenaan.

“Boleh bayangkan keadaan pasaran (2018), saya tidak boleh kata pendapatan dividen lebih rendah kerana belum ada keputusan (akhir).

“Kita (KWSP) cuma melihat apa (faktor) yang berlaku,” katanya di sini, hari ini.

Beliau bercakap pada sidang media selepas melancarkan Buku ‘Who Says I Am Retired’, terbitan Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC) Universiti Malaya (UM).

Ditanya sama ada dividen KWSP sekitar lima peratus dan Simpanan Shariah, 4.5 peratus, Samsudin enggan mengulas lanjut.

“Sentimen (faktor mempengaruhi dividen) seperti tahun lalu. Memang itu faktor yang boleh menjejaskan dividen,” katanya.

Mengulas lanjut, Samsudin menegaskan KWSP sedang mengadakan perbincangan terperinci dan belum memutuskan pendapatan dividen 2018.

Sebelum ini, BH melaporkan penganalisis ekonomi menjangkakan KWSP akan mengumumkan dividen simpanan konvensional sekitar lima peratus dan Simpanan Shariah, 4.5 peratus.

Trend penurunan dijangka akan berlaku dalam pengagihan dividen KWSP termasuk hibah Tabung Haji, susulan dipengaruhi faktor global dan sentimen tempatan.

Difahamkan, faktor lain yang boleh mempengaruhi penurunan dividen termasuk perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang menjadikan pasaran ekuiti global dan tempatan merudum serta perubahan dasar ekonomi utama.

Faktor penurunan harga minyak mentah dijangka turut menyebabkan KWSP lebih berhati-hati untuk menyimpan tunai bagi pelaburan akan datang dan ketidakpastian politik dan sosio ekonomi di Eropah (Brexit).

Sentimen tempatan yang dijangka mempengaruhi jangkaan trend penurunan, antara lain, ialah usaha kerajaan yang masih mencari rentak pentadbiran optimum pada 2018, kelembapan sektor hartanah dan kelemahan ringgit.

Pada 2017, KWSP mengisytiharkan dividen sebanyak 6.4 peratus bagi Simpanan Shariah dan dividen 6.9 peratus (simpanan konvensional).
 
Sponsored Post

eizzbizz

Super Active Member
Joined
Sep 2, 2009
Messages
7,894
Reaction score
279
Points
86
2018 lebih rendah dari 2017
2017 lebih rendah dari 2016
2016 lebih rendah dari 2015
2015 lebih rendah dari 2014
2014 lebih rendah dari 2013
2013 lebih rendah dari 2012
2012 lebih rendah dari 2011
2011 lebih rendah dari 2010

perghh!! rajin aku menaip..
 

ipins

Active+ Member
Joined
Dec 20, 2009
Messages
4,676
Reaction score
97
Points
30
Prestasi Indeks FBMKLCI untuk 2018
Opening price (2/1/2018) - 1783
Closing price ( 31/12/2018) - 1691
Penurunan : -5.15%

Macam conpem turun je dividen tahun 2018 ni...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register