KWSP keluarkan senarai Dana Unit Amanah, kini boleh melabur secara online

Recommended Brokers


Sponsored Post

akukuli

Active Member
Joined
Oct 17, 2013
Messages
2,085
Reaction score
34
Points
35
Konsepnya nk pelbagaikan bakul sebelum umur wajib bersara. Tapi dividen ko xleh sentuh sbb pusing2 pn tetap akan masuk balik dlm acc EPF sampai la ko pencen.

Sebelum sentuh duit epf keluar,

1. check rekod pulangan tempat lain nk labur vs epf itself. Kalau xleh bg lebih lupakan jela..contoh

Rekod div KWSP vs .......



2. check hidden cost

Unit Trust
Sales charge 3% + SST 6% : dikenakan hanya sekali untuk setiap transaksi pembelian..
Management fee : dikenakan setahun sekali
Trustee fee : dikenakan setahun sekali
Switching fee : dikenakan jika pelabur ingin menukar ke dana pelaburan lain
Redemption fee : dikenakan jika pelabur ingin menjual unit pegangan.

ASB2
-foc-


#my seposen: lupakan UT. market turun naik belum tentu setahun dua leh recover modal-fee ko. kene ko masuk tgh fund downtrend manjang menangis la :)
 

Attachments

gmxemail

Fun Poster
Joined
May 29, 2018
Messages
474
Reaction score
29
Points
20
Konsepnya nk pelbagaikan bakul sebelum umur wajib bersara. Tapi dividen ko xleh sentuh sbb pusing2 pn tetap akan masuk balik dlm acc EPF sampai la ko pencen.

Sebelum sentuh duit epf keluar,

1. check rekod pulangan tempat lain nk labur vs epf itself. Kalau xleh bg lebih lupakan jela..contoh

Rekod div KWSP vs .......



2. check hidden cost

Unit Trust
Sales charge 3% + SST 6% : dikenakan hanya sekali untuk setiap transaksi pembelian..
Management fee : dikenakan setahun sekali
Trustee fee : dikenakan setahun sekali
Switching fee : dikenakan jika pelabur ingin menukar ke dana pelaburan lain
Redemption fee : dikenakan jika pelabur ingin menjual unit pegangan.

ASB2
-foc-


#my seposen: lupakan UT. market turun naik belum tentu setahun dua leh recover modal-fee ko. kene ko masuk tgh fund downtrend manjang menangis la :)


Oh, terima kasih banyak2. Saya selalu gak nak tengok2 UT ni tapi macam tak menguntung kan je dari 'high-level view' kalau nak dibanding kan dengan sistem pelaburan lain macam ASB/ASB2
 

Ms Senorita

CG Journalist
Joined
Mar 31, 2014
Messages
710
Reaction score
265
Points
31
Ahli KWSP kini boleh mula melabur dalam unit amanah secara atas talian

Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh melabur dalam dana unit amanah yang ditawarkan oleh Institusi Pengurusan Dana (FMI), diluluskan oleh KWSP melalui platform layan diri i-Invest dalam portal i-Akaun (Ahli).

Dalam satu kenyataan, pihak dana simpanan persaraan itu berkata, bagi ahli yang berumur dibawah 55 tahun, pelaburan boleh dilakukan secara terus dari bahagian simpanan ahli yang layak di bawah Akaun 1, dengan caj jualan dari sifar kepada 0.5% untuk setiap urusniaga.

Ahli boleh membuat pindahan dari Akaun 1 KWSP mereka sehingga 30% dari jumlah yang melebihi simpanan asas, untuk dilaburkan dalam dana yang berkelayakan. Ahli-ahli juga boleh membuka akaun untuk melabur dalam dana dari mana-mana unit amanah FMI melalui kemudahan baru ini.

Sementara itu, ahli yang berusia 55 tahun keatas boleh menggunakan i-Invest menggunakan Akaun 55 atau Akaun Emas melalui i-Akaun sebagai kaedah pengeluaran, dengan mengekalkan minimum RM1,000 dalam akaun mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias, berkata elemen penting dalam kemudahan pelaburan dalam talian ialah caj jualan yang kini hampir percuma, memandangkan KWSP telah menetapkan paras maksima sebanyak 0.5%, berbanding dengan 3% pada masa kini untuk urus niaga luar talian dan tradisional melalui ejen.

"Bagi memastikan (ahli) mendapatkan maklumat yang secukupnya, i-Invest menyediakan fungsi untuk mendapatkan dan membuat perbandingan maklumat dana amanah, dan membolehkan pemilihan dana unit amanah yang sesuai dengan sasaran pelaburan ahli kami," kata Alizakri.

Beliau menambah, KWSP percaya ia adalah dana pencen pertama di dunia yang menghasilkan pautan terus antara simpanan persaraan ahli dengan kemudahan pelaburan dalam talian,

"i-Invest menyediakan fleksibiliti, fungsi dan kemudahan yang lebih baik untuk ahli melabur, mengurus dan memantau pelaburan unit amanah mereka bila-bila masa dan di mana sahaja.

"Ia juga membolehkan ahli-ahli membandingkan perbezaan antara dana unit yang ditawarkan oleh FMI, memantau dana pelaburan mereka melalui i-Akaun mereka, dan mencari maklumat mengenai kos pelaburan, prestasi pelaburan, serta maklumat berkanun yang diperlukan," kata Alizakri.

Beliau juga berkata KWSP mempunyai garis panduan yang ketat untuk FMI untuk dipatuhi, bagi memelihara integriti skim itu dan kepentingan anggota yang mengambil bahagian, serta memastikan bahawa FMI menjalankan tugas mereka secara berhemah dan bertanggungjawab.

“Untuk tempoh 2019/2020, sebanyak 389 dana daripada pelbagai kategori, iaitu ekuiti, aset campuran, pasaran wang dan amanah hartanah, telah diluluskan di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP,” katanya.

=====================================================================================================================

EPF members can start investing online in unit trust

KUALA LUMPUR (Aug 19): Employees Provident Fund (EPF) members can now invest in unit trust funds offered by EPF-approved fund management institutions (FMIs) through the self-service i-Invest online platform within the i-Akaun (Member) portal.

In a statement today, the pension fund said for members below 55 years old, investment can be funded directly from the eligible portion of members’ savings under Account 1, with a sales charge ranging from zero to 0.5% of the transaction amount.

Members may transfer from their EPF Account 1 up to 30% of the amount in excess of basic savings, to be invested in the qualified funds. Members can also open an account to invest in unit trust funds with any FMI through this new facility.

Members aged 55 and above, meanwhile, can utilise i-Invest using Akaun 55 or Akaun Emas through i-Akaun as a mode of withdrawal, subject to maintaining a minimum of RM1,000 in their account.

EPF CEO Tunku Alizakri Alias said a key element of the online investment facility is that sales charges are now practically free, as the EPF has enforced a maximum cap of 0.5%, compared with the current 3% for offline and traditional transactions through agents.

“To ensure (members) are as informed as possible, i-Invest contains tools to obtain and compare relevant information, and enables the right selection of unit trust funds that best suits our members’ savings goals," said Alizakri.

He added that the EPF is believed to be the first pension fund in the world to directly link members’ retirement funds to online investment services.

"i-Invest provides greater flexibility, functionality and convenience for members to invest, transact and monitor their unit trusts investment anytime and anywhere.

"It also enables members to compare different unit trust funds offered by the FMIs, monitor their investment funds through their i-Akaun, and look up information on cost of investment, historical performance, as well as required statutory information," Alizakri said.

He also said the EPF has strict guidelines for FMIs to comply with, in order to safeguard the integrity of the scheme and the interest of participating members, as well as to ensure that FMIs carry out their duties diligently and responsibly.

For the period of 2019/2020, a total of 389 funds from various categories, namely equity, mixed assets, bond, money market and property trusts, were approved under the EPF Members Investment Scheme.

Sumber : the edge markets
 

Attachments

Last edited:

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
6,857
Reaction score
310
Points
81
Kalau tak ada ilmu tentang saham lupakan lah. Biar saja kat dalam EPF tu, kang tak pasal makin susut.
Hanya 20% saja UT yang boleh bagi pulangan lebih daripada dividen yang epf bagi setiap tahun.
Nak cari yang 20% tu ingat senang ke.
 

danamika

Junior Member
Joined
Jun 30, 2011
Messages
68
Reaction score
1
Points
11
Yang ni mmg terbaik..baru labur satu minggu dah dapat pulangan 7%..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register