BTC USD 57,200.3 Gold USD 1,787.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kutipan Pelbagai Zakat Di Melaka Hampir Cecah RM23 Juta

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
MELAKA, 17 Dis (Bernama) -- Pusat Zakat Melaka (PZM) sehingga semalam berjaya membuat kutipan pelbagai zakat secara keseluruhan berjumlah RM22,867,449 iaitu peningkatan 12.02 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata zakat pendapatan merupakan jumlah kutipan tertinggi iaitu RM9,827,289 manakala kutipan zakat terendah membabitkan zakat ternakan berjumlah RM35,443.

Beliau berkata bilangan pembayar zakat pendapatan sehingga kini adalah 15,480 orang iaitu peningkatan sebanyak 967 orang berbanding tahun sebelumnya.

Mohd Ali dan beberapa anggota dewan undangan negeri Melaka Khamis melafazkan akad zakat pendapatan mereka di pejabat Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob.

Mohd Khalil turut menunaikan zakat pendapatan pada majlis itu.

Turut melafazkan akad zakat pendapatan ialah Speaker Dewan Undangan negeri Melaka Datuk Wira Othman Muhammad, Pengerusi jawatankuasa Pelajaran, Sains dan Teknologi Negeri Datuk Yaakub Md Amin dan Pengerusi jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Datuk Md Yunos Husin.

Mohd Ali berkata sehingga 30 November lepas, Majis Agama Islam Melaka (MAIM)mengagih zakat RM23,674,311, berbanding RM18,631,351 dalam tempoh yang sama tahun tahun lepas iaitu peningkatan 27.07 peratus.

Beliau seterusnya meminta seluruh umat Islam di negeri Melaka yang masih belum melunaskan zakat agar segera berkunjung ke pejabat PZM yang berdekatan untuk merebut peluang melunaskan bayaran zakat harta tahun ini.
 
Sponsored Post

mustang rider

Active+ Member
Messages
4,327
Joined
Dec 11, 2008
Messages
4,327
Reaction score
104
Points
33
banyak betul duit zakat negri melaka nie.....tapi org melaka semua tau duit ni pun diaorg cekik.....~X(~X(~X(






:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 

dr_zool

Legendary Member
Messages
13,409
Joined
May 26, 2009
Messages
13,409
Reaction score
59
Points
120
gne la duit zakat tuh kpd sape2 yg berhak

yg xlayak jgn sebok2 lak
 

kawecool

Active Member
Messages
2,482
Joined
Nov 8, 2007
Messages
2,482
Reaction score
3
Points
25
kalu agihkan kat semua org miskin kat melaka..aku rasa xde org Islam miskin kat Melaka kut. Setahun rm22juta.. :eek:
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register