BTC USD 99,500.9 Gold USD 3,367.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kutipan Hasil Pahang Cecah Lebih RM400 Juta

combat13

Super Active Member
Messages
6,251
Joined
Dec 18, 2007
Messages
6,251
Reaction score
201
Points
73
65d531bb35786043c4c89d84e4adc41e6827502c8b37b

9c97976639e679d39b22d7ded23c4cd96827508f1aa9f

8ae8d18eff51916b7b72e0ccc9f31a1c68274fda0f065

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berucap pada Program FGV Seikhlas Hati - Majlis Sumbangan Kumpulan FGV bersama Menteri Besar Pahang di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Sungai Koyan hari ini.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kutipan hasil negeri Pahang mencecah lebih RM400 juta setakat ini, sekali gus berada di landasan yang betul untuk mencatat kutipan lebih RM1 bilion seperti tahun sebelumnya.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata jika dibandingkan dengan tempoh sama pada tahun lepas, prestasi kutipan hasil negeri pada tahun ini dilihat lebih baik.

“Kutipan hasil ini dapat dicapai kerana kita berupaya menguruskan ketirisan dan kebocoran selain anak-anak syarikat kerajaan negeri berjaya mencatat keuntungan,” katanya pada sidang media selepas Program FGV Seikhlas Hati: Majlis Sumbangan FGV bersama Menteri Besar Pahang di Masjid Sultan Ahmad Shah di Sungai Koyan di sini petang tadi.

Pada program berkenaan, FGV menyalurkan bantuan RM80,000 daripada zakat wakalah perniagaan kepada 200 penerima asnaf, iaitu setiap individu menerima wang tunai RM300 dan hamper barangan SAJI bernilai RM50.

Di samping itu, Masjid Sultan Ahmad Shah di Sungai Koyan turut menerima sumbangan berjumlah RM10,000.

Wan Rosdy berkata antara resipi kejayaan itu adalah kerjasama erat yang dipamerkan oleh semua pihak meliputi pemimpin, penjawat awam dan agensi kerajaan dalam usaha memajukan negeri Pahang.

“Saya sangat berpuas hati dengan apa yang dicapai, ia bukan usaha saya seorang tetapi usaha semua pihak seperti satu pasukan dan kita bekerja juga dalam suasana kekeluargaan,” katanya.

Mengulas mengenai kerjasama baharu kerajaan negeri bersama FGV yang akan dilakukan pada masa hadapan, beliau mengakui pelbagai perancangan sedang dilaksanakan dan ia tidak boleh diumumkan sebelum dimuktamadkan.

 
Back
Top
Log in Register