BTC USD 86,059.5 Gold USD 3,078.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kutip RM6,600 janji RM55,000

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,896
Points
591
KOTA TINGGI: Sebuah sindiket pelaburan ala skim cepat kaya dikesan berselindung di sebalik sebuah kelab kononnya menawarkan pelaburan eksklusif di kalangan penduduk mahupun pemastautin negeri ini, dengan menjanjikan keuntungan berlipat ganda mencecah RM55,000 setahun kepada ahlinya.

Lebih mengejutkan, kelab berkenaan kononnya dinaungi seorang penyanyi rock tempatan tidak perlu melalui prosedur pelaburan biasa sebaliknya dengan bermodalkan RM6,600, seseorang ahli boleh menerima pulangan tinggi itu selepas tempoh matang iaitu empat bulan.

Bagaimanapun, agak meragukan apabila kelab berkenaan didapati tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dan ahlinya yang kini mencecah 40 orang, berdepan pelbagai risiko.

Seorang pegawai sumber manusia sebuah syarikat swasta, Farhan Abu Basir, 29, berkata pelbagai janji kelab berkenaan mengakibatkan ramai ahlinya kelabu mata dan rela melaburkan wang ringgit dengan harapan mendapat pulangan lumayan tanpa mempedulikan risiko.


“Kelab berkenaan menjanjikan keuntungan yang dibayar mengikut fasa atau secara berperingkat. Saya mendapat tahu tawaran itu menerusi seorang ejen kelab itu yang mengedarkan risalah di tempat kerja dan menyatakan pelaburan itu dijamin selamat dan menjanjikan keuntungan lumayan.

“Bagaimanapun, saya hairan apabila ejen berkenaan turut menjaja nama seorang penyanyi rock tempatan itu bagi meyakinkan operasi kelab berkenaan dan nama artis itu terpampang pada risalah diedarkan sebagai pengurus besarnya,” katanya.

Farhan berkata, antara syarat penyertaan dalam kelab berkenaan seseorang itu penduduk atau pemastautin di negeri ini, selain berkemampuan menjelaskan yuran keahlian sebanyak RM6,600.

Menurutnya, difahamkan, selepas tempoh matang iaitu empat bulan, ahli layak mendapat geran RM55,000 setahun dan ia dibayar mengikut tiga fasa iaitu sebanyak RM18,333 pada setiap fasa yang dibayar dalam tempoh empat bulan sekali.

“Saya musykil dengan kelab berkenaan kerana apabila meminta nombor telefon pejabat, ejen itu cuba berdolak-dalik, manakala risalah diedarkan juga tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai kelab termasuk nombor pendaftaran kelab.

“Bagi mendapatkan kepastian saya terus menghubungi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dan saya terkejut apabila mendapati syarikat itu tidak berdaftar dan beroperasi secara haram.

“Saya harap pihak berkuasa selain Bank Negara Malaysia (BNM) menyiasat operasi kelab berkenaan sebelum ahli yang menyertainya terpaksa berputih mata,” katanya.

Sementara itu, penyanyi rock yang juga pengurus besar kelab berkenaan ketika dihubungi enggan mengulas secara terperinci mengenai operasi kelab itu.

“Kelab ini ditubuhkan di bawah sebuah lagi kelab dan kini sudah mempunyai 40 penggiat industri lain. Saya menubuhkan kelab berkenaan di bawah arahan pengurus kanan kelab,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Perhubungan Media Bank Negara Malaysia (BNM), Lee Poh Fong, berkata operasi kelab berkenaan meragukan kerana menjanjikan pulangan tinggi.

“Tawaran pulangan tinggi oleh mana-mana kelab dalam tempoh masa singkat adalah suatu kesalahan di sisi undang-undang dan kami akan menyiasat operasi kelab terbabit,” katanya.

Manakala jurucakap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan negeri yang mengesahkan bahawa kelab itu tidak berdaftar, menasihati ahli kelab supaya segera membuat laporan polis bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Ahli kelab berkenaan berdepan dengan pelbagai risiko sekiranya terus membuat pelaburan di kelab tidak berdaftar itu,” katanya.

Hari-hari dihidangkan berita macam ini tapi kalau tak percaya tengok ler minggu depan ada lagi yang kena tipu..

~X(~X(
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register