BTC USD 63,027.1 Gold USD 1,806.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kutip cebisan mayat

zack2terer

Legendary Member
Joined
Dec 11, 2007
Messages
13,627
Reaction score
193
Points
123
Kutip cebisan mayat

Oleh Abdullah Wahab
[email protected]


KLANG: Mengerikan apabila beberapa anggota polis terpaksa mengutip cebisan mayat penunggang motosikal yang terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 20.3 Lebuhraya Kesas di susur keluar Bandar Puteri, di sini, pagi semalam.

Lebih memilukan apabila pemandu treler terbabit memecut kenderaannya meninggalkan mangsa dan adiknya yang menggelupur kesakitan.



Dalam kejadian jam 7.20 pagi itu, Shahabudin Jaafar, 30, maut di tempat kejadian manakala adiknya, Shafarudin, 23, cedera ringan apabila melompat dari motosikal.

Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati motosikal dinaiki mangsa dari Pelabuhan Klang menghala Shah Alam dipercayai untuk ke tempat kerja.


Menurutnya, sejurus tiba di tempat kejadian, motosikal mangsa dipercayai dihimpit treler sebelum bergesel menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan dan digilis kenderaan berat terbabit.


“Mangsa parah hampir 70 peratus dan maut di tempat kejadian manakala adiknya cedera ringan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat. Adiknya turut dibawa ke HTAR,” katanya di sini, semalam.

Motosikal Yamaha Lagenda yang ditunggang adik-beradik itu tidak menggunakan laluan motosikal.


Berdasarkan kad pengenalan, mangsa beralamat di No 3, Lorong Kampung Panching, Perumahan Awam Kos Rendah, Kuantan.

Sementara itu, dalam satu kes berasingan, seorang lelaki warga India maut ketika cuba melintas jalan di Persiaran Sultan Ibrahim dari Klang menghala Shah Alam, di sini, semalam.

Sumber




Al-Fatihah kepada mangsa
 
Sponsored Post

Jeb

CG Top Poster Club
Joined
Jan 2, 2007
Messages
39,505
Reaction score
124
Points
123
trailer ni ngeri btul aku main sedap je dia himpit.aku pun ade terkena gak dua tiga kali walaupun nek kereta.hhuhuhu
 

adoila

Active Member
Joined
Feb 15, 2010
Messages
2,245
Reaction score
42
Points
30
nilah jadinya bila tak guna laluan sepatutnya...papahal pun takziah pada keluarga...
 

eday84

CG Top Poster Club
Joined
Jan 10, 2009
Messages
27,695
Reaction score
146
Points
128
pagi2 nk gi kje takut kot nk ikot laluan motorsikal
laluan motosikal bnyk penyamun huhe

takziah pada arwah
treler ni mmg teruk2 gak cara driving dia
 

anuarkarim

Active Member
Joined
Feb 5, 2010
Messages
2,260
Reaction score
22
Points
35
lori bawak laju kat kesas area klang sana tuh..
aku pun risau bila lalu sana...
 

NEMO

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,190
Reaction score
1,042
Points
1,101
klang mmmg port lori..seram den..hebat adik dia sempat wat stunt lompat
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register