BTC USD 26,775.8 Gold USD 1,962.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kurus macam Saiful Apek, Tuju nafi hisap dadah

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
40,405
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
40,405
Reaction score
5,236
Points
481
Awards
1
Kurus macam Saiful Apek, Tuju nafi hisap dadah


TUJU
PETALING JAYA – Merisaukan peminat dengan penampilan fizikal kurus mendadak, penyanyi rap Tuju menafikan dakwaan segelintir pihak kononnya dia terlibat dengan najis dadah.

Tuju atau nama sebenarnya, Mohd. Azree Shah Awang Zamree ketika dihubungi Kosmo! Online sebaliknya berkata, dia kini mengamalkan gaya hidup sihat dan berpuasa demi mendapatkan berat badan ideal.

“Mana ada saya hisap dadah. Saya banyak berpuasa dan bersenam sekarang. Untuk kesihatan diri sendiri juga.

“Kalau dulu berat badan saya lebih 90 kilogram (kg), sekarang alhamdulillah sudah 70kg. Bukan sebab hisap dadah tetapi memang sekarang saya amalkan gaya hidup sihat seperti bersenam dan berpuasa,” katanya.

Ditanya tentang ramai dalam kalangan peminat yang menyamakan fizikalnya dengan pelawak Saiful Apek, jawab Tuju, 26, bersahaja: “Saiful Apek lagi kurus rasanya (ketawa). Tidak mengapalah orang nak cakap apa sebab kita memang tak boleh tutup mulut orang.

“Saya berstatus bapa orang sekarang tak bolehlah harap saya macam orang bujang. Makin kita menua, makin kita lebih hargai kesihatan dan itu yang saya buat sekarang.”

Sementara itu, ditebak soalan ketidakhadiran dirinya ke majlis bahagia salah seorang ahli K-Clique iaitu Fareedpf baru-baru ini, pelantun lagu Licik itu akan mengumumkan sesuatu tidak lama lagi tentang masa depannya dengan kumpulan hip-hop berkenaan.

“Ada benda berlaku dalam K-Clique yang saya tak boleh ceritakan sekarang.

“Insya-Allah, apa tiba waktunya nanti, saya sendiri akan buat penjelasan mengapa dan apa sebenarnya yang terjadi,” ujarnya.

Terdahulu, peminat melahirkan kebimbangan tentang fizikal Tuju yang semakin kurus dan kusut-masai sehingga disamakan dengan pelawak, Saiful Apek.

Tuju bersama isterinya, Loca menerusi jenama TUJULOCA sedang dalam proses menyiapkan album baharu yang bakal dilancarkan tahun hadapan – KOSMO! ONLINE

 
Sponsored Post

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,486
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,486
Reaction score
2,589
Points
251
Awards
1
Tak kenal langsung


TUJU-K-CLIQUE.jpg
 
Sponsored Post

Top
Log in Register