Kurung bekas kekasih

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) ditahan polis semalam, bagi membantu siasatan kes memukul dan mengurung bekas teman wanitanya di sebuah apartmen di Mutiara Damansara, di sini malam kelmarin.

Seramai enam anggota polis berpakaian biasa yang pergi ke apartmen pelajar lelaki yang berusia 25 tahun itu, berjaya memujuknya agar menyerah diri jam 1 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Brick fields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Talib yang mengesahkan mengenai kejadian itu, berkata suspek dan pelajar wanita yang berusia 24 tahun itu dibawa ke IPD Brickfields untuk diambil keterangan.

“Kejadian ini akan disiasat mengikut Seksyen 323 iaitu kesalahan membawa kecederaan kepada mangsa. Kami akan lakukan siasatan terperinci,” katanya.

Wan Abdul Bari berkata, pihak polis dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh rakan pelajar wanita itu yang membuat laporan polis di IPD Brickfields dan suspek didakwa anak angkat seorang bekas menteri.

Difahamkan pelajar wanita yang berasal dari Ipoh itu, memutuskan hubungan dengan teman lelakinya itu sejak Julai tahun lalu kerana perselisihan faham, dan semenjak itu mangsa mendakwa dia sering diugut dan dipukul suspek beberapa kali di beberapa lokasi kerana kecewa ditinggalkan.

Seorang rakan kepada mangsa yang dikenali sebagai Faiz berkata, dalam kejadian malam kelmarin, dia dan mangsa keluar untuk makan malam, dan sekembali mereka di rumahnya di Bangsar pada jam 9 malam, suspek yang berada di situ memasuki kereta mangsa ketika dia menghidupkan enjin keretanya lalu mengarahkan mangsa memandu.

“Pada mulanya saya sangka lelaki itu ingin bertemu rakan saya itu. Tetapi selepas mereka tidak muncul beberapa jam, saya cuba menghubungi rakan saya dan rakan-rakannya lain tetapi gagal,” katanya.

Tiba-tiba pada jam 9 pagi semalam, Faiz berkata dia menerima satu SMS daripada rakannya itu meminta bantuan sebelum membuat laporan ke IPD Brickfields.

Baru ANAK ANGKAT BEKAS MENTERI dah nak tunjuk jaguh...bengap punya budak..:mad:
 
Sponsored Post

GT

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123
Rasalah dia duduk lokap......
 

alluring_angel

Fun Poster
Joined
Jun 27, 2008
Messages
995
Reaction score
76
Points
20
aper aje lah ko nih labu...dah tau anak angkat mentri besar ke ape ke carik lah pompuan lain...nasib baik gurl tu x di apa2kn
 

eday84

CG Top Poster Club
Joined
Jan 10, 2009
Messages
27,695
Reaction score
146
Points
128
duk jel trus la.. baru ada akal..
aku biasa dengar mcm2 cerita lahu ni.. bese la aku pun dak ipta gak, umur lebih kurg dgn dlm berita tuh huhu..
kdg2 aku tgk ramai yg emotional sgt baik laki atau pmpn..
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
Dulu kat Kajang sampai membunuh sebab tak puas hati arwah tu minta putus...apa punya jantan pun tak tau lah...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register