To Sell Kursus menebar roti canai bersama penebar berpengalaman

CG Sponsors




zuhri

Freshie
Joined
Nov 2, 2010
Messages
10
Reaction score
0
Points
3
TIANG SERI EMAS
( MA 0146617 - K)​

KURSUS PERNIAGAAN ROTI CANAI


Tiang Seri Emas menjalankan kursus perniagaan roti canai bersama tenaga pengajar yang berpengalaman luas dalam bidang ini selama 20 tahun.
Jumlah peserta kursus sesesi seramai 6 hingga 12 orang (lelaki & perempuan) dan terbuka kepada semua, sektor kerajaan dan swasta. Bilangan peserta adalah terhad untuk memudahkan proses pembelajaran.

Kandungan Kursus :
• Sukatan resepi dan adunan roti canai,
• Menguli tepung,
• Menyukat saiz roti canai,
• Menebar roti canai,
• Menebar roti murtabak, sardin, telur, roti boom dll,
• Membuat kuah dal & sambal,
• Dan lain - lain yang berkaitan dengan kursus.

Kemudahan Kursus :
• Tempat latihan kursus
• Fail, alat tulis dan apron disediakan,
• Tempoh kursus 4 hari,
• Penginapan disediakan selama 3 malam, berhawa dingin ( seorang/bilik ),
• Disediakan sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam,
• Bahan mentah iaitu tepung, minyak masak dan peralatan memasak disediakan.

**Bayaran kursus RM 1,200.00/orang:
Peserta dikehendaki membayar wang pendahuluan sebanyak RM 600.00 pada/sebelum10 hari dari tarikh kursus diadakan untuk tempahan penginapan dan keperluan - keperluan yang lain. Baki RM 600.00 perlu dibayar semasa hari pendaftaran.


Jadual Kursus

Masa\hari 09:00 10:30, 11:00 12:30,
14:00 – 16:30

Isnin (09:00 10:30) Pendaftaran & sesi pengenalan REHAT (11:00 12:30)sukatan adunan, menguli tepung & menyukat saiz roti canai REHAT (14:00 – 16:30) menebar roti canai

Selasa (09:00 10:30)sukatan adunan, menguli tepung & menyukat saiz roti canai REHAT (11:00 12:30)menebar roti canai REHAT (14:00 – 16:30)menebar roti canai

Rabu ((09:00 10:30)sukatan adunan, menguli tepung & menyukat saiz roti canai REHAT (11:00 12:30)menebar roti murtabak, sardin, telur, boom dll REHAT (14:00 – 16:30)membuat kuah dal & sambal

Khamis (09:00 10:30)Lawatan belajar ke warung roti canai ( 07:00 hingga 09:30) REHAT (11:00 12:30)Majlis soal jawab REHAT (12:30)Makan tengah hari & bersurai

Bagi yang berminat untuk memancing sila membawa joran ( lokasi tepi pantai ).

Lokasi : Merlimau, Melaka

Sebarang komen dan maklumat:

Sila hubungi : Zuhri
Tel. : 019-2647917
Email : [email protected]
 
Last edited:
Sponsored Post

Ham

Fun Poster
Joined
Feb 16, 2006
Messages
597
Reaction score
8
Points
15
RM 1200.. mahal gak ye yuran dia...
 

zuhri

Freshie
Joined
Nov 2, 2010
Messages
10
Reaction score
0
Points
3
Terima kasih encik atas maklum balas encik. Maaf kerana lambat untuk membalas komen encik. untuk makluman tuan, bayaran kursus ini adalah berpatutan. Ini adalah kerana, kami telah membuat pemerhatian dan mengambil pendapat orang ramai berkaitan yuran kursus ini.

Untuk maklumat tuan, kami menyediakan tempat penginapan untuk 3 hari untuk seorang sebilik serta berhawa dingin. makan dan minum disediakan selama peserta berada di sini dan 4 kali makan minum. Selain itu, kami membayar tenaga pengajar yang berpengalaman untuk melatih para peserta kerana tenaga pengajar kami berpengalaman luas menebar roti canai selama lebih 20 tahun. bahan mentah dan tempat untuk kursus juga diambil.

Untuk maklumat tuan, ia adalah sangat sangat berpatutan. perniagaan roti canai adalah perniagaan yang menguntungkan kerana peniaga berupaya meperolehi pendapatan sehingga RM2000 sebulan jika kena teknik dan cara membuat roti canai yang betul. Dan dengan yuran kursus RM1200 ini ia adalah sangat berbaloi. Sekian terima Kasih.
 

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,122
Reaction score
76
Points
1,020
bagus gak ... meramai kan penebar melayu ... :)cgrock:)cgrock
 

musashibest

Active Member
Joined
Dec 23, 2007
Messages
1,353
Reaction score
2
Points
25
mahal...tapi tak tahula kalau ada yg sanggup pergi..
 

zuhri

Freshie
Joined
Nov 2, 2010
Messages
10
Reaction score
0
Points
3
Terima kasih semua. Kami rasa yuran kursus ini adalah berpatutan dengan penginapan dan makan minum juga disediakan. Kami menjanjikan pembelajaran yang berkesan kerana jumlah peserta yang agak kecil untuk memudahkan para peserta mendapat pembelajaran dan ilmu yang berkesan sebelum mereka memulakan perniagaan sendiri.

kami menyediakan tenaga pengajar yang berpengalaman selama 20 tahun dalam membuat roti canai disamping tenaga pengajar ini juga telah melatih dan mengajar beberapa orang untuk memulakan perniagaan roti canai dan ada dikalangan mereka telah membuka perniagaan sendiri.

Dengan yuran kursus sebanyak Rm1200, Kami rasa ia agak berbaloi dan berpatutan kerana perniagaan roti canai menjanjikan kerjaya yang boleh menjana pendapatan rm2000 sebulan jika mendapat teknik dan cara adunan, menebar roti canai yang betul daripada mereka yang berpengalaman.
 

niko

Active+ Member
Joined
Jun 5, 2009
Messages
3,052
Reaction score
24
Points
30
better pi keje restoren 3 bulan,blaja buat sndiri,usha tokay buat cm ne,dpt duit dpt pngalamn dpt tau cm ne nak brniage,lagi best ha3...

*klau snggup laa
 

niko

Active+ Member
Joined
Jun 5, 2009
Messages
3,052
Reaction score
24
Points
30
*delate*
terpost 2 kali daa
intrnt slow
 
Sponsored Post
Top
Log in Register