Kursus FCPO RM69 Sahaja ?...Cara nak mula & Untung Konsisten !

CG Sponsors




akhmal_imran

Active Member
Joined
Sep 6, 2010
Messages
2,072
Reaction score
3
Points
35
Baru-baru ini, agak ramai jugalah yang bertanya pasal margin call atau lebih dikenali dengan panggilan manja mc. Bila margin call apa nak buat?

Setiap futures instrument ada keperluan margin yang tersendiri. Keperluan margin adalah modal minimum yang di depositkan ke akaun trading Futures untuk mula trade. Sebagai contoh, pada post ini ditulis margin minimum untuk trade FCPO adalah RM4500. Bermaksud untuk trade 1 lot instrument FCPO perlu deposit RM4500. Kemudian, bila ada position BUY dan market turun against kita punya BUY position. Akaun akan alami kerugian dan bila jumlah dalam akaun kurang RM4500 akan berlaku margin call.

Bila dah margin call, ada beberapa workaround yang boleh dibuat. Antaranya adalah, topup akaun sehingga cukup margin. Ya ini mungkin mudah pada asasnya. Margin kurang, tambah la duit ke dalam akaun. Baki kurang sampai RM4000, topup RM500 untuk cukupkan margin. Settle! Tapi macam mana bila mana situasi mc berlaku di luar waktu pejabat. Lepas pukul 8 baru perasan, cek akaun trading margin tak cukup pula.

margin call
Dalam situasi ini, biasanya aku akan minta sesiapa yang bertanya untuk tanya balik kepada FBR yang incharge diorang. Bukan sebab aku taknak jawab, tapi untuk perihal margin biasanya ada special term yang telah dipersetujui antara client dengan FBR. Aku ada jawapan tapi taknak lah nanti bila client tanya FBR, eh Faiz kata boleh macam tu, boleh macam ni. Kenapa tak boleh pulak. Deal aku dengan FBR lain, deal kau dengan FBR pun aku tak tahu.


Secara general, bila margin call ada FBR strict terus liquidate position once market open. Ada yang beri kelonggaran untuk topup margin sehingga T+4 sebelum liquidate position. Jap, liquidate position tu apa? T+4 tu macam mana?

Liquidate position dan T+1?

Liquidate position tu, close position trading kau lah. Bila kau ada buy position, FBR akan buat sell market order untuk close position kau immediately. Atau akan instruct kau supaya close position kalau kau tak nak topup margin. T+1, T+4 tu pulak adalah bilangan hari. T bermaksud transaksi. Dan +4 adalah bilangan hari selepas transaksi. Bila T+4, bermaksud kau ada masa 4 hari untuk topup margin sebelum position kau kena liquidate. Kalau tak faham boleh la tanya FBR masing-masing. Kalau FBR tak layan, tukar je FBR lain yang boleh jawabkan. Kalau tak tau siapa yang reliable, aku rekemen FBR of the year tuan Abah Furqan (Faridzul) – https://t.me/Abahfurqan

Macam mana kalau intraday margin?

Intraday margin ni kau kena ingat. Ia adalah budi bicara dari pihak broker dan ia tak diiktiraf di level exchange. Exchange hanya tahu, kalau kau nak trade kena ada modal at least initial margin. Kurang dari tu exchange akan cakap tak boleh. Tapi broker boleh bagi intraday margin, dengan syarat kau kena close position sebelum market tutup.


Lagi satu kau kena ingat, intraday margin bukan free-free je nak bagi on the fly. Virtually, broker seperti bagi pinjam duit kat kau untuk trade. Contoh kau ada RM2250 untuk trade FCPO, sepatutnya tak cukup untuk masuk trade 1 lot sebab initial margin RM4500. Tapi broker bagi kemudahan intraday margin, bermaksud broker risikokan RM2250 duit dia untuk kau. Bila market tutup, dan kau tak tutup position sedangkan akaun tak cukup untuk maintain margin, broker akan buat clearance kepada exchange dan terpaksa bayar dulu margin kau yang kurang tu, baru esok dia akan instruct FBR untuk nasihat kau supaya bayar balik.

Eh, kenapa? yela, bayar duit betul la. Ingat ni platform MT4 bucketshop ke broker boleh bagi bonus margin suka-suka dengan adjust dekat sistem? Hell no! Sifu kau tak bagitau ke?

Spread Position

Satu lagi cara untuk hold position overnight bila margin kau tak cukup adalah dengan buat order spread. Spread adalah 2 position yang berlawanan arah. Contoh, kau ada BUY kontrak Januari 2019 dan kau nak bawa position ni overnight. Kau buat satu SELL position dekat kontrak Februari 2019. Jadi kau akan ada 2 position dalam market. Satu BUY JAN2019, satu lagi SELL FEB2019. Ini dinamakan naked spread dan margin requirement untuk spread adalah lebih rendah iaitu RM1200. Jadi selagi baki akaun kau tak turun bawah RM1200, masih belum dikira margin call.


Trick ini adalah jadikan outright position BUY kepada spread position BUY role iaitu BUY front month, SELL far month. Trick ini sedikit advance, so kalau tak faham tak payah buat. Topup je margin 🙂


....Kursus Asas FCPO (RM69) ->> www.KLFX.blogspot.com




.
 
Sponsored Post

akhmal_imran

Active Member
Joined
Sep 6, 2010
Messages
2,072
Reaction score
3
Points
35
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (CPO) di Bursa Malaysia Derivatif cenderung meningkat lebih tinggi minggu depan disokong oleh peningkatan eksport dan output yang lebih lemah.

Pemilik dan pengasas bersama Palm Oil Analytics yang berpangkalan di Singapura, Dr Sathia Varqa mengatakan niaga hadapan CPO masih mengalami kenaikan lebih tinggi kerana peniaga menjangkakan bahawa hujan lebat di Kalimantan, Indonesia akan mengganggu penuaian dan ini berkemungkinan akan mendorong harga lebih tinggi.

Juruukur kargo Intertek Testing Services melaporkan bahawa eksport minyak sawit Malaysia pada tempoh 1-15 Julai turun kepada 831,155 tan daripada 914,120 tan pada tempoh 1-15 Jun, turun 9.08 peratus. Eksport untuk tempoh 1-10 Julai berjumlah 448,516 tan berbanding 545,360 tan pada 1-10 Jun, menurun 17.76 peratus.

Sathia berkata pasaran CPO akan memberi fokus kepada anggaran pengeluaran 1-20 Julai dari Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) minggu depan untuk arah pasaran.

Sementara itu, Interband Group of Companies Senior Palm Oil Trader, Jim Teh menyatakan para pedagang juga menjangkakan peningkatan permintaan untuk CPO dari China, Pakistan dan India.

Namun, Teh menyatakan dengan harga penghujung yang lebih tinggi, pasaran bakal memicu beberapa permainan spekulatif dan pengambilan untung.

“Pergerakan harga minggu depan dijangka terbatas antara RM2,400 dan RM2,520 per tan,” tambahnya.

Untuk minggu yang baru berakhir, niaga hadapan CPO didagangkan lebih tinggi terutama didorong oleh prospek pengeluaran yang lebih rendah bulan ini kerana tekanan pokok getah dan kadar persenyawaan yang lebih rendah, serta ringgit yang lebih lemah yang menjadikan komoditi tempatan lebih menarik bagi pedagang.

Pada Friday-to-Friday basis, kontrak niaga hadapan CPO untuk Ogos 2020 meningkat RM138 menjadi RM2,605 per tan, September 2020 melonjak RM98 hingga RM2,554 per tan, Oktober 2020 menambah RM108 menjadi RM2,520 per tan, dan November 2020 melonjak RM116 menjadi RM2,500 per tan.

Volume mingguan meningkat kepada 278,651 lot daripada 215,356 lot pada Jumaat lalu sementara open interest merosot kepada 246,199 kontrak dari 249,900 kontrak.

Di pasaran fizikal, August South naik RM226 menjadi RM2,700 per tan



...Kursus Asas Trading FCPO ->> http://KLFX.blogspot.com



.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register