BTC USD 60,854.1 Gold USD 1,793.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kurang sifat malu

rijal2009

Marked as Scammer, (until issue resolved)
Joined
Jul 8, 2009
Messages
9,169
Reaction score
286
Points
81
KUALA LUMPUR: Masalah kurangnya sifat malu menjadi antara faktor utama golongan remaja terjebak dalam aktiviti tidak bermoral termasuk sesuka hati memaparkan maruah diri di laman web atau laman sembang.

Pengerusi Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi), Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim berkata, apabila sifat malu tidak ada, mereka mengikut tuntutan nafsu serakah yang membahayakan struktur masyarakat negara.


Menurutnya, kemajuan bidang teknologi komunikasi sepatutnya digunakan untuk kebaikan, tetapi banyak disalahgunakan.

“Timbul masalah apabila pengguna, lebih-lebih lagi saya tekankan kepada golongan wanita kurang menggunakan akal fikiran hingga terjadinya salah guna alat hubungan maya.


“Bagai api dalam sekam, hubungan maya tanpa kawalan dan berlandaskan nafsu sebenarnya membahayakan generasi muda.


“Tidak ramai mengetahui apa berlaku walaupun keluarga terdekat sebab hubungan maya selalunya terjadi menggunakan alatan komunikasi seperti telefon canggih dan komputer ketika mereka bersendiri,” katanya.

Beliau mengulas laporan muka depan Metro Ahad berhubung laman sosial Facebook dikesan disalah guna segelintir golongan lesbian menjalin hubungan songsang.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register