Kuota rumah bumiputera boleh dijual secara terbuka ...diskaun bumi mungkin dihapuskan

CG Sponsors




akay

Banned
Joined
Jan 30, 2008
Messages
14,865
Reaction score
17
Points
115
Kuota rumah bumiputera boleh dijual secara terbuka

KUALA LUMPUR: Kuota hartanah yang diperuntukkan untuk kaum bumiputera boleh dijual di pasaran terbuka kepada kaum lain melalui satu mekanisme khas yang diluluskan oleh kerajaan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata kuota itu boleh dilepaskan sekiranya tidak terdapat sebarang permintaan daripada kaum bumiputera terhadap hartanah itu selepas suatu tempoh tertentu.

“Dalam keadaan sedemikian (kuota hartanah bumiputera tidak terjual) kementerian akan berunding dengan kerajaan negeri supaya mekanisme ini dapat diberkesankan dan pelepasan dapat dilakukan dengan secepat mungkin sekiranya tidak mendapat permintaan daripada kaum bumiputera,” katanya.

Ong berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) yang bertanya sama ada kerajaan akan menimbang permintaan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) supaya kuota bumiputera bagi pembelian hartanah dibuka kepada kaum lain dan supaya diskaun bumiputera dihapuskan. Katanya walaupun mekanisme itu mengambil masa untuk dilaksanakan, tetapi ia diwujudkan bagi meringankan beban pemaju yang mempunyai kuota hartanah bumiputera yang tidak terjual.

Mengenai cadangan supaya diskaun untuk bumiputera dihapuskan, Ong berkata kementerian sedang membincangkan perkara itu dengan kerajaan negeri bagi mencari langkah terbaik menangani isu berkenaan.

Terdahulu ketika menjawab soalan Billy Abit Joo (BN-Hulu Rajang), Ong mengakui secara umumnya wujudnya keadaan di mana bekalan telah melebihi permintaan dalam pasaran hartanah di negara ini.

Katanya berdasarkan laporan Status Harta Tanah 2008 oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), terdapat 24,151 unit kediaman tidak terjual daripada suku kedua 2007 hingga suku kedua tahun ini.

Ong berkata kementerian memandang berat keadaan itu dan sedang berganding bahu dengan jabatan dan badan kerajaan lain seperti Kementerian Kewangan dan kerajaan-kerajaan negeri untuk membaik pulih harga pasaran hartanah yang lembap.

Antara langkah yang diambil termasuk mengurangkan duti setem sebanyak 50 peratus ke atas surat perjanjian untuk hartanah yang nilainya di bawah RM250,000 dan mewujudkan satu dana untuk Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) bagi membolehkan mereka yang tidak ada bukti pendapatan yang lengkap mendapatkan pinjaman perumahan.

Pihak pemaju juga digalak mengurangkan harga jualan hartanah mereka atau membina lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana, menggalakkan pegawai-pegawai kerajaan menggunakan pinjaman perumahan untuk membeli hartanah dan membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan sebahagian wang caruman untuk memberi hartanah. - Bernama

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Mutakhir/20081124153304/Article/index_html
 
Last edited:
Sponsored Post

aidiryatim

Legendary Member
Joined
Dec 25, 2006
Messages
14,011
Reaction score
22
Points
120
perghh.. advantage bg org spore nehhh.. terutama kat iskandar malaysia:((..
Antara langkah yang diambil termasuk mengurangkan duti setem sebanyak 50 peratus ke atas surat perjanjian untuk hartanah yang nilainya di bawah RM250,000 dan mewujudkan satu dana untuk Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) bagi membolehkan mereka yang tidak ada bukti pendapatan yang lengkap mendapatkan pinjaman perumahan.

tunggu je la agent2 wat promosi hebat kt CG nih nnt. ahaks:)cgrock
 

abahmu

Legendary Member
Joined
Feb 21, 2007
Messages
17,951
Reaction score
124
Points
123
selagi kementerian perumahan di bawah menteri cina selagi tu la isu kuota bumi dan non bumi xkan dpt diselesaikan....
 

dragger

Super Active Member
Joined
Aug 29, 2008
Messages
8,548
Reaction score
35
Points
70
keistimewaan org melayu semakin terhakis. buat rumah 300-400k. lps tu kata bumi x blh beli.sokong MB KEdah naikkan jd 50% lot bumi.
 

ratusanRM

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Apr 8, 2007
Messages
22,686
Reaction score
359
Points
131
biasa la tu... tgk la Menteri kaum apa :(:(
 

yinbyungheon

CG Top Poster Club
Joined
Jul 12, 2006
Messages
36,821
Reaction score
856
Points
161
betullah ape yg diperkatakan oleh bijan...hak2 melayu akan dihapuskan...bijan :(scam
 

Penbiru

Legendary Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
19,621
Reaction score
1,572
Points
201
selagi kementerian perumahan di bawah menteri cina selagi tu la isu kuota bumi dan non bumi xkan dpt diselesaikan....
Betul tu....nanti bila Melayu nak gi beli..cakap kuota tu dah habis jual.Padahal depa blocked...so terpaksa la beli international lot.Pemaju pulak nanti report kat gov...kuota tu tak ramai nak beli so kena lepaskan untuk dijual kepada non bumi...:eek:..macam ni je depa nak main nanti...


p/s : kawan aku pernah tanya pemaju nak beli umah...kerani dia cakap dah habis...pegi SUK ada lagi ..byk pulak tu...:mad:
 

ezis2u

Super Active Member
Joined
Aug 1, 2008
Messages
9,747
Reaction score
22
Points
65
kelihatannyer seperti mesia nak kembali seperti zaman sebelum merdeka dimana:

bangsa melayu diletakkan dikampung2
bangsa india diletakkan di estet2
bangsa cina diletakkan dibandar2

lain-lain bangsa ???
 
Sponsored Post
Top
Log in Register