Punca dua-dua tu la sebab dua-dua taraf kereta nasional. Kalau Proton melingkup sekali pun tapi Perodua masih ada, kereta masih mahal juga sebab kerajaan akan protect Perodua.
Actually tak boleh nak salahkan Proton dan Perodua juga sebab sebenarnya salah kerajaan kenakan Duti Eksais yang tinggi untuk SEMUA kenderaan yang dijual di Malaysia termasuk la Proton dan Perodua. Duti Eksais yang lebih 75% mengakibatkan kereta Axia jadi harga RM32k, dari sepatutnya tak sampai RM20k. Duti eksais itu juga yang sebabkan Proton Saga jadi harga RM42k, yang sepatutnya tanpa duti eksais tinggi tu kita boleh dalam Proton Saga kurang dari RM30k.
Toyota Vios tu kalau takde duti eksais rasanya mungkin boleh dapat bawah RM50k sebab ikutkan Vios dah masuk kategori kereta Asean dan tidak dikenakan duti import. Kalau kau ingat harga Vios akan jadi lebih murah dari harga Proton, maka jangan harap. Toyota dah cekik darah awal-awal lagi tapi orang masih dok fikir Proton punya salah. Kalau rasa info aku ni tak betul atau palsu, sila tengok sendiri cara pengiraan duti keatas kenderaan di,
http://funtasticko.net/cara-pengiraan-cukai-bagi-kereta-cbu-ckd/
Tak pun rujuk Kastam.