Kumpulan siswa UKM ditohmah pro-Israel

CG Sponsors




Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123

Menjelang pilihan raya kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tidak lama lagi, muncul kain rentang yang menyifatkan kumpulan Pro-Mahasiswa universiti tersebut sebagai penyokong Israel.

Kain rentang bertulis 'GMUKM = Pro-M = Pro-Israel, Pemfitnah, Penipu dan Pengganas' itu digantung di sebuah kolej kediaman Ungku Omar di kampus Bangi.

"Kami mengesyaki ia dinaikkan oleh kumpulan pro-Aspirasi kerana label-label seperti pemfitnah dan penipu itu pernah dilemparkan kepada kami sebelum ini," kata jurucakap Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) Ammar Ismail.

Pelajar tahun akhir di fakulti pendidikan itu berkata, pihaknya akan mengadukan insiden tersebut kepada pihak keselamatan dan pentadbiran UKM berhubung perkara itu petang ini.

Pada 4 Januari lalu, GMUKM menyuarakan kecurigaannya kepada pentadbiran universiti yang didakwanya "berkomplot" dengan kumpulan pelajar pro-Aspirasi - musuh tradisi yang dilihat cenderung kepada kerajaan.

Menurut sumber, GMUKM tidak dipanggil menghadiri kursus calon pilihan raya kampus bagi mendapatkan sijil layak bertanding di Melaka pada 1 Januari lalu.

Program tersebut didakwa dibatalkan selepas menerima bantahan pelajar.

Universiti tersebut dijangka mengadakan pilihan raya kampusnya antara 20 hingga 28 Januari ini. Sebanyak 33 kerusi umum dan fakulti akan dipertandingkan.

Tahun lalu, GMUKM tewas di tangan kumpulan pro-Aspirasi apabila berjaya mendapat 12 kerusi sahaja.
 
Sponsored Post

iorichee

Active+ Member
Joined
Jan 22, 2008
Messages
4,681
Reaction score
11
Points
25
adess....

dah melarat ke UKM plak...

sapa la mengajar main politik camnie....
 

jiji89

Fun Poster
Joined
Jun 26, 2009
Messages
516
Reaction score
3
Points
15
tu la psl..kat uitm shah alam gak best..seme pro aspirasi je..sepnjg duk kat uitm ni bru skali je kot aku g undi yg len seme mng tnpa brtndg..haha
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,156
Reaction score
1,093
Points
201
pro aspirasi = sokong kerajaan?
 

iorichee

Active+ Member
Joined
Jan 22, 2008
Messages
4,681
Reaction score
11
Points
25
tu la psl..kat uitm shah alam gak best..seme pro aspirasi je..sepnjg duk kat uitm ni bru skali je kot aku g undi yg len seme mng tnpa brtndg..haha
sama laa...

dulu semua taknak pegang jawatan MPP...

semua men tolak2...

last2 semua menang tanpa tanding...

jangan melarat ke UiTM dah ler...
 

geniusneuro

Banned
Joined
Nov 1, 2008
Messages
19,775
Reaction score
7
Points
115
dkat UO erk?? awat neem turun bukit ni x perasan pon ade banner tu...
 

smileyjawa

Active+ Member
Joined
Jan 3, 2007
Messages
3,702
Reaction score
27
Points
30
meh dtg tmpt aku, takde sorang pun yg benar2 berkaliber nak tawarkn diri jd calon..

sbb smua thu.. kalo jd wakil pelajar pun last2 ikut tlnjk pentadbiran jugak..

:)) haha
 
Sponsored Post
Top
Log in Register