BTC USD 85,903.4 Gold USD 3,050.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kumpulan Hindu Berang Dengan Komik Berkaitan Patung Dewa

guys, ada budak tanya saya, "kenapa allah tak tolong palestin?". nak jawab apa yg molek?
Jawab kat budak tu, Allah beri pertolongan kepada manusia seiring dengan usaha.

Kalau perut lapar, selain berdoa pada Allah mintak nasik, kaki kena jalan pergi cari nasik, bila dah jumpa nasik, tangan kena ambik nasik tu suap ke mulut.

Kalau nak menang perang di palestin, kena usaha lawan.....kalau tengok dalam berita, banyak je lelaki tak pergi berperang.....betul ke penduduk Gaza berperang atau dorang cuma jadi mangsa perang.....?
 
Sponsored Post

guys, ada budak tanya saya, "kenapa allah tak tolong palestin?". nak jawab apa yg molek?
Ni statement (berbentuk pertanyaan tujuan melekeh Allah) paling banyak non muslim di fb baru2 ni
Depa angin sebab ada mangsa sinkhole hindu masuk islam
Kata mereka buat apa masuk islam, kalau Allah betul kenapa Allah tak tolong makcik yang jatuh tu
Lepas tu kaitkan kenapa Allah tak tolong Palestin kalau Allah betul

Guys, ini level soalan budak sekolah rendah baru nak belajar Allah belajar Islam
Ada juga ke forumer CG setaraf budak sekolah rendah?
Atau ada juga ke di CG suka melekeh Allah, melekeh Islam?
Ada.... Korang kalau lama dalam CG korang tentu tau 😁
 
Last edited:
Ni statement (berbentuk pertanyaan tujuan melekeh Allah) paling banyak non muslim di fb baru2 ni
Depa angin sebab ada mangsa sinkhole hindu masuk islam
Kata mereka buat apa masuk islam, kalau Allah betul kenapa Allah tak tolong makcik yang jatuh tu
Lepas tu kaitkan kenapa Allah tak tolong Palestin kalau Allah betul

Guys, ini level soalan budak sekolah rendah baru nak belajar Allah belajar Islam
Ada juga ke "budak" CG setaraf budak sekolah rendah?
Atau ada juga ke dalam CG suka melekeh Allah, melekeh Islam?
Ada.... Korang kalau lama dalam CG korang tentu tau 😁

mmg soalan ni dari budak kecik. hari2 keluar berita palestin kena serang, mati, "palestine will be free". sbb tu dia tanya. bila Allah nak tolong hentikan semua ni. yg mati pun org Islam.

saya pun x tau nak jawab apa. sbb tu saya tanya, apa jawapan yg molek kita nak bagi supaya budak2 faham konsep Tuhan & agama ni, seiring dgn tajuk thread ni pasal Tuhan yg berbeza.
 
Jawab kat budak tu, Allah beri pertolongan kepada manusia seiring dengan usaha.

Kalau perut lapar, selain berdoa pada Allah mintak nasik, kaki kena jalan pergi cari nasik, bila dah jumpa nasik, tangan kena ambik nasik tu suap ke mulut.

Kalau nak menang perang di palestin, kena usaha lawan.....kalau tengok dalam berita, banyak je lelaki tak pergi berperang.....betul ke penduduk Gaza berperang atau dorang cuma jadi mangsa perang.....?

ok saya boleh ambil jawapan tuan. terima kasih.
 
guys, ada budak tanya saya, "kenapa allah tak tolong palestin?". nak jawab apa yg molek?
Sebab palestin tu adalah satu bahagian dari tanda kiamat.. Kiamat takkan berlaku selagi Muslim tak ke sana beramai ramai nanti.. Kalau Allah tolong buat apa cipta kiamat.. Allah tolong untuk sebahagian je..

Bantu palestin tu fardu kifayah.. Kalau dah xde orang palestin kat sana.. Kita wajib pergi sana

Sabda Baginda Rasulullah: Tidak akan terjadi Hari Kiamat hingga kalian memerangi orang Yahudi, sehingga akan berkata batu yang di belakangnya ada orang Yahudi: Hai Muslim! Ini Yahudi di belakangku, bunuhlah dia. - [HR Bukhari 2709].
 
Last edited:
Tak faham betul, kan mudah masing2 sembah jer ikut ajaran sendiri, dan anggap jer tuhan agama lain salah.

Islam, akan tetap teguh dgn pegangan yg "Innaddeena Indallahil Islam" dan ajaran agama lain MENYALAHI AQIDAH KAMI.

Jadi agama lain pun, silakan utk amggap ajaran Islam sesat, dari sudut pandang agama kalian.

Aku x rasa org Islam akan tersinggung dan marah andai ada penganut agama lain dakwa "kamu sesat", sbb mmg betul, jika ikut fahaman agama kamu, mmg kami sesat dari ajaran agama kamu, sbb kami mmg x ikut ajaran agama, kamu.
utk yg ini aku setuju dgn hang ..
 
ok saya boleh ambil jawapan tuan. terima kasih.
Tapi, bagitau jugak budak tu.....pakcik yang bagi jawapan tu pun, sembang kari je....

Kalau perang di sini, dia dah 'cupp' position tukang masak.....biar geng hero dok depan.....dia support melalui penghantaran makanan malam-malam.....hahahahahaha
 
Kan bagus kalau pakar agama Hindu buat penjelasan berkaitan dengan patung patung Tuhan Hindu
Siapa yang menjadi sembahan penganut Hindu
Berapa Tuhan Hindu?
Rasanya majoriti rakyat Malaysia yang bukan Hindu tidak clear perkara ini
Non Hindu nak pencerahan & knowledge.....itu saja.....

Tapi biasalah, no explanation.
Biasanya mereka pun tak faham konsep agama sendiri. Serius, ramai aku jumpa. Gagal explain
Boleh cuba fahamkan apa itu Hinduism dari sudut falsafah Advaita Vedanta.



Advaita Vedanta menerangkan Brahman, 'The Ultimate Reality' yang tidak mampu difahami oleh panca indera manusia. Di bawah ada konsep Trimurti iatu Brahma (Pencipta), Vishnu (Pemelihara) dan Shiva (Pemusnah).

Menurut konsep Advaita Vedanta, Trimurti yang dianggap Tuhan ini sebenarnya 'Sifat-Sifat' Brahman yang cuba difahami menurut pemahaman akal dan panca indera manusia terbatas.

Hinduism ni konsep agama yang bukan 'Fixed', bukannya bersifat Tetap seperti Abrahic Religion. Zaman awal Pre-Vedic, penduduk Lembah Indus menganggap Kuasa Alam seperti Api mempunyai kuasa yang hebat. Maka berlaku penyembahan Agni Tuhan Api dan upacara korban haiwan untuk disembahkan kepada Agni. Pada masa yang sama, dari sudut cerita Mahabharata, Krishna enggan turut serta menyembah Agni. Pada masa ni juga Vishnu adalah sekadar 'minor' god.

Kemudian beralih ke zaman Upanishad, tumpuan aliran Kerohanian berkembang, konsep tuhan yang lebih utama mengambil tempat. Kuasa Alam seperti Api mula ditinggalkan. Konsep Ahimsa iaitu Non-violence mula diterima dan upacara korban haiwan ditinggalkan seiring dgn konsep Vegetarian.

Kemudian sekitar abad pertama Masehi, konsep Advaita Vedanta muncul cuba menerangkan tentang konsep Non Duality iaitu Brahman itu the ultimate reality manakala di bawahnya termasuk Trimurti hanyalah Maya.

Ada sebahagian Hindu menganggap konsep Advaita Vedanta ni adalah 'fasa terakhir' pemahaman tentang apa itu yang dipanggil Hinduism atau Sanata Dharma. Tapi tak semua penganut Hindu berpegang konsep Advaita Vedanta.

Ada penganut Hindu yang lebih tumpukan kpd penyembahan Vishnu atau Shiva. Ada juga yang bercampur-campur sembah dua-duanya. Ada yang tumpukan penyembahan Shakti dan Shiva. Masing2 mempunyai cara tersendiri untuk diorang mencapai Moksha Enlightenment versi Hinduism di mana pemahaman hanya Brahman Yang Wujud / The Ultimate Reality. Matlamat terakhir adalah bersatu dengan Brahman.

Ni yang dikatakan 'evolusi perkembangan' Agama Hinduism atau Sanata Dharma...ia bukanlah agama yang 'Fixed' seperti Abrahamic Religion.

Lebih kurang macam orang yang belajar Tenaga Dalam duk ratib beribu-ribu kali Yaa Qahhar (Yang Memberi Kekuatan) sebab nak kan kekuatan dalam...maka takkan nak ratib beribu-ribu kali Yaa Razzaq (Yang Memberi Rezeki). Asma Ul Husna tu Sifat-Sifat Tuhan - Allah. Allah itu The Ultimate Reality.

Lebih kurang konsep Hinduism, diorang sembah tuhan tu, tuhan ni sebenarnya bukanlah bermakna tuhan tu atau tuhan ni adalah wujud tersendiri daripada Brahman. Tuhan tu atau itu ni yang diorang sembah adalah Sifat-Sifat daripada The Ultimate Reality iaitu Brahman.

Bezanya dengan Islam, Rasul dihantar untuk mengenal Allah. Tetapi beza dengan Hinduism, proses mengenal Brahman ni takder Rasul yang dihantar tetapi ada beberapa Sage petapa yang mendapat beberapa pemahaman tentang Brahman apabila diorang bermeditasi.
 
Last edited:
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register