BTC USD 86,099.7 Gold USD 3,045.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kumpulan Hindu Berang Dengan Komik Berkaitan Patung Dewa

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
66,333
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
66,333
Reaction score
7,306
Points
916
Awards
1
29.08.2024 - Setiap orang patut belajar menghormati kemajmukan Malaysia, bukan melebarkan perpecahan, kata Presiden Malaysia Hindu Sangam (MHS) T Ganesan. Dia berkata demikian sebagai reaksi terhadap status tular di Facebook oleh seorang pengguna maya yang dilihat menyinggung perasaan penganut Hindu. Katanya, mereka telah merujuk perkara itu kepada Kementerian Perpaduan serta menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meneliti perkara itu.

“Perkara ini tidak patut berlaku, terutamanya menjelang sambutan Hari Merdeka tidak lama lagi,” katanya kepada Malaysiakini.

Tiga hari lalu, seorang pengguna memuat naik gambar komik seorang ibu mengajar anaknya berkaitan perbezaan antara Islam dan Hindu. Dia antaranya menolak penjelasan bahawa kuil Hindu sebagai “tempat tuhan orang kafir”. Katanya, penjelasan itu boleh membuatkan anak keliru “macam tuhan ini ada banyak”. Ketika cuba menjelaskan konsep ketuhanan, dia antaranya berkata patung orang kafir tidak boleh menolong manusia kerana ia sendiri dicipta oleh manusia. MHS semalam telah mengkritik komik itu dengan berkata didikan terhadap kanak-kanak tidak patut dibuat dengan cara menyentuh sensitiviti agama lain.

“Selain itu, tafsiran tentang Hinduisme dalam komik itu salah dan memberikan tanggapan negatif terhadap agama. Ia bukan saja menyinggung perasaan orang Hindu, tetapi turut menjejaskan keharmonian yang menjadi asas kepada Malaysia selama bertahun-tahun,” katanya.

Menurut mereka, perbandingan agama tidak harus dibuat secara berat sebelah atau dengan pemahaman yang terhad. MHS bagaimanapun berkata tidak berminat membuat laporan polis. Sementara itu, satu lagi kumpulan Hindu, Malaysia Hindudharma Maamandram turut mengkritik status wanita itu dan menyifatkannya sebagai provokasi.
1724929164413.png
 
Sponsored Post

Tak faham betul, kan mudah masing2 sembah jer ikut ajaran sendiri, dan anggap jer tuhan agama lain salah.

Islam, akan tetap teguh dgn pegangan yg "Innaddeena Indallahil Islam" dan ajaran agama lain MENYALAHI AQIDAH KAMI.

Jadi agama lain pun, silakan utk amggap ajaran Islam sesat, dari sudut pandang agama kalian.

Aku x rasa org Islam akan tersinggung dan marah andai ada penganut agama lain dakwa "kamu sesat", sbb mmg betul, jika ikut fahaman agama kamu, mmg kami sesat dari ajaran agama kamu, sbb kami mmg x ikut ajaran agama, kamu.
 
Kan bagus kalau pakar agama Hindu buat penjelasan berkaitan dengan patung patung Tuhan Hindu
Siapa yang menjadi sembahan penganut Hindu
Berapa Tuhan Hindu?
Rasanya majoriti rakyat Malaysia yang bukan Hindu tidak clear perkara ini
Non Hindu nak pencerahan & knowledge.....itu saja.....

Tapi biasalah, no explanation.
Biasanya mereka pun tak faham konsep agama sendiri. Serius, ramai aku jumpa. Gagal explain
 
Last edited:
Kan bagus kalau pakar agama Hindu buat penjelasan berkaitan dengan patung patung Tuhan Hindu
Siapa yang menjadi sembahan penganut Hindu
Berapa Tuhan Hindu?
Rasanya majoriti rakyat Malaysia yang bukan Hindu tidak clear perkara ini
Non Hindu nak pencerahan & knowledge.....itu saja.....

Tapi biasalah, no explanation.
Biasanya mereka pun tak faham konsep agama sendiri. Serius, ramai aku jumpa. Gagal explain
jangan tuan.... @Xploit Machine boleh jelaskan semua tu,.... beliau agamawan sejati kot....
 
Aku pertahan konsep akidah pegangan aku iaitu Islam, yg tu tiada kompromi.

Tp aku setuju usaha nk memahami konsep agama lain, agar x timbul salah faham. Agama tu punya ajaran mcm lain, kita faham mcm lain then kita momokkan agama tersebut ikut kefahaman kita sendiri.

Ibaratnya mcm kita sembahyang berkiblatkan kaabah, dan tawaf mengelilingi kaabah.

Org bukan Islam boleh anggap yg kita menyembah binaan berbentuk kotak itu, jadi x salah andai ada non muslim nk tahu hakikat sebenar kaabah bagi org Islam.

Mcm tu juga agama lain, kita kata mereka sembah binatang/berhala, mungkin mereka ada penjelasan mereka sendiri. Jika ada yg nk memahami lebih lanjut, silakan.

Bagi aku, aku x berminat nk ambil tahu dan x akan burukkan2 sembahan agama lain, sbb Islam melarang penganutnya mencaci sembahan agama lain.

Hal akidah, tiada kompromi.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register