Kumpulan dan kasta-kasta dalam dunia Internet Marketing

CG Sponsors




egold2u

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Nov 18, 2006
Messages
2,547
Reaction score
77
Points
30
Sebenarnya dalam dunia Internet Marketers nih (aku akan merujuknya sebagai IM mulai saat ini).. ada kumpulan dan kasta-kastanya yang tersendiri. Boleh kata ada 4 kumpulan:

1) Orang yang baru nak mula

Geng ni.. adalah kumpulan orang yg baru nak yakin dengan business internet nih. Diorang baru diberi pendedahan tentang potensi buat duit di internet.. dan ada segelintir yang masih ragu-ragu. Kumpulan ini adalah kumpulan yang paling banyak sekali orangnya. Malang sekali untuk aku katakan disini.. mereka ini juga merupakan mangsa-mangsa paling ramai kepada ramai seasoned internet marketers. Dan yg mana tak menjadi mangsa tu.. akan sangkut pada tahap ini dan takkan maju kehadapan langsung.

Ada antara mereka in the end join program macam PerigiDuit.com atau Quest21.com. Sekadar cukup buat duit saku saja sedangkan cita-cita asal nak jadi jutawan. Cukup malang apabila mereka ni akhirnya join program bogus mcm tu sedangkan mereka semua sebenarnya berpotensi untuk berjaya.

Kenapa ini terjadi?? Sebabnya mudah. Ini kerana mereka semua telah dijanjikan dengan kekayaan sekelip mata apabila mula join bisnes ini. Ramai seasoned marketers macam Ewen Chia (dia jutawan internet Singapura.. pandu kereta Audi R8 yg juga merupakan kereta Tony Stark dalam filem Iron Man baru-baru ini) dan beberapa orang lagi yg janjikan kekayaan overnight bila join bisnes ni. Paling kurang pun.. diorang janjikan "buat duit tanpa perlu kerja" atau "jadi kaya dalam sebulan tanpa usaha yg gigih". Ini lah penyebab kenapa ramai newbie gagal.

Ewen Chia cakap dan janjikan kekayaan dalam satu malam. Tahukah anda semua.. berapa susah dia buat bisnes dia untuk dia sampai ke tahap sekarang ni?? Dia tidur 3 jam saja sehari masa tahun 2002 ke 2003 dulu hanya untuk jalankan bisnes ini. Nampak tak?? Jawapan disini adalah untuk berjaya dalam bisnes ni.. kegigihan perlu ada. Ramai quit, gagal atau join program buat duit mcm perigiduit.com selepas mereka tak berjaya memperoleh kekayaan dalam sekelip mata seperti dijanjikan.

Internet marketers macam aku.. terus terang aku katakan.. cukup suka dengan kumpulan ini. Sebab aku boleh jual macam-macam ebook dan produk cepat kaya kepada diorang. Kalau aku nak mulakan bisnes mcm perigiduit.com pun boleh. Takde masalah kerana golongan ini adalah golongan yang paling mudah untuk jadi lauk yang sangat sedap kepada internet marketers yang dah berjaya.

Nasihat aku: Jangan beli apa-apa produk diinternet sebelum korang kaji habis-habis dan tengok kelebihannya dan kekurangan dari segala segi. Kalau tidak tak mustahil korang akan jadi salah seorang daripada mangsa seasoned marketers ni laugh.gif Mereka tak tipu sebenarnya. Mereka cuma kasi informasi yang kabur.. itu saja. Sebab kadang kala sesetengah perkara lebih baik dirahsiakan daripada dihebahkan kepada umum smile.gif

2) Orang yang dah mula buat duit

Kumpulan ini agak ramai.. but sangat kecil jumlahnya kalau nak dibandingkan dengan kumpulan 1. Kalau kumpulan pertama rata-rata adalah loser.. kumpulan ini pula dah mula menjana wang di internet. Tapi setakat itu saja la. Diorang maybe jana dalam USD 300 ke USD 999 sebulan. But setakat itu saja la. Boleh aku katakan rata-rata orang dalam kumpulan ini.. walaupun mereka berjaya memperolehi duit.. semuanya sangat-sangat tak konsisten. Mungkin bulan ini mereka dapat USD 999. But bulan depan sesen pun tak dapat. Mereka ini takde ilmu yang betul dalam membuat bisnes ini. Prinsip yang mereka tahu hanyalah "Promote barang orang dan dapat duit". Mereka cuma faham dan berpegang pada prinsip yg satu itu.

But dalam tahap ini.. selalunya yang mana ada usaha untuk maju.. dia akan naik ke tahap seterusnya. Tetapi rata-rata kekal dalam kumpulan ini. Yang sebetulnya mereka tak tahu marketing technique, tips, tricks dan secrets yang betul. Kadang kala tak ada niat nak belajar pun atau tak sanggup keluar modal untuk belajar. Bahkan majoriti tak ada laman web sendiri pun. Cuma tahu promosi secara direct linking kepada merchant's website melalui artikel marketing (Squidoo, ezinearticles etc) dan Pay Per Click.

Nasihat aku: Jangan sesekali direct linking. Paling teruk pun buat satu web page dah memadai. Direct linking selalunya tak profitable dan susah nak menang dari segi competition.

3) Orang yang buat duit setiap hari

Ini pula sangat sedikit. Cukup-cukup sedikit kalau nak dibandingkan dengan kumpulan pertama dan kedua. But diorang ni sangat berjaya dan hidup penuh enjoyment. Dengan pendapatan at least USD 5000 sebulan.. hidup memang enjoy.

Macam Phoenixwunin.. budak umur 21 tahun.. muda lagi.. dah bawa RX-8. Kereta dua biji.. satu Satria biasa.. convert GSR. Satu lagi Mazda RX-8.. fun car dia.. plate PHA xxx silver color. Earning last time kami bertemu dia dah cecah USD 1000 sehari. Tapi bukan mudah nak sampai ketahap itu. Aku sampai ketahap ini lebih awal dari dia.. dan bercakap berdasarkan pengalaman.. korang semua kena ada kesungguhan yg cukup-cukup tinggi kalau nak sampai ketahap ini.

Another malaysian yg famous dan cecah tahap ini nama dia Zul. Dia tak popular sgt dalam forum malaysia (for some reason.. dia benci dengan internet marketers malaysia especially melayu). Dia ada keluar sekejap di WangCyber.com.. tapi nampaknya orang disana tak reti menghargai ilmu dia dan accuse dia nak buat bisnes pulak dalam tu. Sayang sekali.. padahal dia ikhlas waktu tu. Mamat ni average USD 1500 ke USD 2000 sehari. Dia lagi best.. dia gagal 7 kali sebelum berjaya ke tahap ini. Sekarang dah migrate ke USA dengan family dia dan pandu kereta Aston Martin V8 Vantage. Muda jugak. Sebaya Phoenixwunin.. kalau tak lebih muda.

Senang cerita.. bila berada dalam tahap ini memang seronok. Apa yang menentukan kejayaan kita hanyalah masa. Kalau aku ada lebih masa.. aku boleh buat lebih banyak niche. Maknanya lebih banyak duit.

Nasihat aku: Jangan terlalu join sangat dengan forum-forum internet marketers especially dari Malaysia. Terus terang aku katakan.. yang masih kesana kesini posting dalam forum tuh.. diorang semua loser. Yang mana yg dah capai tahap berjaya.. semuanya dah stop posting dalam forum-forum tuh. Lebih baik tumpu pada business sendiri daripada mengarut dalam forum.

bersambung...
 
Sponsored Post

egold2u

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Nov 18, 2006
Messages
2,547
Reaction score
77
Points
30
sambungan...


Maksud aku disini.. jangan asyik sangat compare sana sini ilmu siapa lebih baik. Jangan asyik compare tengok ilmu yang A ajar dan B ajar. Stick to one. Cari yg betul-betul sesuai dan stick with him. Pergi sana-sini cari ilmu tu bukan tak bagus.. tapi tak menjamin kejayaan korang. Dua orang yang aku nampak ikhlas nak ajar (for the first time.. aku tak pernah nampak orang reveal insider information kepada umum..) adalah Phoenixwunin dan Crimson Star. Diorang berdua tahu apa yang diorang cakap.. bukan mengarut saja. Terpulang kepada anda semua la kalau nak percaya atau tidak. Samada nak hargai atau tidak. Jangan tanya aku.. sebab aku sememangnya takde intention untuk ajar sesiapa pun disini. Satu.. waste of my time. Kedua.. ilmu tu aku dapat hasil usaha aku.. tak ada sebab kenapa aku senang-senang nak kasi pada korang semua. Nak usaha sendiri.. atau tanya pada mereka yang rela memberikannya (disini ada dua orang nampaknya.. hahaha)

Sedikit nota kepada dua orang yang aku maksudkan itu: Aku tak tahulah samada korang patut buat benda ni atau tidak. Post ilmu korang kepada umum dan juga case study macam Microcapmania dan niche-niche lain tu. Satu.. korang pun belajar benda ni dari hasil titik peluh korang. Kedua.. kita sebagai internet marketers ada code kita sendiri. Insider code antara kita semua, JV partnership dan IM-ers. Kita tak nampak orang macam Patric Chan atau Alan Forrest Smith reveal ilmu diorang just like that.. lagipun tak ramai suka dengan apa yang korang buat ni. Disturb the order of our business. Lagipun tak ke rasa bersalah share insiders info from WA kepada orang luar??

Kalau nak kongsi.. aku rasa korang PM sesiapa yang korang ikhlas nak tolong.. dan bantulah dia sampai dia capai tahap USD 1000 sehari. PM lebih releven pada aku daripada public revelation.

4) The top of the class

Ini adalah super human dalam internet marketing. Mereka ini cukup berjaya dan bukan calang-calang orang. Paling kurang earning adalah USD 75,000 sebulan. Lebih kaya dari CEO syarikat-syarikat besar dunia.

Siapa mereka?? Aku listkan:

Patric Chan (Malaysia) - Specialty Copywriting
Alan Forrest Smith (England) - Specialty Copywriting
Justin Blake (USA) - Specialty Marketing
Mike Stewart (unknown) - Specialty Video Marketing
Frank Kern (USA) - Specialty Mass- Launch Products
Ewen Chia (Singapore) - Specialty unknown dan juga jual produk IM ngarut kepada orang ramai
Armand Morin (unknown) - Specialty unknown
Jeff Herring (unknown) - Specialty Article
Matt Bacak (USA) - Specialty unknown

bla, bla, bla.. ramai lagi sebenarnya.. tapi tak sampai 100 pon (Irfan takde pun dalam list.. hahaha.. itula.. banyak sangat buat program TV sampai niche tak terjaga.. but perhaps dia berada pada tahap itu tapi tak mau menonjol?? Oh well.. kalau tak termasuk yg tak mau menonjol mungkin sampai 1000 orang kot??)

Anyway kita cerita tentang mereka ini. Mereka adalah top of the class dalam bidang mereka. Earning banyak.. cukup banyak. Dan sentiasa menjadi tumpuan tidak kira ke mana mereka pergi. Contoh Alan Forrest Smith.. orang sanggup bayar dia USD 30,000 untuk dia tuliskan sales letter dalam website mereka. Itu pun kena buat appointment 3 bulan lebih awal dengan dia. JB pula pergi kemana pun dengan jet peribadi. Dalam produk terbaru dia, dia ada show off gambar dia dalam jet tuh.

Satu benda tentang diorang ni. Diorang ada circle diorang sendiri yg mana even kami sendiri pun tak boleh nak masuk. Joining is possible only through invitation. Nak dapat invitation?? Kena pecah tahap USD 100,000 sebulan dulu baru layak.

Nasihat Aku: Kumpulan ke-3 dan ke-4 ada circle mereka sendiri. Rakan-rakan dan JV partner yg mereka kenal sesama sendiri. Kumpulan le-3 agak terpecah (sebab kuantiti agak ramai).. maybe ada dalam 30 ke 100 group sesama sendiri. Kumpulan ke-4.. hanya ada satu saja group. Iaitu group expert-expert yg aku mention nama diorang di atas. Nasihat aku.. cuba join diorang kalau boleh. Diorang ni ada inner circle mereka tersendiri dan selalunya.. just hanging out with them boleh kasi macam-macam ilmu pada korang.

Next.. cuba jauhkan diri daripada most IM marketers Malaysia.. terutama forum-forum tentang buat duit di internet yg ada byk di Malaysia ni. They sucks. Yes.. I'm serious. Most benda yang dishare adalah outdated information.. dan itu pun sharing tak meluas mana (sebab kadangkala orang yg sharing tu pun tak tahu apa dia buat.. or maybe dia hanya plain kedekut). Dan.. mereka ini tak seberjaya mana pun. Setakat earn RM5000 sebulan dah masuk sana sini buat thread hingar. Senang cerita.. most of them knows how to talk but no substance at all. Waste of time. Yg mana memang dah berjaya pula.. hanya mendiamkan diri saja di forum tu. Bagi aku.. aku lebih suka lurking sahaja daripada join perbincangan diforum-forum malaysia tu. Dulu beberapa tahun sudah semasa aku baru bermula.. ramai otai-otai yg bagus.. but sekarang kalau masuk forum berkenaan tu.. mana ada dah. Semua dah hilang. Yg ada tinggal semua sucks. Either diorang cuba nak jual produk diorang.. atau sekadar nak tunjuk diorang tu hebat. Useless.




Aku sendiri malas nak post disini.. aku suka senyap sahaja.. sebab benda ini semua aku belajar dgn titik peluh aku sendiri. Dan korang senang-senang masuk forum tanya???!!! Aku tak suka prinsip itu. Aku post ni sekadar nak komen sahaja sbb aku nampak value yg threadstarter offer.. yet no one is taking advantage of it all. Internet marketers berjaya ni ada dua jenis. Satu.. yg berjaya dan famous sampai semua orang kenal. Patric Chan, Irfan Khairi dan Gobala Krishnan. Dan yg kedua.. berjaya tapi seorang pun tak kenal. Tahu-tahu dah jutawan. Yg ini lebih hebat dan bahaya. Jgn bermusuh dgn diorang.. dan cuba jadi kawan karib diorang kalau korang dapat cekup diorang ni.


OK.. malas nak komen panjang.. kalau ada yg tak puas hati dgn post aku ni sorry la.. aku bukan frequenter disini.. so aku takkan reply. Pandai-pandai lah korang

credit to : Kai Kiske
http://www.putera.com/tanya/index.php?showtopic=60422&st=25
 

Jeb

CG Top Poster Club
Joined
Jan 2, 2007
Messages
39,505
Reaction score
124
Points
123
mane sambungan lagi??
 

Dzil77

Active Member
Joined
Dec 7, 2007
Messages
1,908
Reaction score
1
Points
20
Tq bro! good info!
Mmmm aku masuk KASTA mana ek? :-?#:-S
 

zkry

Super Active Member
Platinum Member
Joined
May 12, 2007
Messages
6,718
Reaction score
109
Points
78
Thanks for sharing bro...:D:D
 
Sponsored Post
Top
Log in Register