BTC USD 57,379.0 Gold USD 1,795.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kumpulan bertelagah dalam MCA perlu bersatu selesai masalah

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
KUALA LUMPUR: Kumpulan yang bertelagah dalam MCA sepatutnya bekerjasama menghapuskan perbezaan pendapat antara mereka secara senyap-senyap dan menerima pendekatan yang dicadangkan bagi mengadakan pemilihan semula jawatan sambil menjunjung tinggi keluhuran perlembagaan parti, kata ahli Jawatankuasa Pusat (CC) MCA, Datuk Ti Lian Ker.

Bagaimanapun, beliau mendakwa perkara itu tidak berlaku apabila beberapa ahli CC sendiri "merampas" dan "mengganggu" fungsi jawatankuasa khas parti melalui tindakan mereka yang enggan meletakkan jawatan bagi membolehkan pemilihan baru diadakan.

Jawatankuasa khas itu ditubuhkan CC, badan pembuat dasar dalam MCA, bagi mencari penyelesaian untuk membolehkan parti berkenaan mengadakan semula pemilihan jawatan.

Beliau yang menulis menerusi blognya, berkata perbuatan ahli CC terbabit boleh dianggap menghalang pelaksanaan Pelan Perpaduan Lebih Menyeluruh (GUP) yang digubal bagi mengukuhkan kembali parti itu.

Katanya, sekiranya semua ahli CC benar-benar berdisiplin, mereka sepatutnya menunggu hingga jawatankuasa khas itu mengemukakan syor dan sama-sama meletakkan jawatan bagi membolehkan pemilihan baru diadakan demi kebaikan parti itu.

Rabu lalu, naib presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan 12 pemimpin lain menyerahkan surat peletakan jawatan tanpa tarikh sebagai ahli CC kepada setiausaha agung MCA, Datuk Wong Foon Ming supaya pemilihan baru dapat diadakan bagi menyelesaikan krisis kepimpinan yang melanda parti itu.

Peletakan jawatan mereka hanya akan berkuatkuasa sekiranya mereka tergolong dalam jumlah dua pertiga atau 21 daripada 31 anggota CC yang meletakkan jawatan bagi membolehkan pemilihan baru diadakan.

Selain Liow, pemimpin yang turut menyerahkan surat peletakan jawatan termasuk Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Wee Jeck Seng; Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Hou Kok Chung; ahli veteran CC, Datuk Wong Mook Leong dan naib presiden, Tan Kok Hong.

Beberapa ahli biasa CC yang menyerahkan surat peletakan jawatan ialah Lee Wei Kiat, Datuk Yu Chok Tow, Wong Nai Chee, Senator Datuk Yeow Chai Thiam, Datuk Hoh Khai Mun, Datuk Liew Yuen Keong, Datuk Edward Khoo Keok Hai dan Senator Datuk Alex Wong Siong Hwee.

Sementara itu, bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pahang kawasan Pulau Manis, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, berkata Barisan Nasional (BN) perlu menggunakan strategi jangka panjang dan lebih berkesan dalam menangani krisis yang sedang melanda MCA.

Mohd Ariff, yang lebih dikenali sebagai sakmongkol AK47 dalam kalangan pelayar blog, berkata MCA perlu dilihat sebagai wakil yang boleh diharapkan, rasional dan stabil bagi masyarakat Cina.

Pada peringkat paling asas, MCA perlu diberi peluang untuk melakukan apa yang dianggapnya perlu bagi menyelesaikan masalahnya, kata Mohd Ariff dalam blognya.

Beliau berkata, MCA sentiasa menganggap dirinya sebagai parti yang mewakili kaum Cina dan berharap imej itu dihargai serta diiktiraf oleh pihak lain (dalam BN).

Baru-baru ini, Umno, komponen utama dalam BN, mengadakan rundingan dengan pemimpin MCA bagi membantu menyelesaikan krisis kepimpinan yang melanda parti yang menjadi rakan gabungannya itu.

Pemerhati politik berkata, sikap prihatin Umno itu mudah difahami kerana ia ingin melihat MCA khususnya, dan BN amnya, memperkemaskan kembali kedudukan masing-masing dengan secepat mungkin bagi membolehkan mereka memberi tumpuan terhadap isu-isu yang menentukan hidup mati masing-masing apabila berdepan dengan rakyat, dan bukannya terus dilanda kemelut yang boleh mengakibatkan mereka tersungkur dalam arena politik.

Mereka berpendapat, pemimpin BN dan petugas parti perlu segera memberi penerangan yang sejelas-jelasnya kepada rakyat tentang usaha dan manfaat yang terkandung dalam Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) serta kemajuan yang dicapai setakat ini di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.
 
Sponsored Post

qba437

CG Top Poster Club
Messages
32,537
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
tak bersatu pun tak aper..yang penting selesai masalah
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register