BTC USD 63,311.5 Gold USD 1,769.67
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kumpulan Baju Merah tuntut bebas pemimpin

wenn

Active Member
Joined
Mar 13, 2010
Messages
1,637
Reaction score
0
Points
20
2010/12/11- 10,000 penunjuk perasaan banjiri jalan raya di Bangkok

BANGKOK: Beribu-ribu penunjuk perasaan antikerajaan semalam membanjiri jalan raya di Bangkok bagi menuntut pembebasan pemimpin mereka, yang dipenjarakan berikutan demonstrasi besar-besaran pembangkang awal tahun ini.
Major Jeneral Polis, Wichai Sangparpai menganggarkan lebih 10,000 orang menyertai perhimpunan itu di Tugu Demokrasi di derah bersejarah, lapan bulan selepas pertempuran maut di kawasan sama.
Kira-kira 1,000 anggota polis mengawal keadaan pada perhimpunan itu, di mana penunjuk perasaan berpakaian serba merah melaungkan slogan, menyanyi dan menggantung burung kertas berwarna merah sebagai simbol kebebasan.

Ia adalah tindakan terbaru oleh kumpulan berkenaan, yang ingkar peraturan darurat dengan mengadakan beberapa perhimpunan aman sejak beberapa bulan lalu.

Perhimpunan selama dua bulan oleh Baju Merah, sebahagian besar menyokong bekas perdana menteri, Thaksin Shinawatra, menarik minat 100,000 orang pada April dan Mei lalu bagi mendesak pilihan raya umum, tetapi dileraikan oleh tentera.

Lebih 90 orang maut dalam pertempuran antara askar dan penunjuk perasaan, menjadikannya keganasan membabitkan orang awam paling buruk dalam beberapa dekad.
Selepas pihak tentera berjaya membendung perhimpunan itu, sekumpulan penunjuk perasaan keras kepala bertindak membakar bangunan di pusat bandaraya Bangkok, termasuk sebuah kompleks membeli-belah dan bangunan pasaran saham.

Golongan miskin dan pekerja yang menganggotai Baju Merah menuduh kerajaan sebagai elit tidak demokratik dan mendesak diadakan pilihan raya. – AFP
 
Sponsored Post

wanmuz

Fun Poster
Joined
Jun 1, 2010
Messages
184
Reaction score
1
Points
15
Sekejap lagi nak masuk Thailand. Hari-hari masuk Thailand. Rumah kedua pun ada kat Thailand. Kedai pun kat Thailand.

Alahai duit Thailand lebih besar dari Malaysia. Bawak RM1000 jadi 9510 baht saja.

Pening kepala, orang Thailand yang berniaga dengan Malaysia kata Najib tak pandai jaga negara :)

Orang Malaysia yang berniaga dengan Thailand juga kata camtu.

Dunia semua sama sahaja. Glabalisasi. Free movement of ideas, people and goods.

Baju merah sokonng Cina Thaksin. Baju kuning sokong Cina feudal yang jadi PM sekarang. Rakyat kebanyakkan tak peduli pun sebab terpaksa bergelut dalam dunia tanpa sempadan.

Bagi rakyat biasa apa berlaku di New York, forex dan sebagainya memberi kesan kepada susu anak. Apa yang berlaku di Bangkok atau Kuala Lumpur dalam negara kecil seperti Thailand dan Malaysia tidak diambil peduli sangat.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register