Kuil Sikh di Sentul dilempar batu

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
Satu lagi insiden rumah ibadat diserang dilaporkan berlaku petang semalam - kali ini sasarannya adalah sebuah kuil Sikh di Sentul apabila ia dibaling batu yang merosakkan sebuah pintu kaca.

Polis menemui kira-kira 20 biji batu besar dekat pintu terbabit. Kuil Gurdwara Sahib itu berusia 100 tahun.

Beberapa sukarelawan yang sedang membersihkan kuil berkenaan, terdengar bunyi kaca pecah pada kira-kira jam 6.45 petang dan pergi memeriksanya. Salah seorang sukarelawan, yang juga pegawai polis, memaklumkan kejadian itu kepada polis.

Pengerusi jawatankuasa kuil tersebut, Gurbial Singh berkata tiada seorang pun yang nampak penyerangnya. Katanya, kitab suci Sikh menggunakan perkataan Allah. Pegawai kuil itu menggesa para penganutnya supaya bertenang.

Sebelum ini, beberapa buah gereja menjadi sasaran serangan bom api dan vandalisme ekoran keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang mengetepikan larangan kerajaan terhadap bukan Islam menggunakan perkataan Allah sebagai terjemahan bagi perkataaan 'God'.

Keputusan itu membolehkan mingguan Katholik, Herald menggunakan perkataan Allah dalam bahagian bahasa Malaysianya. Kementerian dalam negeri (KDN) kemudiannya memperolehi perintah mahkamah untuk menangguhkan keputusan tersebut sementara menunggu rayuannya.

Sekurang-kurangnya sembilan gereja telah menjadi sasaran sejak Jumaat lalu ekoran keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Tujuh gereja diserang dengan bom api - empat di Lembah Klang, dua di Taiping dan satu lagi di Seremban.

Kerosakan paling teruk dialami oleh Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur di mana tingkat bawah bangunan tiga tingkat yang menempatkan gereja tersebut, hangus terbakar.

Dua lagi gereja yang turut diserang - sebuah di Melaka disimbah dengan cat hitam, manakala sebuah gereja di Miri, Sarawak dibaling batu yang memecah kaca salah sebuah tingkatnya.

Exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong dan ahli parlimen Selayang, William Leong (foto bawah) turut melawat kuil Gurdwara Sahib pada kira-kira jam 10.30 malam tadi.

Sewaktu prosiding kes Herald, Presiden Majlis Gurdwara Malaysia, Jagir Singh telah memfailkan permohonan untuk mencelah.

Dalam permohonannya itu, beliau berkata perkataan Allah terkandung dalam kitab suci Sikh - Sri Guru Granth Sahib Ji.

Jagir berkata, kitab suci Sikh adalah dari Tuhan dan oleh itu, tiada sebarang perkataan di dalamnya yang boleh ditukar, dipinda atau diganti.

Majlis tersebut, yang mewakili masyarakat Sikh, adalah antara pertubuhan yang memohon untuk mencelah dalam kes tersebut.

Beberapa pertubuhan Islam - Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Terengganu, Perak dan Wilayah Persekutuan - juga turut memohon untuk mencelah, dengan berhujah bahawa mereka juga ada kepentingan dalam kes tersebut.

Bagaimanapun, permohonan mereka ditolak oleh mahkamah.
 
Sponsored Post

thelotrogold

Freshie
Joined
Oct 27, 2009
Messages
4
Reaction score
0
Points
3
explosives or other evidence at the scene

Hundreds of parents fear a morgue on the outskirts of the city for the slow work of identifying bodies was pending. Vanguard Gold A spokesman for the regional emergencies ministry told AFP 57 people had been identified previously.He said 130 others were injured in the fire and residents, said Silkroad gold hospitals had begun an urgent appeal for blood donors after the tragedy.Many victims died from smoke inhalation or were crushed to death as partygoers rushed to escape, authorities said.A local resident who gave his name only as Nelly, EQ2 Plat said the staff and artists, including the daughter of a friend who had escaped mainly through a back door.The lights went out, and it crawled through the back door to leave. Clothes were all from the Fire charred and black, he said.There are fireworks sold to the scene and hit the plastic cap, setting Aion Power Leveling ablaze everything. People were panicking and burns autumn, the crowd and poisonous gases, the Perm region has cited public safety Igor Buy Dragon Oath Gold Orlov.Officials ruled out the possibility that the tragedy was a terrorist attack, such as the FSB security experts found no traces of explosives or other evidence at the scene.
 

roBUST

Banned
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
org mesin rumput kene tingkap kuil pn nk kecoh dlm berita dorang ni
 

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
Hundreds of parents fear a morgue on the outskirts of the city for the slow work of identifying bodies was pending. Vanguard Gold A spokesman for the regional emergencies ministry told AFP 57 people had been identified previously.He said 130 others were injured in the fire and residents, said Silkroad gold hospitals had begun an urgent appeal for blood donors after the tragedy.Many victims died from smoke inhalation or were crushed to death as partygoers rushed to escape, authorities said.A local resident who gave his name only as Nelly, EQ2 Plat said the staff and artists, including the daughter of a friend who had escaped mainly through a back door.The lights went out, and it crawled through the back door to leave. Clothes were all from the Fire charred and black, he said.There are fireworks sold to the scene and hit the plastic cap, setting Aion Power Leveling ablaze everything. People were panicking and burns autumn, the crowd and poisonous gases, the Perm region has cited public safety Igor Buy Dragon Oath Gold Orlov.Officials ruled out the possibility that the tragedy was a terrorist attack, such as the FSB security experts found no traces of explosives or other evidence at the scene.
yg ni apa kes lak ni ? 8->
 

roBUST

Banned
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
saje je pak pak singh ni nk join keruh keadaan
 
Sponsored Post
Top
Log in Register