Kufur jika sokong bukan Islam guna kalimah Allah: Haron Din

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
BANGI - Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam akhbar mingguan The Herald Catholic Weekly boleh membawa kepada kekufuran.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung menyebabkan kekufuran dan syirik.

Menurutnya, semua pihak termasuk Institusi Raja-raja dan kerajaan digesa supaya mengambil serius isu penggunaan kalimah Allah ini dan mengambil langkah segera dalam menangani masalah ini.

“Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka. Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur,” katanya dalam sidang media, semalam.

Beliau berkata, isu ini merupakan isu yang melibatkan agama yang mampu mewujudkan suasana tidak harmoni dalam negara sekiranya penggunaan kalimah tersebut dibenarkan.

Menurutnya, niat sebenar akhbar tersebut untuk menggunakan kalimah yang sebelum ini hanya digunakan oleh umat Islam diragui kerana agama Kristian sebelum ini hanya menggunakan perkataan God, Jesus dan Lord :dalam kitab Injil mereka.

“Saya mahu tunjukkan bukti bahawa hanya agama Islam sahaja yang menggunakan kalimah Allah berdasarkan kitab al-Quran dan Injil.

“Dalam Kitab Injil agama Kristian tidak menggunakan perkataan Allah sebaliknya mereka menggunakan perkataan God, Jesus dan Lord, namun kalau kita merujuk pula dalam al-Quran kalimah Allah digunakan dalam setiap muka surat,” katanya.

Beliau berkata, umat Islam perlu bersatu membantah usaha ini bagi mengelakkan yang buruk berlaku kepada agama Islam pada masa hadapan.
 
Sponsored Post

ceria28

Legendary Member
Joined
Mar 13, 2007
Messages
11,901
Reaction score
109
Points
123
Nama pun manusia tak kiralah apapun agamanya sememangnya umat Muhammmad dan hamba ALLAH. Jika ada manusia yg menyalah gunakan kalimah ALLAH ini maka terima lah balasan dari ALLAH kerna ALLAH yg lebih mengetahui dan segala2nya dialam semesta ini adalah hak milik mutlak ALLAH jua.
 

Mata_Pena

Active+ Member
Joined
Oct 22, 2008
Messages
4,705
Reaction score
1,543
Points
101
Kalau itu kata Ust Harun Din.. saya tanya TT video yg bawah nie mcm mana?

http://www.youtube.com/watch?v=AnXEzrJsT-Y

http://www.youtube.com/watch?v=738vMmiIU24

http://www.youtube.com/watch?v=738vMmiIU24

saya bukan niat memburukkan org. Tapi haruskah kita mengenal siapa musuh kita yg sebenarnya? Siapa yg memartabatkan Islam? dan siapa yg menjual agama Islam?

Siapa yg keluar masuk mahkamah lawan pihak gereja kristian di malaysia? dan siapa pula yg memberi sokongan kepada Kristian?

ape pendapat TT
 

Peecock

Active Member
Joined
Dec 6, 2007
Messages
1,265
Reaction score
2
Points
25
PAS backs use of Allah by Christians
By Adib Zalkapli
KUALA LUMPUR, Jan 5 — Despite strong opposition from some Muslims groups, PAS last night decided to back the use of the word Allah by Catholics, saying that it is consistent with the federal Constitution and Islamic principles.

The decision was made by the Islamist party’s political bureau after a three hour meeting which was chaired by president Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

In a statement made after the meeting, Hadi warned, however, that the word “Allah” should not be abused to confuse the public.

“PAS would like to state that based on Islamic principles, the use of the word Allah by the people of the Abrahamic faiths such as Christianity and Judaism, is acceptable,” said Hadi in a written statement which was read out by Information Chief Idris Ahmad.

“However, the word Allah must not be misused or abused so as not to affect racial and religious harmony in the country,” he added.

Hadi also urged all parties not to politicise the matter for political mileage.

“PAS strongly objects to any aggressive and provocative approach that can lead to tension in society,” he added.

Last week the High Court ruled that the Catholic church had a constitutional right to publish the word “Allah” in the Bahasa Malaysia edition of its Herald newspaper.

The government has decided to appeal the ruling yesterday, bowing to demands from Muslim groups who say they fear the ruling would result in confusion and that non-Muslims would abuse the usage of the word “Allah”.

Various Umno-linked organisations, who maintained that the word “Allah” can only be used exclusively by Muslims, have protested against the court’s decision and police reports were also lodged against the Catholic’s publication.
 

Peecock

Active Member
Joined
Dec 6, 2007
Messages
1,265
Reaction score
2
Points
25
so siapa yg kufur ni..pendirian rasmi pas membolehkan org bukan islam guna Allah
 

Melancong 48

Fun Poster
Joined
Jul 30, 2009
Messages
334
Reaction score
9
Points
15
Jawapannya sama2 kita tunggu diakhirat nanti..kami meyokong kata2 Ustaz Haron Din..kita terima pendapatnya yang lebih arif tentang ilmu Tauhid..manusia mengejar kedudukan dan harta serta pangkat sanggup mengadaikan Islam untuk kepentingan peribadi..benarkah mereka orang2 yang beriman kita sama2 renongkan..dunia hampir kiamat kerana orang Islam sudah tidak yakin dengan agama yang diredhai ALLAH.
 

art_director

Banned
Joined
Jan 20, 2008
Messages
3,606
Reaction score
182
Points
43
that the word “Allah” should not be abused to confuse the public.

Pasti ke ia tidak akan di miss use?
so kau kata harun din ker yg Kufur?

Mula2 mintak menggunakan Nama Allah.. lepas tuh?

Nie permintaan IFC pulak
4.4 Isu Interfaith Commision (IFC) atau Inter Religous Council (IRC)

Melihat kepada objektif penubuhannya disebut bermatlamatkan untuk meminda ajaran asas Islam yang bakal merugikan orang Islam sendiri dan berpihak kepada kepentingan orang-orang bukan Islam. Dan diantara tuntutan orang-orang bukan Islam yang dibuat melalui IRC iaitu:

(Riduan Mohd Nor & Mohd Asri Mat Daud,2006:45-52)

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.
4. Tidak perlu dicatatkan dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang sama untuk masjid. Kerajaan juga perlu membenarkan pembinaan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam tanpa perlu ada peraturan tertentu.

9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bible dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsurkan Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Tarikh : 31 Januari 2007
Sumber : Pengarah Bahagian Dakwah
Editor : PRO JAKIM

Sumber - Jakim

Kenapa org islam sendiri yg tidak mahu memartabatkan agama islam dan sebok memartabatkan agama org lain?
 

kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
camner pula sokong parti yang menolak hukum Allah, tak jatuh kufur ke?
 

apit0

Active+ Member
Joined
May 12, 2008
Messages
2,999
Reaction score
0
Points
20
aku hanya mengikut ulama shj.....dia org kata kufur...kufur la.....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register