BTC USD 94,163.0 Gold USD 2,685.76
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kubur bertingkat boleh atasi tanah kubur padat

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
7,297
Joined
Jun 21, 2021
Messages
7,297
Reaction score
1,016
Points
151

Kubur bertingkat boleh atasi tanah kubur padat​

Oleh Latifah Arifin - Ogos 18, 2024 @ 9:44am
[email protected]


GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

KUALA LUMPUR: Sistem kubur bertingkat dilihat antara kaedah terbaik bagi menangani isu kekurangan tanah kubur khususnya di bandar besar.

Bagi tujuan itu, tokoh agamawan berpandangan Majlis Agama Islam Negeri khususnya di lokaliti dengan kepadatan penduduk tinggi wajar melakukan penelitian terperinci daripada aspek kajian hukum bagi pelaksanaannya.

Ahli Jawatankuasa Fatwa Kedah, Dr Mohd Hapiz Mahaiyadin, berkata setakat ini belum ada mana-mana negeri memutuskan mengenainya.

"Amalan menanam mayat orang Islam mesti 'tadfin' iaitu ditanam di dalam tanah. Maka, dalam hal ini, mengebumikan jenazah secara bertingkat boleh diperkenalkan.

Ia (boleh dilakukan) dengan cara menempatkan jenazah seperti di atas para dalam tanah, sebagaimana amalan di negara Arab. Mereka buat para dalam bilik bawah tanah untuk menempatkan mayat.

"Cadangan ini sudah lama dibahaskan, malah ada pihak Majlis Agama Islam Negeri yang mencadangkannya. Namun, (sehingga kini) ia tak dilaksanakan kerana kita masih ada alternatif dari segi tanah (bagi tapak perkuburan)," katanya kepada BH.

Beliau yang juga Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Mohd Hapiz Mahaiyadin, berkata walaupun hukum mengebumikan jenazah dengan kaedah kubur bertingkat sah dan harus di sisi syarak, perlu dibuat kajian hukum bagi melihat kepada kaedah dan amalan pelaksanaannya secara menyeluruh.

Katanya, antara perkara yang perlu diteliti adalah mengkaji tempoh masa untuk jenazah mereput, jenis tanah yang bersesuaian dengan pendekatan itu dan cara menyatukan cebisan tulang jenazah bagi tujuan pemindahan ke tempat baharu.

"Bagi melaksanakan kaedah kubur bertingkat, boleh guna kubur lama yang dikenal pasti rangka mayatnya sudah hancur dengan ditanam mayat baharu di atasnya.

"Cuma perlu ada kajian kukuh berapa lama satu jenazah boleh kekal dan tidak rosak di satu lot kubur. Selain itu, disarankan supaya dibuat pengasingan antara jenazah bukan mahram dalam satu kubur.

"Perlu juga lihat daripada aspek tanah kerana difahamkan untuk buat kubur bertingkat, tanah mestilah bukan daripada jenis berair. Mungkin boleh satukan tapak perkuburan di satu tempat yang merangkumi beberapa mukim," katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Fatwa Selangor dan Perak, Dr Muhammad Ayman Al-Akiti, berkata mengikut hukum syarak, tidak ada masalah untuk menggunakan pendekatan kubur bertingkat, malah ia sudah dimulakan di negara luar termasuk di Madinah dan Singapura.

"Secara feqah, tiada isu kalau jenazah yang keadaannya sudah hancur dipindahkan ke kubur yang lain. Malah, jika (keadaan kritikal) boleh dibuat kubur bertingkat, sehingga 20 tingkat pun tiada masalah.

"Bagi negeri yang besar, masih ada tanah wakaf yang banyak mungkin tidak berdepan isu ini. Jadi, di Kuala Lumpur, cadangan ini baik untuk dilaksanakan. Malah, secara syarak, batu nisan pun tak perlu letak supaya kita boleh tempatkan kubur atas kubur.

"Masyarakat juga perlu difahamkan bahawa tanah kubur dalam konteks negara kita adalah tanah perkuburan awam. Jadi (jika dilaksanakan nanti), jangan pula timbul isu, sekiranya batu nisan terpaksa dialihkan dan cebisan rangka dipindahkan," katanya.

Jelasnya yang juga Pensyarah Jabatan Usuluddin, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), kaedah kubur bertingkat sebagaimana dibuat di Baqi' Madinah boleh dijadikan model untuk pelaksanaannya di Malaysia.

"Di Baqi', caranya adalah mereka buat satu liang kubur yang ada 10 tingkat. Jadi, apabila (jenazah) itu hancur, maka tulang-tulangnya dipindahkan ke tempat lain, lalu dimasukkan pula jenazah lain.

"Biasanya, mengikut pakar forensik, satu mayat mengambil masa lebih daripada 15 tahun untuk mereput," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM), Rafie Zainal, berkata pemikiran masyarakat perlu diperbetulkan dengan tidak lagi melihat kepada perkuburan cara lama.

"Kubur bukan tempat yang tetap dan tidak kekal selamanya. Bagi yang berwaris, maka kubur yang lama itu dibiar untuk tatapan mereka untuk dikunjungi. Kubur yang lama perlu digali semula dan diletakkan jenazah baharu.

"Justeru, saya mencadangkan kubur lama tidak berwaris dan tidak terjaga digali semula dan tulang yang masih ada itu dihimpunkan di satu tempat yang lain," katanya.

Semalam, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Ajib Ismail, berkata kurang daripada lima tahun lagi Tanah Perkuburan Islam (TPI) kariah masjid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur khususnya di kawasan kepadatan tinggi diunjurkan akan penuh.

Katanya, sehingga Julai 2024, baki keseluruhan TPI kariah di Kuala Lumpur hanya 9 9,957 lot atau 16.26 peratus sahaja daripada jumlah keseluruhan yang sedia ada sebanyak 61,235 lot
 
Back
Top
Log in Register