kubah ais di antartik cepat cair..paling pantas dalam tempoh 1000 tahun

CG Sponsors




kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,666
Reaction score
837
Points
171
CANBERRA: Pencairan ais pada musim panas di sebahagian kawasan Antartika dilaporkan pada tahap paling pantas dalam tempoh 1,000 tahun, lapor penyelidik Australia dan Britain, semalam.

Mereka berkata, kesan pemanasan global adalah antara faktor glasier Antartik dan bongkah ais semakin cepat cair.
Penyelidik Universiti Kebangsaan Australia dan Tinjauan Antartik Britain menemui data menunjukkan pencairan ais adalah 10 kali lebih pantas selama 50 tahun lalu dibandingkan keadaan 600 tahun lalu.


“Ia adalah bukti bahawa iklim dan persekitaran di sebahagian Antartika sudah berubah,” kata ketua penyelidik, Nerilie Abram.

Abram dan pasukannya mengorek ke dalam ais sedalam 364 meter di Pulau James Ross di penghujung utara Semenanjung Antartik untuk mengukur suhu dan membandingkannya dengan tahap pencairan ais musim panas di situ.

Mereka mendapati, ketika suhu meningkat 1.6 darjah Celsius sejak 600 tahun lalu, kadar pencairan ais lebih tinggi sejak 50 tahun lalu.

Ini menunjukkan pencairan ais boleh meningkat secara dramatik dalam keadaan iklim sekiranya suhu juga meningkat.
Robert Mulvaney dari British Antarctic Survey berkata kecairan ais yang kuat adalah disebabkan kehilangan ais glasier lebih cepat dan beberapa runtuhan dramatik dari ais Antartik sejak 50 tahun lalu. REUTERS


sumber:-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KubahaisdiAntartikcepatcair/Article
 
Sponsored Post

revok

Fun Poster
Joined
May 19, 2011
Messages
940
Reaction score
0
Points
10
skrg kalau banjir mmg besar

take note rumah berdekatan sungai..
 

boyz371

CG Top Poster Club
ForexMart Fans
Joined
Aug 24, 2010
Messages
28,564
Reaction score
279
Points
131
kiamat sudah hampir
 

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,666
Reaction score
837
Points
171
secara konsepnya bila ais cair ada tmpt2 yg akan banjir/terhakis..
 

epozer

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Aug 2, 2010
Messages
14,791
Reaction score
532
Points
171
secara konsepnya bila ais cair ada tmpt2 yg akan banjir/terhakis..
tempat pada khatulistiwa akan terkesan pasal air naik ni...tapi mid latitude ke atas akan ice age....sejuk extreme di sebabkan thermal belt akan terhenti bila kemasinan laut berkurangan..

yg yg geng atas duk kalut pasal global warming...kalau x haram diorg xkisah..:D
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,675
Reaction score
21,084
Points
1,671
kena start simpan beli bot
 
Sponsored Post
Top
Log in Register