BTC USD 56,918.1 Gold USD 1,777.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

"Kuarantin Pun Ada Dua Darjat", Muhyiddin fail saman fitnah terhadap Puad Zarkashi

azmann33

Legendary Member
Joined
Mar 2, 2009
Messages
10,618
Reaction score
922
Points
171
RPK kata Puad ni dah cucukp untuk meruntuhkan UMNO dari dalam haha

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,606
Reaction score
12,491
Points
1,906
Puad ni nak fail rayuan serta merta ni semata2 nak tutup malu kot?
Puad ni liabliti pada UMNO.
Tiada kualiti langsung masa jadi boss JASA dulu. GAGAL pertahan BN dari serangan PH..

tn azmann, en Puad ni senada dengan pakJib dan pakZahid. Dia juga antara yg support UMNO putuskan hubungan dengan Bersatu
lantang dia bersuara against TSMY. PPBM secara am
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
13,170
Reaction score
2,158
Points
201
tn lautjernih, en Puad dah terima perintah injunksi yg bertarikh 1/3/2021, halang dia dari siarkan kenyataan yg berkenaan tu
jadi saya rasa tak sesuai utk saya siarkan semula posting en Puad tu (saya ada post kat satu thread sebelum ni) kat thread sini memandang posting tersebut adalah subject matter (isu penting) dlm perintah injunksi tu

walau perintah injunksi tu ditujukan pada en Puad, tapi saya ambik langkah tak re post/re paste here :)

bagus tu mek
Kitajagakita
Kang tak pasal2 kita kene tangkap
Depa ni bukan bole caya sgt
Islam tak islam..dia pukul semua je
Asalkan mereka dpt pegang kuasa
 

juhan

Active+ Member
Joined
Mar 30, 2010
Messages
4,225
Reaction score
675
Points
81
tn azmann, en Puad ni senada dengan pakJib dan pakZahid. Dia juga antara yg support UMNO putuskan hubungan dengan Bersatu
lantang dia bersuara against TSMY. PPBM secara am
Puad nak bertanding kat kerusi dia lah. Dia takut kalau bersatu diberi laluan oleh umno dlm pru 15 nanti. Sbb tu dia bising penyatuan umno dgn bersatu pd pru 15 nanti. Biar lawan 3 penjuru dr beri laluan pd bersatu. Sbb tu kerusi mp dia dulu.
 

lautjernih

Fun Poster
Joined
Jun 22, 2019
Messages
334
Reaction score
56
Points
30
RPK kata Puad ni dah cucukp untuk meruntuhkan UMNO dari dalam haha

Kalau Puad ni la "CIA" Najib - adeh ... sian lak si Najib haha.
 

azmann33

Legendary Member
Joined
Mar 2, 2009
Messages
10,618
Reaction score
922
Points
171
tn azmann, en Puad ni senada dengan pakJib dan pakZahid. Dia juga antara yg support UMNO putuskan hubungan dengan Bersatu
lantang dia bersuara against TSMY. PPBM secara am

betul tu..
Kluster mahkamah ni asik desak kerajaan PN ja. @ Bersatu.
Tak aman kerajaan nak buat kerja akibat desakan dari dalam.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,606
Reaction score
12,491
Points
1,906
1615249140448.png


Puad mohon batal perintah injunksi diperoleh Muhyiddin


Diterbitkan 8 Mar 2021, 6:11 pm

Dikemaskini 8 Mar 2021, 6:12 pm



Ahli Majlis Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi memohon untuk membatalkan perintah injunksi (larangan sementara) terhadapnya yang diperoleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berhubung kenyataan di Facebooknya.
Fuad mengajukan permohonan itu pada hari Jumaat minggu lalu untuk mengetepikan perintah berkenaan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 Mac.
Pada hari itu (1 Mac), Muhyiddin, yang menuntut atas kapasiti peribadinya, memperoleh perintah larangan sementara selama 21 hari untuk Puad memadam catatan Facebook yang menjadi perikaian dalam tuntutan itu.
Perintah 21 hari itu berkaitan dengan saman fitnah Muhyiddin terhadap Puad.

Pada 1 Mac, perintah yang dikeluarkan adalah ex-parte, di mana hanya pasukan undang-undang plaintif yang hadir ketika membuat penyerahan di mahkamah.
Susulan perintah itu, Puad pada 4 Mac dilaporkan mengatakan bahawa dia sedang dalam proses untuk mematuhi perintah mahkamah.

Menurut salinan permohonan mengenepikan perintah itu yang dilihat oleh Malaysiakini, Puad mendakwa bahawa Muhyiddin tidak mempunyai dasar undang-undang dan fakta untuk diberi perintah larangan sementara.

"Tiada pendedahan penuh dan terus terang (full and frank disclosure) oleh Plaintif dalam mendapatkan Perintah Injunksi Ex-parte bertarikh 1 Mac 2021," katanya.
"Perintah Injunksi Ex-parte bertarikh 1 Mac 2021 adalah tidak jelas

(vague), samar (ambiguous) dan bersifat menindas (oppressive)," tambahnya.
Defendan juga berpendapat bahawa ganti rugi adalah remedi yang mencukupi (sekiranya plaintif memenangi tuntutan saman fitnah kelak).

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, peguam Puad, Shahrul Fazli Kamarulzaman mengesahkan bahawa Puad mengemukakan permohonan itu pada hari Jumaat minggu lalu.

Peguam itu menambah bahawa permohonan anak guamnya sekarang adalah berbeza dengan permohonan yang ditetapkan untuk didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat ini.

Pada hari Jumaat ini, hakim Mohd Firuz Jaffril dijadualkan untuk mendengar hujah pihak Muhyiddin (di mana kedua-dua pasukan undang-undang plaintif dan defendan akan berhujag di hadapan pengadilan) berhubung permohonan injunksi terhadap Puad berkaitan dengan kenyataannya di Facebook.

Di bawah undang-undang, perintah ex-parte ketika ini hanya akan berakhir pada 21 Mac, kecuali jika diganti dengan perintah inter-partes oleh mahkamah.
"Kami juga telah memberikan salinan permohonan anak guam kami untuk mengenepikan perintah itu kepada pasukan undang-undang plaintif," kata Shahrul.

Malaysiakini sedang berusaha menghubungi pasukan undang-undang Muhyiddin mengenai perkara itu.
Sebelum ini dilaporkan bahawa Muhyiddin telah mengeluarkan surat tuntutan terhadap Puad berhubung dengan catatan Facebook yang menuduh wujud pilih kasih dalam prosedur Covid-19. Catatan Facebook itu dimuat naik pada 9 Februari.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,606
Reaction score
12,491
Points
1,906
1615561800182.png


PM dapat perintah baru dari mahkamah untuk kekang hantaran Puad


Diterbitkan 12 Mar 2021, 5:12 pm



Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memperoleh perintah mahkamah terbaru bagi menghalang Ahli Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi daripada memuat naik hantaran di Facebook.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengeluarkan perintah injunksi ad-interim (sementara) yang tidak dibantah oleh pasukan perundangan Puad.
Perintah itu berkaitan saman fitnah ke atas Puad berhubung hantaran Facebook berkenaan.

Pada 1 Mac lalu hakim Mohd Firuz Jaffril mengeluarkan perintah injunksi serupa terhadap Puad, yang hanya berkuat kuasa selama 21 hari dari tarikh ia dikeluarkan.

Perintah larangan hari ini pula berkuat kuasa sehinggalah mahkamah mendengar dan melepaskan dua permohonan undang-undang berasingan berkaitan saman fitnah utama itu.
Yang pertama ialah permohonan Muhyiddin untuk perintah injuksi inter-partes ke atas Puad sementara menunggu pelepasan tindakan saman fitnah utama manakala yang kedua merupakan permohonan Puad untuk mengetepikan perintah larangan ke atasnya.

Mahkamah hari ini menetapkan 24 Mei sebagai tarikh pendengaran untuk kedua-dua permohonan.
Ekoran perintah mahkamah pada 1 Mac lalu, Puad memadam catatan Facebooknya yang merupakan subjek (subject matter) dalam prosiding saman berkenaan.
Urusan perundangan inter-partes adalah apabila kedua-dua pasukan perundangan - untuk plaintif dan defendan - hadir di mahkamah untuk menyampaikan hujahan.


Mohon ganti rugi umum
Ketika ditemui media selepas prosiding itu, peguam Muhyiddin, Rosli Dahlan, mengesahkan mahkamah mengeluarkan perintah injunksi hari ini.
“Injunksi ex-parte (perintah pada 1 Mac) telah ditukarkan kepada injunksi ad-interim (perintah hari ini) sehingga 24 Mei, jadi dia (Puad) tidak boleh membuat sebarang kenyataan sehingga tarikh berkenaan,” kata Rosli.

Urusan perundangan ex-parte ialah apabila hanya satu pihak sahaja yang hadir memberikan hujahan di mahkamah.

Sementara itu, peguam G Rajasingam mengesahkan bahawa perintah mahkamah hari ini dikeluarkan memandangkan tiada bantahan daripada Puad selaku anak guam mereka.

“Kami tak bantah permohonan ad-interim (daripada pasukan Muhyiddin), jadi perintah itu dikeluarkan dan berkuat kuasa sehingga tarikh itu (24 Mei),” kata Rajasingam yang memberikan kenyataan di sebelah Puad.
Muhyiddin - yang memfailkan saman atas kapasiti peribadinya - tidak hadir di mahkamah hari ini.

Sebelum itu, dilaporkan Muhyiddin menghantar surat tuntutan kepada Puad berhubung hantaran Facebook yang menuduh pelaksanaan prosedur Covid-19 berat sebelah. Hantaran itu dimuat naik 9 Feb.
Berdasarkan salinan saman fitnah utama itu, Muhyiddin memohon ganti rugi umum, teladan dan teruk daripada Puad.

Dia memohon injunksi bagi menghalang Puad daripada terus menyiar atau mengongsikan hantaran berkenaan.

Muhyiddin memohon perintah mahkamah agar Puad membuat permohonan maaf yang jelas di Facebook rasminya serta agar defendan memastikan permohonan maaf itu disiarkan di portal-portal berita dan media sosial yang telah menerbitkan hantaran yang dipertikaikan itu.

Muhyiddin turut memohon pelepasan kos dan pelepasan lain yang dirasakan wajar oleh mahkamah.


 

apoeki

Super Active Member
Joined
Aug 7, 2012
Messages
6,538
Reaction score
554
Points
121
Din pagoh korentin x blik dari luar negara hr tu?
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register