BTC USD 56,918.1 Gold USD 1,777.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

"Kuarantin Pun Ada Dua Darjat", Muhyiddin fail saman fitnah terhadap Puad Zarkashi

afshaman

Active+ Member
Joined
Nov 8, 2013
Messages
3,189
Reaction score
323
Points
51
aii En Puad, mengapa lak padam
lawan tetap lawan
bukan ke En Puad mengaku yg catatan En Puad kat FB tu benar, semuanya benar, takde yg tak benar melainkan benar belaka.
takkan En Puad buat fitnah pulak kan

kalau padam tu kira camne tu mek?
 
Sponsored Post

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
13,170
Reaction score
2,158
Points
201
Bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Datuk Puad Zarkashi akan terus mempertahankan dirinya dalam kes saman fitnah oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.




142333d1p8x22r6l2yzm26.png



Puad mengakui telah menerima surat tuntutan (LOD) daripada peguam Muhyiddin dan bersedia untuk ke mahkamah bagi membuktikan kebenaran.


Menurut bekas Ahli Parlimen Batu Pahat itu lagi, tindakan saman Muhyiddin juga boleh disifatkan sebagai satu bentuk pembulian terhadapnya.

“Sebagai individu yang dijamin kebebasan bersuara, saya tidak akan benarkan diri saya dibuli oleh Tan Sri Muhyiddin seperti mana Umno dibuli.

“Saya tidak perlu memohon maaf dan tidak perlu memadam posting (hantaran) dalam Facebook saya," katanya.


Sebelum ini, Muhyiddin menuntut Puad memohon maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi RM10 juta kerana didakwa memfitnah menerusi hantaran di Facebook.


Puad didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa Muhyiddin enggan dikuarantin sekembali dari lawatan rasmi dari Jakarta pada 5 Februari lalu sehingga kerajaan terpaksa mewartakan perintah kuarantin tiga hari terhadap menteri.


Terdahulu, Puad menepis dakwaan Muhyiddin selain memaklumkan bahawa dirinya hanya melontarkan soalan terhadap isu tersebut.




142333mp8ppqw7dtt0oto0.png


“Saya dituduh memfitnah perdana menteri. Sedangkan saya hanya bertanya dan meminta penjelasan. Kalau itu pun disaman maka amat wajar saya melawan di mahkamah.

“Oleh kerana peraturan kuarantin tiga hari untuk menteri dibuat tergesa-gesa, maka ia isu 'kepentingan awam' yang perlu ditanya dan dipersoalkan.

“Ini kerana dalam Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan disebut dengan jelas rakyat berhak mendapat layanan yang adil dan saksama. Maka apakah 'kuarantin' tiga hari tidak bertentangan dengan Artikel 8?

“Pada saya amat jelas tindakan saman ini bertujuan untuk menutup mulut dan menakutkan para pengkritik. Saya tidak berganjak,”
katanya lagi.




Sumber: ProjekMM
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,606
Reaction score
12,491
Points
1,906
kalau padam tu kira camne tu mek?

tn afshaman, en Puad padam tu kiranya dia mematuhi apa yg disuruh oleh Hakim
peguam TSMY mohon perintah injuksi (larangan) dari Mahkamah, menghalang En Puad daripada siarkan, publish apa cara sekalipun posting FB bertajuk "Kuarantin pun ada dua darjat". dan Mahkamah benarkan perintah injunksi tersebut

sekiranya en puad langgar perintah injunksi tu, maka en Puad samada akan didenda atau/dan dipenjara
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,606
Reaction score
12,491
Points
1,906
Bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Datuk Puad Zarkashi akan terus mempertahankan dirinya dalam kes saman fitnah oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.







Puad mengakui telah menerima surat tuntutan (LOD) daripada peguam Muhyiddin dan bersedia untuk ke mahkamah bagi membuktikan kebenaran.


Menurut bekas Ahli Parlimen Batu Pahat itu lagi, tindakan saman Muhyiddin juga boleh disifatkan sebagai satu bentuk pembulian terhadapnya.

“Sebagai individu yang dijamin kebebasan bersuara, saya tidak akan benarkan diri saya dibuli oleh Tan Sri Muhyiddin seperti mana Umno dibuli.

“Saya tidak perlu memohon maaf dan tidak perlu memadam posting (hantaran) dalam Facebook saya,"
katanya.


Sebelum ini, Muhyiddin menuntut Puad memohon maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi RM10 juta kerana didakwa memfitnah menerusi hantaran di Facebook.


Puad didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa Muhyiddin enggan dikuarantin sekembali dari lawatan rasmi dari Jakarta pada 5 Februari lalu sehingga kerajaan terpaksa mewartakan perintah kuarantin tiga hari terhadap menteri.


Terdahulu, Puad menepis dakwaan Muhyiddin selain memaklumkan bahawa dirinya hanya melontarkan soalan terhadap isu tersebut.






“Saya dituduh memfitnah perdana menteri. Sedangkan saya hanya bertanya dan meminta penjelasan. Kalau itu pun disaman maka amat wajar saya melawan di mahkamah.

“Oleh kerana peraturan kuarantin tiga hari untuk menteri dibuat tergesa-gesa, maka ia isu 'kepentingan awam' yang perlu ditanya dan dipersoalkan.

“Ini kerana dalam Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan disebut dengan jelas rakyat berhak mendapat layanan yang adil dan saksama. Maka apakah 'kuarantin' tiga hari tidak bertentangan dengan Artikel 8?

“Pada saya amat jelas tindakan saman ini bertujuan untuk menutup mulut dan menakutkan para pengkritik. Saya tidak berganjak,”
katanya lagi.




Sumber: ProjekMM

tn akudotcom, artikel yg tuan letak/postkan/siarkan diatas ni bertarikh 19/2/2021. berikut detailnya dan linknya. kronologinya


1. ni bertarikh 19/2/2021
"Saya Takkan Benarkan Diri Dibuli Muhyiddin" - Puad
19-2-2021 02:25







2.
Pada 1 Mac 2021, Mahkamah Tinggi telah membenarkan perintah injunksi interim (melalui permohonan peguam TSMY) untuk menghalang Puad daripada membuat kenyataan berhubung sebuah catatan berunsur fitnah

3.
Disebabkan oleh perintah injuksi tersebut, en Puad bagitau FMT yg 4/3/2021, dia telah padamkan posting yg material relevan, yg berkenaan tu



kena tengok tarikh tu tn akudotcom, tengok mana satu yg berlaku awal dan mana yg berlaku kemudian
agar takde berlaku misleading information
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
13,170
Reaction score
2,158
Points
201
Kalau da delete posting
Abah saman aje mark jukeberg laa
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,606
Reaction score
12,491
Points
1,906
Namun Puad berkata dia telah mengarahkan peguam untuk memfailkan permohonan bagi ketepikan perintah injunksi ex parte tersebut dengan serta merta.

1614997071433.png


Puad padam catatan FB lepas Muhyiddin peroleh perintah injunksi
Diterbitkan 6 Mar 2021, 9:22 am

Dikemaskini 9:32 am



Mohd Puad Zakarshi memadam catatan Facebooknya selepas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memperoleh perintah injunksi interim pada 1 Mac lalu untuk menghalang Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu daripada membuat kenyataan berunsur fitnah.

"Saya telah membaca beberapa artikel di media sosial berkenaan dengan perintah Injunksi (sebelah pihak) yang diperolehi oleh Tan Sri Muhyiddin Md Yassin terhadap saya.
"Saya telah mematuhi perintah Mahkamah dan memadamkan pos tersebut pada 4 Mac 2021," katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, Mohd Puad berkata dia telah mengarahkan peguam untuk memfailkan permohonan bagi ketepikan perintah injunksi ex parte tersebut dengan serta merta.

"Saya juga menuntut ganti rugi daripada Tan Sri Muhyiddin Md Yassin.
"Saya yakin kepada sistem kehakiman negara kita dan saya akan membela diri saya di hadapan mahkamah," katanya.

Mohd Puad sebelum ini menerima surat tuntutan daripada peguam Muhyiddin berhubung tindakan saman sebanyak RM10 juta terhadapnya.

Surat tuntutan itu menuntut permohonan maaf dan mendesaknya memadam satu hantaran di media sosial.
Hantaran itu mendakwa layanan berbeza ke atas rakyat berhubung prosedur operasi standard dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan Covid-19.
Catatan FB itu dimuat naik pada 9 Februari.
Bekas ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu sebelum ini enggan memohon maaf kepada Muhyiddin dan sebaliknya memilih untuk ke mahkamah.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,606
Reaction score
12,491
Points
1,906
Aik, CMM leh ke kena saman kalau paste je?

tn lautjernih, en Puad dah terima perintah injunksi yg bertarikh 1/3/2021, halang dia dari siarkan kenyataan yg berkenaan tu
jadi saya rasa tak sesuai utk saya siarkan semula posting en Puad tu (saya ada post kat satu thread sebelum ni) kat thread sini memandang posting tersebut adalah subject matter (isu penting) dlm perintah injunksi tu

walau perintah injunksi tu ditujukan pada en Puad, tapi saya ambik langkah tak re post/re paste here :)
 
Last edited:

azmann33

Legendary Member
Joined
Mar 2, 2009
Messages
10,618
Reaction score
922
Points
171
Puad ni nak fail rayuan serta merta ni semata2 nak tutup malu kot?
Puad ni liabliti pada UMNO.
Tiada kualiti langsung masa jadi boss JASA dulu. GAGAL pertahan BN dari serangan PH..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register