'Ku sangka kedai makan, rupanya rumah orang'

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
1,302
Reaction score
95
Points
30
Pemilik rumah yang melayan Mohd selepas menyangkakan kediaman di Kuala Berang itu adalah kedai makan. Foto Ihsan Mohd Karbi Mominin


"SAYA hanya sedar ia sebenarnya bukan kedai makan sebaliknya rumah orang ketika bertanya harga makanan sebaik selesai menjamah nasi dagang bersama teh tarik," kata Mohd Karbi Mominin, 51.

Mohd Karbi berkata, kejadian tidak disengajakan itu berlaku selepas dia singgah di sebuah rumah yang disangkanya kedai makan di Kuala Berang.

Menurutnya, ketika itu keadaan dirinya terlalu penat dan lapar selepas mengayuh basikal lebih 70 kilometer dari Tasik Kenyir ke Kuala Berang pada hari pertama Hari Raya Aidiladha.

Katanya, dia menyangka rumah itu adalah kedai makan disebabkan susun aturnya yang mempunyai ruang makan terbuka lengkap bersama meja makan seperti di gerai makan.

"Sebelum itu, saya hanya menjamah makanan pada sebelah malam (Khamis) dan selepas Subuh (Jumaat) terus mengayuh basikal tanpa makan.

"Keadaan itu menyebabkan saya terlalu penat dan tidak dapat berfikir dengan betul apabila terlihat rumah itu seperti kedai makan.

"Ketika itu ada dua wanita, seorang lelaki dan seorang kanak-kanak yang disangka 'pelanggannya'," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur hari ini.

Antara lokasi persinggahan Mohd Karbi selepas memulakan perjalanan dari Hulu Klang ke Terengganu selama empat hari sejauh 602  kilometer. Foto Ihsan Mohd Karbi Mominin


Mohd Karbi berkata, dia pula menyangka rumah itu menjual nasi dagang lalu terus memesan makanan berkenaan dan lebih memalukan apabila seorang wanita menyendukkan nasi buatnya.

"Ketika itu mereka pun tidak berkata apa-apa, tambahan saya pula jenis yang suka bercakap dan banyak bercerita dengan anak pemilik rumah itu.

"Namun, saya mula rasa pelik apabila makcik itu menghantar secawan teh tarik sedangkan saya tidak memesannya," katanya.

Katanya, selepas selesai makan dan ingin membuat bayaran barulah mula menyedari kesilapan dirinya dan mula rasa malu.

"Apa-apa pun saya ingin beritahu keluarga terbabit sangat baik dan makanan (nasi dagang) memang sedap," katanya.

Terdahulu, Mohd Karbi mengayuh basikal dari Hulu Klang, Kuala Lumpur untuk pulang ke kampung di Terengganu sejauh 602 kilometer selama empat hari dan pulang semula ke Kuala Lumpur hari ini.


== hmetro
 
Sponsored Post

Lobey

Active+ Member
Joined
Feb 25, 2008
Messages
4,221
Reaction score
88
Points
40
org ganu sendiri tok kang boleh tukar rumah dgn kedai makan.
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,130
Reaction score
1,096
Points
201
pelik gak.. raya pertama ade ke kedai makan buka? nak lak negeri pantai timur... ape2 pun anggap la rezeki.. raya pertama dah kayuh.. hehehhe
 

kiddd2

CG Top Poster Club
Joined
Jun 7, 2011
Messages
23,585
Reaction score
2,971
Points
201
orang yang berbasikal tu xberaya ke??
 

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
6,888
Reaction score
1,357
Points
151
'Rumah saya memang kedai'

"SAYA memang berniaga cuma pada hari itu saya tak berniaga. Maklumlah Hari Raya pertama," kata Fatimah Jusoh, 72, berhubung kisah lelaki menyedari dia tersalah memasuki rumah orang apabila membuat bayaran untuk makanan yang dihidangkan.

Fatimah atau lebih mesra dipanggil Mok Ngoh Nas berkata, lelaki itu mungkin tidak memahami loghat Hulu Terengganu seterusnya menyangka rumahnya itu bukan kedai.

"Rumah saya memang kedai malah lebih 50 tahun sudah berniaga nasi dagang, nasi lemak dan nasi kebuli pada hari biasa.

"Cuma pada hari perayaan saya tidak berniaga dan menjamu orang ramai yang bertandang ke rumah dalam kedai berkenaan.

"Mungkin sebab suasana kedai yang membuatkan dia berhenti dan makan seterusnya ingin membuat bayaran. Saya juga terkejut apabila dia ingin membayar selepas makan," katanya ketika ditemui di rumah dan kedainya di Kampung Matang, Hulu Terengganu, hari ini.

Tambahnya, dia memang menjamu penduduk kampung pada setiap hari raya sama ada pada Aidilfitri atau Aidiladha.

"Kebetulan pada hari raya pertama Aidiladha, saya sediakan nasi dagang sebagai menu utama dan menjadi rezeki lelaki berkenaan.

"Saya tidak tahu menahu pasal berita yang tular di media sosial itu sebelum diberitahu cucu dan anak-anak.

"Kelakar juga apabila diberitahu cucu mengenai perkongsian itu namun saya tidak marah malah mengalu-alukan kedatangannya lagi ke kedai," katanya.

Menurutnya, kedainya memang sudah dikenali penduduk setempat kerana menjual pelbagai hidangan termasuk nasi dagang selain juadah istimewa iaitu nasi kebuli.

"Harga jualan juga tidak mahal seperti di bandar malah semua air panas yang biasanya dijual pada harga RM1.20 hingga RM1.80 dijual dengan RM1 secawan," katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang lelaki, Mohd Karbi Mominin, 51, memasuki rumah orang yang disangka kedai makan di Kuala Berang ketika mengayuh basikal dari Hulu Klang, Kuala Lumpur untuk pulang ke kampung di Terengganu sejauh 602 kilometer selama empat hari.

Mohd Karbi menjamah nasi dagang bersama teh tarik sebelum menyedari ia tersalah memasuki rumah orang sebaik sahaja ingin membuat bayaran.

"Saya hanya sedar ia sebenarnya bukan kedai makan sebaliknya rumah orang ketika bertanya harga makanan sebaik selesai menjamah nasi dagang bersama teh tarik," katanya.

Perkongsian Mohd Karbi berhubung pengalamannya itu di media sosial menarik perhatian warganet sekali gus menjadi tular dan menerima banyak maklum balas yang menyifatkannya sebagai pengalaman yang sangat melucukan.

Berita berkaitan:

 

faeyzul

Active Member
Joined
Feb 2, 2010
Messages
2,002
Reaction score
108
Points
43
pelik gak.. raya pertama ade ke kedai makan buka? nak lak negeri pantai timur... ape2 pun anggap la rezeki.. raya pertama dah kayuh.. hehehhe
tu la, raya kedua keluar nk cari kdai mkn sarapan. jenuh pusing 1 kdai je buka, org mmg ramai le da kdai tu je buka 😅
 

copy left

CG Top Poster Club
Joined
Jun 25, 2008
Messages
26,454
Reaction score
401
Points
131
owhh mmg kedai makan pun,cuma hari tu kedai makan tu buatopen house,
munasabah rumah org susun atur mcm kedai makan,hahahaha
 

achok

Legendary Member
Joined
Jul 8, 2008
Messages
14,697
Reaction score
294
Points
141
rezeki masing2, rider dapat makan, owner dapat publisiti (y)
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,200
Reaction score
21,038
Points
1,671
mmg kedai pun eh

pak sabah ni nama pekan ke. baru ni dengar

klo ride ak mmg sentiasa cari petronas sbb ada signboard nama2 tempat camni la. mmg ada yg pelik2 nama xbole nk agak kt mana. klo post pic mesti ramai tanya
 
Sponsored Post
Top
Log in Register