BTC USD 54,375.9 Gold USD 2,497.31
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ku Li: Rekod PAS gambarkan tawaran PRK Nenggiri tidak realistik

Md Hanif

Fun Poster
Messages
191
Joined
Jun 13, 2023
Messages
191
Reaction score
11
Points
15
c402ad820f371ebfa68d5654d5ed0a9b66bc8dfb41008


Veteran UMNO Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menzahirkan kritikan terhadap PAS dan menganggap 46 tawaran yang diumum parti itu pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri mungkin hanya sekadar ‘janji kosong.’

Beliau mendakwa ini kerana PAS memiliki rekod tidak menunaikan janji sejak manifesto pertama mereka pada 1959.

"Kalau tengok dulu pun mereka tak jawab. Dulu janji nak wujudkan negara kebajikan pun tak ada," kata bekas Ahli Parlimen Gua Musang selama 12 penggal itu, yang lebih dikenali sebagai Ku Li, dalam temu bual eksklusif dengan Bernama.

PRK DUN Nenggiri yang ditetapkan hari mengundi Sabtu ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang mewakili Kerajaan Perpaduan dan calon PAS Mohd Rizwadi Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN).

Pada Isnin lepas, PN melancarkan 'KHIDMAT' yang menggariskan tujuh teras utama dengan 46 tawaran sekiranya menang PRK itu manakala BN mengumumkan tidak akan melancarkan manifesto dengan pelbagai janji sebaliknya memberikan satu tawaran iaitu komitmen wakil rakyat bagi mendengar dan menyelesaikan masalah penduduk.

-Ku Li, yang juga Pengarah PRK berkenaan untuk BN, berkata keputusan itu tidak dilakukan secara perseorangan tetapi telah dirunding secara bersama.

“Kami rasa PRK ini nak isi satu kerusi, jadi tak perlulah kita hebahkan dengan pelbagai janji yang mungkin tak boleh ditunaikan kerana kerajaan negeri sudahpun dibentuk,” katanya sambil menambah strategi kempen kali ini juga tidak melibatkan ceramah secara besar-besaran.

Beliau berkata pihaknya berpandangan tidak perlu menyusahkan pengundi untuk meninggalkan rumah masing-masing dan hadir mendengar ceramah politik.

"Orang boleh buka telefon bimbit, boleh tengok apa yang kita cuba jelaskan… Mereka semua setuju dengan pandangan itu, sebab itu kita tak ada ceramah besar-besaran, orang lain nak buat, itu dia punya hal tetapi saya ada minta Wanita, Puteri dan Pemuda kalau boleh ziarah rumah pengundi seberapa banyak yang boleh,” katanya.

PRK DUN Nenggiri diadakan berikutan kekosongan kerusi yang diumum Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun setelah keahlian bekas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim digugurkan oleh Bersatu pada 13 Jun lepas.

 
Sponsored Post

Beliau mendakwa ini kerana PAS memiliki rekod tidak menunaikan janji sejak manifesto pertama mereka pada 1959.

"Kalau tengok dulu pun mereka tak jawab. Dulu janji nak wujudkan negara kebajikan pun tak ada," kata bekas Ahli Parlimen Gua Musang selama 12 penggal itu, yang lebih dikenali sebagai Ku Li, dalam temu bual eksklusif dengan Bernama
.


Yg manifesto Negara Berkebajikan tu janji bersama dgn PKR dll, x boleh diungkit.

Lagipun mana PAS pernah jadi kerajaan, dan masa 33 bulan dulu pun bukan PM dari PAS.

PAS mmg x nak jadi PM, dan slogan Ulama Memimpin tu sekadar gula2 nk menipu saja, sbb ulama bkn nk jadi PM.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register