BTC USD 63,221.1 Gold USD 1,806.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ku Li minta bantuan Majlis Raja-Raja....

AILA2002

Super Active Member
Joined
Mar 11, 2008
Messages
8,094
Reaction score
326
Points
81
Isnin Disember 6, 2010
Ku Li Minta Majlis Raja-Raja Beri Perhatian Terhadap Krisis Istana Kelantan
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah meminta Majlis Raja-Raja, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri memberi perhatian serius terhadap krisis istana di Kelantan yang berlanjutan bagi mengelakkan kegelisahan dan kekeliruan rakyat dengan situasi semasa di negeri itu.

Beliau juga mengedarkan kenyataan yang dikeluarkan Sultan Ismail Petra yang tertulis bahawa baginda adalah Sultan Kelantan yang sah mengikut Perlembagaan.

Kenyataan bertarikh 27 November lepas, diedarkan oleh Tengku Razaleigh di pejabatnya di sini supaya dapat memberikan gambaran sebenar kedudukan Sultan Ismail Petra.

"Inilah titah beta kepada rakyat Kelantan dan kepada seluruh dunia. Peristiwa dan perkembangan sejak mutakhir ini telah menimbulkan beberapa keraguan terhadap darjat dan taraf diri serta kedudukan beta. Maka dengan ini beta menjelaskan kedudukan sebenar.

"Beta adalah Sultan dan pemerintah yang berdaulat bagi negeri Kelantan Darul Naim. Ini adalah hak beta menurut perlembagaan dan perjanjian-perjanjian yang dicapai antara kerajaan British di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan di bawah Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

"Kedudukan beta sebagai Sultan adalah hak peribadi beta untuk menjadi pemerintah dan raja yang berdaulat sehingga akhir hayat beta,” kata Sultan Ismail Petra dalam kenyataan itu.

Dalam kenyataan itu turut tertulis tiada mana-mana pihak dan sesiapa yang boleh mendakwa menjadi Sultan.

"Beta tidak kehilangan keupayaan untuk terus menjadi Sultan dan pemerintah yang berdaulat bagi negeri Kelantan Darul Naim untuk terus menjalankan tugas Perlembagaan beta menurut hak Perlembagaan.

"Dengan demikian maka beta dengan ini mengisytiharkan bahawa tiada mana-mana pihak dan sesiapa pun selain daripada beta yang boleh mendakwa menjadi Sultan dengan menderhaka kepada beta dan tradisi serta adat dan melanggar hak-hak sejarah para waris raja yang kini sudah merupakan bahagian yang mutlak dalam Perlembagaan Kelantan," kata Sultan Ismail Petra.

Tengku Razaleigh juga melafazkan taat setia beliau kepada Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan yang sah dan menyifatkan pelantikan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru, adalah tidak mengikut lunas-lunas perlembagaan.

Berikutan itu, beliau berkata: "Saya setia kepada Sultan Ismail. Saya cuma hendak tengok keluarga diraja ini dapat didamaikan dan tidak ada lagi krisis sebagaimana berlaku sejak Tuanku gering pada bulan Mei tahun sudah," katanya.

Menurut Tengku Razaleigh, dalam erlembagaan, seorang Sultan boleh digantikan sekiranya, pertama Sultan yang sedia ada itu mangkat, kedua Sultan itu berhenti menjadi Sultan dan ketiga, Sultan itu meninggalkan negerinya tanpa sebarang alasan yang munasabah selama 12 bulan.

Katanya, pelantikan Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan yang sah dilakukan mengikut perlembagaan di mana baginda ditabalkan sebagai Sultan Kelantan selepas kemangkatan ayahandanya, Sultan Yahya Petra. "Tiba-tiba ada pindaan kepada perlembagaan yang dibuat oleh Pemangku Raja negeri, itu saya tidak tahu bagaimana boleh dilakukan. Kalau mahkamah mengesahkan, itu hak mahkamahlah. Tapi biasanya ia tidak dilakukan.

"Ini yang menjadi tanda tanya, Sultan yang ada sekarang, Sultan Ismail Petra adalah sultan yang sah yang telah ditabal dan dimahkotakan selepas mangkatnya Sultan Yahya Petra.

"Dia (Sultan Ismail) sudah menjadi raja tanpa berlaku kesalahan apa-apa, cuma gering baru-baru ini tapi beransur pulih. Mengikut doktor, baginda berupaya untuk melaksanakan tugasnya cuma tidak boleh berjalan," katanya.

Ditanya bagaimana penerimaan rakyat di Kelantan mengenai krisis ini, Tengku Razaleigh berkata rakyat di negeri itu berkelakuan baik dan menerima apa yangberlaku tetapi tetap melahirkan rasa gelisah mereka mengenai urus tadbir kerajaan negeri.

"Kalaulah keadaan yang berlaku di Kelantan itu, berlaku di mana-mana sahaja, saya rasa, boleh berlaku huru-hara negara kita. Kalau raja boleh dibuang dengan senang dan ini pula dibuang oleh orang di dalam negeri berkenaan, kerana dia memangku dan disifatkan ada kuasa seperti raja juga maka dibuang raja yang ada walaupun bapa, huru hara. Tiada siapa yang akan kekal menjadi raja.

"Ini adalah peristiwa yang tidak pernah berlaku yang saya rasa boleh menimbulkan keadaan kucar-kacir yang tidak menentu dalam negeri dan negara dan sudah tentu akan merisaukan dan mengelirukan rakyat ramai. Dan kestabilan pun akan tergugat dan pemerintahan pun tidak dapat menentukan yang sepatutnya untuk dijalankan pemerintahan," katanya.

Sementara itu, mengenai pelucutan dua pingat, Tengku Razaleigh berkata hal itu tidak menjadi persoalan yang besar kerana yang penting adalah rakyat bukan darjah kebesaran.

Pada Ahad, Istana Kelantan mengesahkan Sultan Muhammad V perkenan menarik balik dua pingat darjah kebesaran dengan salah satunya Darjah Kerabat (D.K) yang dikurniakan kepada Tengku Razaleigh.

Dua pingat kebesaran tersebut ialah Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K) (Al-Yunusi) dan tauliah Pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K) Al-Muhammadi I).

Tengku Razaleigh, 73, yang juga Ketua Umno Gua Musang adalah datuk saudara kepada Sultan Muhammad V sebelah bondanya, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid. - BERNAMA


Kenyataan Ku Li Pertikai Kedudukan Sultan Kelantan, Pandangan Beliau - Pengelola Istana
KOTA BARU: Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata tindakan tokoh politik veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang masih mempertikai kedudukan Sultan Kelantan dari segi undang-undang adalah hak dan pandangan peribadi beliau.

Katanya, ini kerana kedudukan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V telahpun diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

"Saya juga tidak dititahkan untuk membuat kenyataan berhubung kenyataan (Tengku Razaleigh) itu. Barangkali ia perlu dikaji oleh pakar yang berkaitan undang-undang," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis perasmian Hijratul Rasul peringkat Negeri Kelantan yang disempurnakan Sultan Muhammad V, di sini, Isnin malam.

Menurutnya, beliau perlu mendapat titah daripada Sultan sebelum mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung kenyataan Tengku Razaleigh itu.

Bekas Menteri Kewangan itu, dalam kenyataan kepada media semalam masih mempersoalkan status kedudukan Sultan Kelantan dari undang-undang.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu selepas diminta mengulas keputusan Sultan Muhammad Ke-V memperkenankan penarikan balik dua anugerah kebesaran negeri, Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (Al-Yunusi) dan tauliah pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K) (Al-Muhammadi I).

Pada 5 Disember, Istana Kelantan mengesahkan penarikan balik dua darjah kebesaran itu yang dikurniakan kepada Tengku Razaleigh. Ini berikutan kenyataannya sebelum itu yang disiarkan akhbar berbahasa Cina dan menyinggung perasaan Sultan Kelantan.

Tuanku Muhammad Faris Petra Tuanku Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 Sept lalu.

Tengku Razaleigh, 73, yang juga Ketua Umno Gua Musang adalah datuk saudara kepada Sultan Muhammad V sebelah bondanya, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.- BERNAMA
 
Last edited:
Sponsored Post

302

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2009
Messages
10,841
Reaction score
65
Points
125
hadoi...nak bising ape lagi..

mahkamah dah sahkan Sultan Muhammad V adelah Sultan Kelantan yg SAH!
 

dragger

Super Active Member
Joined
Aug 29, 2008
Messages
8,548
Reaction score
35
Points
70
ayoyo...nk kena buang negeri pulak ka?Sultan Muhammad V adalah sultan yg sah.Rakyat x keliru.yg keliru cuma golongan2 yg suka buat kacau mcm uncle ni
 

ayie206

Legendary Member
Joined
Apr 7, 2008
Messages
16,425
Reaction score
106
Points
123
anda bayangkan jika ku li ini di pihak pembangkang.. pasti mnjerit2 bagai nak pecah speaker MEDIA2 LIDAH syaitan mengadu domba.. :(scam:(scam:(scam
 

abesoff

Active+ Member
Joined
Feb 20, 2006
Messages
3,140
Reaction score
1
Points
30
tak ada rakyat kelate yang resah dan keliru pun...biasa saja kat sini bahkan sangat setuju dengan Sultan sekarang..
 

ayie206

Legendary Member
Joined
Apr 7, 2008
Messages
16,425
Reaction score
106
Points
123
tak ada rakyat kelate yang resah dan keliru pun...biasa saja kat sini bahkan sangat setuju dengan Sultan sekarang..

tu wakil rakyat kelantan dah bersuara.. :)paid:)paid
 

apes

Active Member
Joined
Dec 3, 2007
Messages
1,559
Reaction score
24
Points
25
Biasalah geng2 pencacai UMGOK ni memang suka buat kecoh.. Aku rasa Sultan Muhammad V tu dah habis baik aku tengok.. Ni antara pemimpin yang aku respect yang masih ada kat malaysia ni.. Walupun ada kuasa n kekayaan, tapi tak sombong n riak dengan ape yang ade..

Geng2 pencacai UMGOK ni memang beperangai seperti ISRAEL..
 

achok

Legendary Member
Joined
Jul 8, 2008
Messages
14,749
Reaction score
304
Points
141
risau amno kalau ada Sultan yg tak sekapal dgn mereka...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register