BTC USD 66,517.5 Gold USD 2,400.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ku Li Cadangkan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat Bergabung

ronaldinhood

Super Active Member
Messages
9,352
Paid Membership
Joined
Apr 3, 2006
Messages
9,352
Reaction score
73
Points
70
Ku Li cadangkan kerajaan perpaduan
Abdul Aziz Mustafa
Tue | Oct 07, 08 | 12:13:56 pm MYT
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Hrkh) - Sambil mempertegaskan lagi komitmennya untuk menawarkan diri sebagai Presiden Umno berikutan prestasi terburuk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) meneroka kemungkinan membentuk kerajaan perpaduan.
Kerajaan perpaduan atau 'unity government' itu dicadangkannya untuk membolehkan negara keluar dari ketidaktentuan politik dan ekonomi yang dihadapinya kini, lapor The Star hari ini.

Bekas Menteri Kewangan itu memberitahu, beliau telah mengemukakan idea berkenaan dalam pertemuan dengan pemimpin-pemimpin PR baru-baru ini.

Beliau baru-baru ini mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP DAP Lim Kit Siang.

Difahamkan Tengku Razaleigh dan Anwar telah bertemu sebanyak tiga kali sebelum ini.Bagaimanpun Tengku Razaleigh berkata, pertemuan-pertemuan itu hanya berlangsung dalam "konteks kawan-kawan lama yang bertemu".

"Sebagai seorang pemimpin, saya terbuka untuk menemui kesemua ahli politik, tidak kira sama ada mereka dari Barisan ataupun Pakatan,""katanya yang menolak dakwaan kononnya beliau mahu menyertai PR.

Menurut Tengku Razaleigh, usaha ke arah kerajaan perpaduan itu boleh mencontohi formula yang pernah dilaksanakan oleh bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein pada 1974 apabila membentuk BN, menggantikan Perikatan yang juga mengalami prestasi buruk dalam pilihan raya umum 1969.

Dalam pertemuan tersebut, bekas Naib Presiden Umno itu dipetik The Star berkata, beliau telah menyentuh kemungkinan merangka satu asas minimum bagi membentuk barisan kebangsaan yang baru - sebuah kerajaan hasil kejujuran dan keikhlasan demi perpaduan negara.

Kata beliau, langkah membawa parti-parti utama berganding bahu dengan BN akan membolehkan negara berhadapan dengan ujian dan cabaran ekoran perkembangan baru lanskap politik selain situasi ekonomi global.

Tengku Razaleigh, yang telah menggariskan rancangan untuk mengatasi kemelut yang kini dihadapi negara berkata, beliau akan membincangkan perkara itu dengan para pemimpin Umno dan rakyat dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Beliau juga meminta kesemua ahli politik mengutamakan kepentingan negara "khususnya dalam suasana sekarang (di mana) kita perlu mengatasi ketidaktentuan politik dan ekonomi",_

Masuk akal ke cadangan Ku Li ni?
 
Last edited:
Sponsored Post

bergabung masalah pas sudah pernah merasa pahit maung bersama umno kerana memang dah jadi resmi umno bergabung ketika susah bercerai bila dah senang terus terang saya bangkang rancangan ini

kot nak bergabung juga dan kot ikhlas nak bergabung bubarkan umno masuk pas danhayati perjuangan pas dalam menegakkan islam dan sama sama berjuang menegakkan islam saya akan sokong
 
Ku Li cadangkan kerajaan perpaduan
Abdul Aziz Mustafa
Tue | Oct 07, 08 | 12:13:56 pm MYT
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Hrkh) - Sambil mempertegaskan lagi komitmennya untuk menawarkan diri sebagai Presiden Umno berikutan prestasi terburuk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) meneroka kemungkinan membentuk kerajaan perpaduan.
Kerajaan perpaduan atau 'unity government' itu dicadangkannya untuk membolehkan negara keluar dari ketidaktentuan politik dan ekonomi yang dihadapinya kini, lapor The Star hari ini.

Bekas Menteri Kewangan itu memberitahu, beliau telah mengemukakan idea berkenaan dalam pertemuan dengan pemimpin-pemimpin PR baru-baru ini.

Beliau baru-baru ini mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP DAP Lim Kit Siang.

Difahamkan Tengku Razaleigh dan Anwar telah bertemu sebanyak tiga kali sebelum ini.Bagaimanpun Tengku Razaleigh berkata, pertemuan-pertemuan itu hanya berlangsung dalam "konteks kawan-kawan lama yang bertemu".

"Sebagai seorang pemimpin, saya terbuka untuk menemui kesemua ahli politik, tidak kira sama ada mereka dari Barisan ataupun Pakatan,""katanya yang menolak dakwaan kononnya beliau mahu menyertai PR.

Menurut Tengku Razaleigh, usaha ke arah kerajaan perpaduan itu boleh mencontohi formula yang pernah dilaksanakan oleh bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein pada 1974 apabila membentuk BN, menggantikan Perikatan yang juga mengalami prestasi buruk dalam pilihan raya umum 1969.

Dalam pertemuan tersebut, bekas Naib Presiden Umno itu dipetik The Star berkata, beliau telah menyentuh kemungkinan merangka satu asas minimum bagi membentuk barisan kebangsaan yang baru - sebuah kerajaan hasil kejujuran dan keikhlasan demi perpaduan negara.

Kata beliau, langkah membawa parti-parti utama berganding bahu dengan BN akan membolehkan negara berhadapan dengan ujian dan cabaran ekoran perkembangan baru lanskap politik selain situasi ekonomi global.

Tengku Razaleigh, yang telah menggariskan rancangan untuk mengatasi kemelut yang kini dihadapi negara berkata, beliau akan membincangkan perkara itu dengan para pemimpin Umno dan rakyat dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Beliau juga meminta kesemua ahli politik mengutamakan kepentingan negara "khususnya dalam suasana sekarang (di mana) kita perlu mengatasi ketidaktentuan politik dan ekonomi",_

Masuk akal ke cadangan Ku Li ni?

cadangan aku: selagi umno ujud jangan buat apa-apa deal dengan puaka umno nie...cadangan ditutup
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register