Xploit Machine
CG Hardcore Club


- Messages
- 65,202
Top Poster #2
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 65,202
- Reaction score
- 7,155
- Points
- 916
- Awards
- 1
02.01.2025 - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan beralih sepenuhnya ke arah menggunakan sistem pembelian tiket nirtunai, bermula 1 Januari 2025. Ia diumumkan KTMB pada Jumaat (1 November) yang juga melibatkan stesen-stesen KTMB utama di Lembah Klang, Utara, Selatan dan Pantai Timur.Langkah ini diambil bagi membentuk masyarakat lebih cekap seiring dengan aspirasi kerajaan untuk mentransformasi Malaysia menjadi negara yang berpacukan pendigitalan. Dalam masa sama mengukuhkan lagi peralihan ke arah masyarat nirtunai di masa mendatang.
Setakat ini stesen-stesen KTMB terutamanya di Lembah Klang dan Utara telah dilengkapi dengan mesin kios bagi pembelian tiket komuter dan kereta api elektrik (ETS). Begitu juga dengan stesen utama di Pantai Timur yang mempunyai mesin kios untuk pembelian tiket Ekspres Rakyat Timuran dan Shuttle Timuran. Cumanya mesin kios di stesen di Selatan (selain Stesen Johor Bahru Sentral dan Kempas Baru) dikatakan hanya mula beroperasi selepas pembinaan Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (Gemas-JB EDTP) siap sepenuhnya. Sebagai pilihannya lagi KTMB turut menyediakan proses pembelian tiket melalui saluran sedia ada seperti KITS (KTMB Integrated Ticketing System), yang mana turut dikatakan mempunyai lebih 3 juta akaun berdaftar bagi pembelian pelbagai tiket perjalanan setakat ini.
Layari https://online.ktmb.com.my/
Berita asal https://bernama.com/en/general/news.php?id=2358502