BTC USD 60,971.7 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KRISIS MYANMAR: Suu Kyi Ditahan, Tentera Umum Darurat Setahun

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,621
Reaction score
15,631
Points
2,376

Lagi menara telekomunikasi diserang orang awam di Myanmar

September 15, 2021 @ 9:50pm

949b8b97fbb4dec6fb0e2614371ca48d_1631713798.jpg


Menara telekomunikasi yang dimusnahkan di Myanmar. - Foto AFP


BANGKOK: Penunjuk perasaan anti rampasan kuasa di Myanmar berkata mereka memusnahkan empat menara telekomunikasi milik ketenteraan minggu lalu.

Ia adalah siri serangan terbaru menyasarkan infrastruktur kerajaan bagi menjejaskan sumber pendapat dan kewangan mereka, ketika ketegangan semakin memuncak.

Myanmar menjadi kacau bilau sejak junta tentera menggulingkan pentadbiran Aung San Suu Kyi pada Februari lalu, yang disusuli tunjuk perasaan hampir setiap hari, kebanyakannya berakhir dengan tragedi berdarah.

Menurut jurucakap 'Zoland People's Defend Force', sejak akhir Khamis lalu, pejuang anti junta memusnahkan empat menara komunikasi milik tentera, Mytel, di negeri Chin.

Ketegangan yang berlaku mendorong pembentukan kumpulan itu, ditubuhkan orang awam yang mahu melawan pasukan keselamatan menggunakan senjata buatan sendiri, untuk mempertahankan bandar mereka.

Kata jurucakap itu, serangan terhadap menara, kira-kira 20 kilometer dari sempadan India itu adalah untuk 'menyekat Majlis Pentadbiran Negara (SAC) dari sumber dana kewangan'.

Media tempatan juga melaporkan beberapa menara milik Mytel, milik salah satu daripada empat rangkaian komunikasi negara, turut dimusnahkan di Chin beberapa hari lalu.

Penduduk yang enggan dikenali memberitahu AFP, data Mytel serta perkhidmatan wifi di ibu negeri, Hakha, juga terputus sejak Jumaat lalu.

Tidak dapat disahkan sama ada ia terjadi akibat kemusnahan menara atau pihak berkuasa menyekat talian. - AFP


 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,621
Reaction score
15,631
Points
2,376

Junta Myanmar mahu pantau rangkaian komunikasi

September 16, 2021 @ 7:32am

telenor_1631748768.jpg


Telenor Julai lalu mengumumkan ia bercadang menjual Telenor Myanmar. - Foto AGENSI


OSLO: Telenor semalam menyatakan, junta Myanmar telah meminta ia memasang peralatan bagi memintas komunikasi di rangkaian yang dikendalikan oleh syarikat Norway di negara itu.

Telenor Julai lalu mengumumkan ia bercadang menjual Telenor Myanmar, hanya menyatakan bahawa sejak rampasan kuasa oleh tentera pada Februari yang menggulingkan pemimpin awam Aung San Suu Kyi dan pemerintahnya, semakin sukar untuk beroperasi di negara itu.

Namun, semalam pihaknya menyatakan bahawa junta mahukan mereka memasang peralatan pemantauan di rangkaian membabitkan kira-kira 18 juta pelanggan.

"Telenor belum memasang peralatan terbabit dan kami tidak akan melakukannya secara sukarela," kata seorang jurucakap syarikat itu dalam satu kenyataan, menyatakan bahawa pematuhan itu akan melanggar sekatan Norway dan antarabangsa.

Syarikat itu menambah bahawa 'mengendalikan peralatan sedemikian dalam situasi seperti ini adalah pelanggaran terhadap nilai dan piawaian kami sebagai sebuah syarikat'.

Tidak jelas sama ada junta telah membuat tuntutan serupa terhadap operator telekomunikasi lain yang ada di Myanmar, yang termasuk Ooredoo Qatar serta kumpulan tempatan Mytel dan MPT.

Telenor, yang telah memiliki kehadiran komersial di Myanmar sejak 2014, menyatakan permintaan untuk memasang peralatan pengawasan adalah salah satu alasan di sebalik keputusannya untuk meninggalkan negara itu.

Ia menegaskan bahawa pihaknya percaya bahawa menjual Telenor Myanmar adalah 'penyelesaian tidak merugikan' bagi negara itu.

Namun, Julai lalu, 474 kumpulan masyarakat awam di Myanmar menyifatkan keputusan Telenor untuk menarik diri sebagai tidak bertanggungjawab, dengan menyatakan syarikat itu tidak mempertimbangkan sepenuhnya kesan langkah terbabit terhadap hak asasi manusia.

Telenor menyatakan ia 'sangat prihatin dan sedih dengan kemerosotan hak asasi manusia dan keadaan keselamatan yang disebabkan oleh pengambilalihan tentera, terutama bagi rakyat Myanmar'.

Telenor merancang menjualnya rangkaian Myanmar kepada konglomerat Lubnan, M1 Group.

Syarikat Norway itu menyatakan ia menyerahkan dokumen untuk transaksi terbabit pada akhir Ogos lalu kepada pihak berkuasa Myanmar. - AFP


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,621
Reaction score
15,631
Points
2,376

Suu Kyi didakwa junta atas salah laku rasuah

September 17, 2021 @ 5:28pm

Suu_Kyisa_1631870869.jpg


Aung San Suu Kyi. - Foto AFP


YANGON: Junta Myanmar bakal mendakwa pemimpin yang digulingkan, Aung San Suu Kyi atas tuduhan salah laku rasuah.

Perkara itu disahkan peguam Suu Kyi, Khin Maung Zaw, yang menyifatkan beberapa kes pertuduhan itu berisiko menyebabkan pemimpin itu dipenjarakan untuk tempoh lama.

Menurut Maung Zaw, Suu Kyi dijangka di bawa ke muka pengadilan atas empat pertuduhan salah laku rasuah sejak 1 Oktober lalu di Naypyidaw.

Setiap pertuduhan itu membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun jika sabit kesalahan.

Suu Kyi kini berada dalam tahanan di kediamannya sejak beliau dan kerajaan yang dipilih rakyat digulingkan oleh tentera dalam rampasan kuasa Februari lalu, sekali gus menyebabkan berlakunya pemberontakan dan kekejaman pihak berkuasa.

Pemenang anugerah Nobel berusia 76 tahun itu kini dibicarakan atas dakwaan melanggar sekatan COVID-19 ketika pemilihan yang menyaksikan kemenangan ke atas partinya tahun lalu selepas membawa masuk walkie talkie secara tidak sah dan kesalahan merusuh.

Kes yang sedang dibicarakan membabitkan Suu Kyi ditangguhkan selama dua bulan berikutan Myanmar bergelut dengan peningkatan kes COVID-19 dan ia bersambung kembali minggu ini.

Suu Kyi bagaimanapun tidak hadir pada hari pertama sambungan perbicaraan itu atas masalah kesihatan.

Pihak media tidak dibenarkan membuat sebarang liputan sepanjang prosiding kes berjalan.

Pihak junta turut mendakwa Suu Kyi atas pertuduhan menerima bayaran secara tidak sah membabitkan emas dan melanggar undang-undang kerahsiaan era penjajahan namun ia belum diadili di mahkamah sehingga kini.

Kerajaan Suu Kyi di bawah Liga Demokrasi Nasional (NLD) digulingkan tentera atas tuduhan penipuan undian ketika pilihan raya pada 2020, sekali gus mencetuskan keadaan huru-hara yang membawa kelumpuhan ekonomi di negara itu.

Menurut kumpulan pemantauan tempatan, susulan itu, lebih 1,100 penduduk negara itu terbunuh manakala kira-kira 8,000 lagi ditahan. - AFP


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,621
Reaction score
15,631
Points
2,376

Konvoi tentera Myanmar kena serangan bom

September 19, 2021 @ 6:32pm

FILES-MYANMAR-POLITICS-MILITARY_1632047549.jpg


Penunjuk perasaan membawa poster pemimpin Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi, ketika protes di hadapan Bank Pusat Myanmar di Yangon. Foto AFP


YANGON: Tentera Myanmar mengesahkan pasukan keselamatannya berdepan serangan bom oleh puak pembantah anti-junta di Yangon.

Serangan yang turut menyaksikan kedua-dua pihak berbalas tembakan itu mengakibatkan beberapa orang terkorban.

Junta tentera, dalam satu kenyataannya, berkata pasukan keselamatan itu melalui kawasan Khayan iaitu hab komersial Yangon di kawasan pinggir bandar Myanmar Jumaat apabila mereka diserang dengan bom buatan sendiri.

"Kedua-dua kumpulan itu kemudiannya berbalas serangan sehingga mengakibatkan salah seorang anggota pasukan keselamatan cedera.

"Beberapa ahli kumpulan pemberontak turut terbunuh dan seorang cedera," katanya yang turut mengesahkan senjata milik mereka dirampas selepas pertempuran itu.

Media tempatan kemudian melaporkan sekurang-kurangnya dua anggota pemberontak terbunuh dan seorang ditahan.

Negara Asia Tenggara itu huru hara selepas pihak tentera menggulingkan kerajaan dipilih rakyat di bawah pimpinan Aung San Suu Kyi pada Februari lalu, sekali gus mencetuskan protes pro-demokrasi besar-besaran membantah tindakan keras junta.

Susulan itu, beberapa kawasan di seluruh Myanmar khususnya di kawasan pedalaman, menjadi markas bagi pembentukan pasukan pertahanan rakyat yang berperanan menentang junta.

Awal bulan ini, kerajaan perpaduan nasional (NUG) yang dianggotai sebahagian besar ahli Parlimen, bergabung bersama parti pentadbiran Suu Kyi menggesa untuk melaksanakan peperangan pertahanan rakyat, menyasarkan aset milik junta.

Sebelum ini, syarikat menara komunikasi yang dimiliki tentera, Mytel, menjadi sasaran di seluruh Myanmar.

Konflik juga dilaporkan semakin meningkat di wilayah Sagaing dan Magway di mana orang awam turut menuduh pihak tentera membakar rumah penduduk, menyebabkan ribuan kehilangan tempat kediaman.

Gambar diperoleh AFP menunjukkan penduduk Namg Kar membawa baldi berisi air ketika kepulan asap kelihatan dari jauh manakala banyak tapak kediaman hanya tinggal sisa yang masih membara. - AFP


 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register