BTC USD 61,059.1 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KRISIS MYANMAR: Suu Kyi Ditahan, Tentera Umum Darurat Setahun

Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,621
Reaction score
15,631
Points
2,376
KRISIS MYANMAR | 5 Korban Baharu Dalam Tunjuk Perasaan Di Myanmar

Lagi keganasan pihak berkuasa ke atas penunjuk perasaan di Myanmar, dengan lima korban baharu siang tadi.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,552
Points
721
MYANMAR-POLITICS-MILITARY_1617610342.jpg

Penduduk etnik turut menyertai tunjuk perasaan menentang junta tentera Myanmar di Hpakant, Kachin, negeri yang dikuasai kumpulan pemberontak. - Foto AFP

Pemberontak bersenjata sokong penunjuk perasaan Myanmar​

YANGON: Kumpulan etnik bersenjata memperjuangkan kuasa autonomi di sempadan Myanmar-Thailand sepakat menyokong penunjuk perasaan Myanmar menentang junta tentera.

Pertumpahan darah dan keganasan berterusan di Myanmar menimbulkan kemarahan kira-kira 20 kumpulan pemberontak etnik serta militan itu, yang menguasai sebahagian besar kawasan persempadanan negara.

Kelmarin, 10 daripada kumpulan pemberontak terbabit mengadakan pertemuan secara maya bagi membincangkan pergolakan di Myanmar.

Mereka menyuarakan kebimbangan dan mengkritik tindakan kejam lagi ganas junta tentera menggunakan peluru hidup terhadap penunjuk perasaan serta orang awam.

Perjumpaan itu diadakan seminggu selepas kumpulan pemberontak Karen National Union (KNU), merampas sebuah pangkalan tentera Myanmar, menyebabkan 10 anggota terbunuh, yang dibalas dengan serangan udara oleh tentera Myanmar.


KNU adalah antara kumpulan pemberontak paling lantang mengkritik junta tentera Myanmar dan mendakwa kini melindungi ratusan aktivis anti rampasan kuasa.


Ketua Majlis Pemulihan Negara Shan/Tentera Negeri Shan-Selatan (RCSS), Jeneral Yawd Serk, menegaskan pemimpin junta tentera Myanmar mesti bertanggungjawab.


Minggu lalu, junta tentera mengisytiharkan gencatan senjata selama sebulan dengan kumpulan pemberontak etnik, dengan syarat ia mungkin terbatal jika berlaku pencerobohan keselamatan dalam jentera pentadbiran pemerintah.


Bagaimanapun, perjanjian itu tidak meliputi demonstrasi menentang junta tentera yang berlanjutan di seluruh negara sejak penggulingan pemimpin awam, Aung San Suu Kyi, pada 1 Februari lalu.


Junta tentera yang bertindak ganas bagi menyuraikan penunjuk perasaan gagal menghentikan demonstrasi jalanan setiap hari di seluruh Myanmar bagi menuntut pemerintahan berasaskan demokrasi.


Menurut Yaw Serk, gencatan senjata itu juga memerlukan pasukan tentera menghentikan 'semua tindakan ganas', termasuk terhadap penunjuk perasaan.


Kumpulan pemberontak mengadakan pertemuan secara maya itu adalah pihak yang sebelum ini menandatangani perjanjian gencatan senjata di seluruh negara ketika Suu Kyi mentadbir Myanmar.


Perjanjian itu bertujuan membuka ruang bagi rundingan menghentikan perjuangan militan etnik yang berlanjutan selama beberapa dekad di negara itu.


Bagaimanapun, menurut Yawd Serk, berikutan keganasan terbaru dilakukan pihak junta tentera terhadap penduduk Myanmar, mereka mahu mengkaji semula perjanjian terbabit.


Perkembangan itu menimbulkan kerisauan badan antarabangsa kerana kumpulan pemberontak turut memiliki kelengkapan senjata yang canggih dan konflik berdarah itu mungkin menjadi lebih parah.


Menurut kumpulan pemerhati tempatan, Persatuan Bantuan Tahanan Politik (AAPP), lebih 550 rakyat Myanmar terbunuh dalam siri demonstrasi yang berlanjutan sejak 1 Februari lalu, termasuk 46 kanak-kanak.


Selain itu, 2,751 individu lagi ditahan atau disabitkan hukuman atas kesalahan terbabit dalam demonstrasi jalanan. - AGENSI
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,621
Reaction score
15,631
Points
2,376
KRISIS MYANMAR | Tujuh Maut Dalam Tunjuk Perasaan Terbaharu

Sekurang-kurangnya tujuh maut dan beberapa individu lain cedera dalam tunjuk perasaan terbaharu di Myanmar.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,621
Reaction score
15,631
Points
2,376
MYANMAR | Suu Kyi Berdepan Tuduhan Satu Lagi Tuduhan Baharu

Ketua parti Liga Kebangsaan Bagi Demokrasi (NLD), Aung San Suu Kyi berdepan satu lagi tuduhan baharu di bawah undang-undang pengurusan bencana alam.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,552
Points
721
junta_1618455007.jpg

Anggota tentera junta Myanmar sedang berkawal di jalan raya di Naypyidaw. - Foto AFP

Lebih ramai dihukum mati oleh mahkamah tentera di Myanmar​

YANGON: Tujuh individu setakat ini berdepan hukuman mati oleh mahkamah tentera Myanmar kerana didakwa bersekongkol membunuh seorang wanita yang bekerjasama dengan tentera.

Tentera junta Myanmar sehingga kini mempergiatkan tindakan keras dalam mengekang mana-mana pihak yang menyuarakan bantahan terhadap peranannya, susulan rampasan kuasa pada Februari lalu.

Stesen televisyen Myanmar melaporkan, seramai 19 orang dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah tentera minggu lalu kerana didakwa terbabit dalam pembunuhan seorang pembantu pegawai tentera di Yangon.

Tujuh daripadanya didakwa sama ada terbabit secara langsung atau bersekongkol dalam kejadian pembunuhan pada 15 Mac lalu, di sebuah kawasan di Yangon, sekali gus menyaksikan mereka diadili menerusi perundangan mahkamah tentera.

Wanita itu didakwa dibunuh kerana menjadi individu yang menyalurkan maklumat berhubung penunjuk perasaan dan beberapa lagi perkara kepada tentera Myanmar.


Mengikut laporan, 19 individu lain dijatuhkan hukuman penjara antara tiga hingga tujuh tahun kerana didakwa terbabit dalam kejadian pembunuhan itu.


Berdasarkan rekod, sekiranya seseorang dibicarakan mengikut perundangan mahkamah tentera, sebarang kegiatan jenayah bakal berdepan hukuman mati tanpa peluang mengemukakan rayuan.


Persatuan Bantuan bagi Tahanan Politik, berkata pasukan keselamatan setakat Selasa lalu membunuh seramai 714 orang di Myanmar sejak tentera junta Myanmar mengambil alih pentadbiran negara menerusi rampasan kuasa.


Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia, Michelle Bachelet, dalam kenyataan pada Selasa lalu memberi amaran Myanmar sedang mengundang konflik berskala besar.


"Negeri yang mempunyai pengaruh perlu segera memberikan tekanan kepada tentera di Myanmar untuk hentikan tindakan bertentangan dengan hak asasi manusia dan berkemungkinan, jenayah terhadap kemanusiaan," katanya. - AGENSI
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,552
Points
721

Tentera Myanmar tembak kakitangan perubatan​

YANGON: Pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah tunjuk perasaan prodemokrasi oleh kakitangan perubatan di bandar Mandalay mengakibatkan seorang lelaki terbunuh dan beberapa cedera.

Ia adalah kempen berterusan penunjuk perasaan menentang tentera pada minggu sambutan Tahun Baru Myanmar dengan menganjurkan perarakan dan bantahan lain.

Kakitangan perubatan adalah antara kumpulan di barisan hadapan kempen itu, yang berkumpul lebih awal di bandar Mandalay dan cuba disuraikan oleh pasukan tentera dengan melepaskan tembakan dan menahan beberapa orang.

BBC dan media lain tidak mempunyai butiran mengenai angka korban atau tangkapan, namun media Khit Thit melaporkan seorang lelaki ditembak mati di perkarangan masjid berhampiran ketika tunjuk perasaan membabitkan doktor.

Seorang penduduk di kawasan masjid itu berkata tentera tiba di sana dan mula menembak secara rambang, mencederakan seorang yang kemudian dibawa ke hospital.


Sementara itu, junta mendakwa sekurang-kurangnya 19 doktor perubatan kerana turut serta dalam pergerakan ketidakpatuhan sivil (CDM), lapor sebuah akhbar milik kerajaan kelmarin.


Doktor terbabit dituduh menyokong dan terbabit dalam CDM dengan tujuan merosakkan jentera pentadbiran negara, lapor akhbar New New Light of Myanmar.


Kerajaan tentera juga mengeluarkan waran tangkap untuk 100 orang penggiat bidang sastera, filem, seni teater, muzik dan kewartawanan atas tuduhan menyebarkan maklumat yang merosakkan kestabilan negara dan kedaulatan undang-undang.


Sementara itu, pasukan keselamatan Myanmar menahan seorang pemimpin utama kempen menentang pemerintahan tentera, Wai Moe Naing, ketika mengetuai demonstrasi tunjuk perasaan bermotosikal di bandar Monywa.


Monywa menjadi antara lokasi awal demonstrasi membantah junta tentera pada 1 Februari lalu, yang mengheret Myanmar kembali ke kancah krisis selepas 10 tahun menikmati demokrasi.


Kumpulan aktivis, Persatuan Bantuan Tahanan Politik (PPAA) berkata pasukan keselamatan sudah membunuh sekitar 715 penunjuk perasaan sejak penggulingan pemerintah Aung San Suu Kyi. - AGENSI
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,621
Reaction score
15,631
Points
2,376
KRISIS MYANMAR | 71 Wartawan Diberkas Sejak Kerajaan Digulingkan

Seramai 71 wartawan ditahan pihak berkuasa Myanmar sejak rampasan kuasa tentera, Februari lalu.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,621
Reaction score
15,631
Points
2,376
MYANMAR | ASEAN Akan Buat Satu Ketetapan Sabtu Ini Di Jakarta

Situasi politik semasa di Myanmar yang semakin membimbangkan antara agenda penting yang bakal dibincangkan pada sidang tergempar ASEAN, di Jakarta, Sabtu ini.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,621
Reaction score
15,631
Points
2,376
ASEAN | Capai Konsensus 5 Perkara Mengenai Krisis Myanmar

Pemimpin negara-negara anggota ASEAN mencapai lima kata sepakat mengenai krisis Myanmar pada mesyuarat khas pemimpin blok serantau itu di Jakarta, Indonesia, semalam.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register