BTC USD 41,796.0 Gold USD 1,813.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KRISIS MYANMAR: Suu Kyi Ditahan, Tentera Umum Darurat Setahun

Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,253
Reaction score
5,167
Points
721
AS gantung perjanjian perdagangan dengan Myanmar

YANGON: Amerika Syarikat (AS) semalam menggantung perjanjian perdagangan dengan Myanmar dan mengetuai kecaman antarabangsa terhadap tindakan keras junta.

Tindakan itu dibuat ketika penunjuk perasaan dan mereka yang berkabung turun ke jalan selepas hujung minggu yang paling banyak meragut nyawa sejak rampasan kuasa tentera.

Tentera dan polis membunuh ratusan orang dalam kempen keganasan terhadap tunjuk perasaan antirampasan kuasa besar-besaran, yang menuntut pengembalian demokrasi dan membebaskan pemimpin dipilih rakyat yang digulingkan, Aung San Suu Kyi.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan, sekurang-kurangnya 107 orang termasuk tujuh kanak-kanak terbunuh Sabtu lalu, ketika rejim mengadakan pertunjukan kekuatan besar-besaran sempena Hari Angkatan Bersenjata, perarakan tahunan yang menunjukkan kehebatan tentera Myanmar.

Kumpulan pemantau Persatuan Bantuan untuk Tahanan Politik (AAPP), berkata, lebih 450 orang terbunuh dalam kekerasan terhadap tunjuk perasaan sejak rampasan kuasa pada 1 Februari lalu, berpunca daripada tindakan pasukan keselamatan menggunakan peluru getah dan hidup untuk menyuraikan demonstrasi.

Pentadbiran Presiden AS, Joe Biden, mengumumkan semalam, Perjanjian Kerangka Perdagangan dan Pelaburan 2013 yang menetapkan cara untuk melonjakkan perniagaan namun bukan perjanjian penuh, akan tetap ditangguhkan sehingga demokrasi dikembalikan.

"AS mengutuk sekeras-kerasnya keganasan pasukan keselamatan Burma terhadap orang awam," kata Wakil Perdagangan AS, Katherine Tai, yang menggunakan nama lama Myanmar, Burma.

Kenyataan itu secara jelas mengeluarkan Myanmar daripada Sistem Keutamaan Umum, di mana AS memberi akses bebas cukai ke atas beberapa import dari negara membangun jika mereka memenuhi standard utama.

Walaupun insiden keganasan berlaku pada hujung minggu lalu, penunjuk perasaan muncul ketika subuh di pekan dan bandar seluruh negara.

Ratusan orang berarak melalui pekan Plate di wilayah Mandalay, dengan sepanduk yang bertulis: 'Rakyat tidak akan pernah dikalahkan'. - AFP
 
InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,253
Reaction score
5,167
Points
721
MYANMAR-POLITICS-MILITARY_1617150914.jpg

Penunjuk perasaan berkumpul dan membakar hadangan di tengah jalan ketika demonstrasi membantah rampasan kuasa tentera di Yangon. FOTO AFP

Kumpulan pemberontak ancam bertindak di Myanmar

YANGON: Jumlah kematian akibat rampasan kuasa junta tentera kini melepasi 520 orang dan keadaan dibimbangi menjadi lebih tegang apabila kumpulan pemberontak pula mengancam bertindak balas jika pertumpahan darah tidak dihentikan.

Ketika ini, pasukan keselamatan Myanmar 'menangani' tunjuk perasaan di seluruh Myanmar dengan melepaskan gas pemedih mata, peluru getah serta peluru hidup.

Pertubuhan Bantuan Tahanan Politik (AAPP) berkata, sehingga semalam jumlah kematian disahkan adalah seramai 521 orang namun menjelaskan angka sebenar yang maut mungkin lebih tinggi.

AAPP menjelaskan, lapan terbunuh semalam termasuk seorang penunjuk perasaan berusia 35 tahun di sebuah pekan Muse di negeri Shan.

Media melaporkan, kematian membabitkan penunjuk perasaan di Dagon Selatan, Yangon dan pihak berkuasa sedang menyiasat satu letupan bom di balai polis di bandar Bago, yang mencederakan beberapa pegawai.

Pertubuhan Kebangsaan Karen berkata, serangan udara junta tentera juga dikatakan menyebabkan enam orang terbunuh di wilayah Karen.

Dalam pada itu, tiga kumpulan pemberontak juga mengkritik tindakan junta tentera dan mengancam untuk bersama-sama dengan penunjuk perasaan sekiranya pihak tentera tidak menghentikan keganasan mereka.

Myanmar juga berdepan tekanan antarabangsa selepas Washington menggantung urus niaga dengan negara itu manakala Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menggesa semua pihak mengecam negara itu apabila lebih 100 penunjuk perasaan maut hujung minggu lalu.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menganggap tindakan junta tentera Myanmar sebagai 'amat tidak boleh diterima'' dan menggesa pihak berkuasa melakukan 'proses peralihan demokratik'.

Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden pula menggantung Perjanjian Rangka Kerja Perdagangan dan Pelaburan 2013 sehingga demokrasi dipulihkan. - AFP
 
InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,253
Reaction score
5,167
Points
721
leave_1617174800.jpg

AS arah diplomat keluar dari Myanmar

YANGON: Amerika Syarikat (AS) mengarahkan diplomatnya yang tidak terbabit urusan penting keluar dari Myanmar berikutan keganasan semakin meningkat selepas rampasan kuasa tentera menggulingkan Aung San Suu Kyi, sejak Februari lalu.

Jabatan Luar AS berkata, keputusan itu diambil untuk melindungi keselamatan kakitangan dan keluarga mereka yang berada di negara berkenaan.

Tunjuk perasaan diadakan setiap hari mendesak pemulihan kerajaan yang dipilih berdepan tindakan keras tentera yang menyebabkan lebih 520 orang awam mati dalam beberapa minggu sejak rampasan kuasa tentera.

Tindak balas ganas junta tentera mencetuskan kecaman antarabangsa dan ancaman balas daripada beberapa kumpulan bersenjata etnik Myanmar.

Tiga daripadanya, Tentera Pembebasan Nasional Ta'ang, Tentera Perikatan Demokratik Bangsa Myanmar dan Tentera Arakan (AA) yang mengancam menyertai penunjuk perasaan, melainkan tentera menghentikan tindakan kekerasan.

Walaupun ketiga-tiga kumpulan itu belum melakukan sebarang tindakan, Kesatuan Nasional Karen (KNU) dan Tentera Kemerdekaan Kachin (KIA) meningkatkan serangan terhadap tentera dan polis dalam beberapa hari ini.

Sebuah balai polis di Bago dilaporkan terkena serangan roket yang mencederakan lima pegawai semalam walaupun tidak dapat dipastikan pihak mana yang bertanggungjawab.

KNU, salah satu kumpulan pemberontak terbesar, mengambil alih pangkalan tentera di negeri Kayin timur pada hujung minggu, yang mendorong tentera bertindak balas melalui serangan udara.

Serangan turut dilancarkan semalam, bagaimanapun Padoh Saw Taw Nee, iaitu Ketua Hal Ehwal Luar KNU, berkata kumpulan itu akan meneruskan kemaraannya untuk menyokong gerakan rakyat menentang rampasan kuasa tentera. - AFP
 
InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,253
Reaction score
5,167
Points
721
Suu Kyi dihadapkan ke mahkamah hari ini

YANGON: Pemimpin Myanmar yang digulingkan dalam rampasan kuasa oleh tentera, Aung San Suu Kyi, dihadapkan ke mahkamah, hari ini.

Suu Kyi berdepan sejumlah besar pertuduhan jenayah yang dilihat boleh menghalangnya daripada kembali memegang tampuk kepimpinan selepas ini.

Barisan peguam Suu Kyi mengadakan pertemuan pertama dengannya, semalam - menerusi pautan video di sebuah balai polis - sejak beliau diguling dan ditahan pada awal pagi 1 Februari lalu.

Peguamnya memaklumkan bahawa pemimpin berusia 75 tahun itu dilihat berada dalam keadaan sihat.

Prosiding hari ini dijangka hanya mengambil masa singkat, bagi menguruskan aspek pentadbiran kes berkenaan.

Junta dilaporkan turut menyiasat dakwaan bahawa Suu Kyi menerima sejumlah bayaran dalam bentuk emas dan tunai lebih AS$1 juta.

Bagaimanapun salah seorang peguamnya, Khin Maung Zaw, memaklumkan dakwaan terbabit dilihat tidak akan menjadi sebahagian daripada pertuduhan rasmi, setakat ini. - AFP
 
InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,253
Reaction score
5,167
Points
721
01yam1_1617200120.jpg

Pekerja mengalihkan kotak bebuli vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca/COVISHIELD yang dihasilkan oleh India di lapangan terbang dekat Aden, hari ini. - Foto AFP

Yaman terima vaksin pertama

ADEN: Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan Yaman, iaitu negara yang sedang dilanda perang, akhirnya menerima penghantaran pertama vaksin COVID-19, hari ini.

Menurut Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF), penghantaran membabitkan 360,000 dos vaksin itu dibuat seminggu selepas jawatankuasa COVID-19 negara itu, memberi amaran mengenai darurat kesihatan awam.

"Yaman menerima 360,000 vaksin COVID-19 yang dihantar melalui kemudahan COVAX. ia adalah kumpulan pertama daripada sebahagian 1.9 juta dos akan diterima negara itu sepanjang tahun ini," kata UNICEF melalui kenyataan, di sini.

COVAX ialah skim global yang disokong Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menawarkan pemberian vaksin kepada negara yang memerlukan.

AstraZeneca tiba di pelabuhan di bandar selatan Aden, iaitu ibu negara kerajaan yang diiktiraf oleh pihak antarabangsa, selepas dipindahkan dari Sanaa di utara yang dikuasai oleh pemberontak Huthi pada 2014.

Minggu lalu, Jawatankuasa COVID-19 Yaman mendesak kerajaan mengisytiharkan keadaan darurat kesihatan awam, ketika jangkitan semakin meningkat.

01yam2_1617200116.jpg

Jawatankuasa itu menggesa pelaksanaan sekatan separa dan penutupan dewan perkahwinan, pusat beli-belah dan masjid di luar waktu solat.

Badan amal perubatan dikenali sebagai Doktor Tanpa Sempadan (MSF) juga memberi amaran jumlah pesakit COVID-19 dilaporkan meningkat di seluruh negara.

Ketua Misi MSF di Yaman, Raphael Veicht, berkata pihaknya turut mendesak bantuan daripada negara yang sudi menyumbang dan kumpulan pakar.

"MSF melihat peningkatan yang mendadak membabitkan pesakit COVID-19 di hospital, termasuk di Aden dan beberapa bahagian lain di negara ini.

"Kami memohon semua organisasi perubatan dan kemanusiaan yang berada di Yaman untuk meningkatkan tindak balas kecemasan COVID-19 dengan pantas," katanya.
 
lau_kau

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Aug 2, 2007
Messages
13,191
Reaction score
1,965
Points
201

Silap rumah ka bang?
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
305,594
Reaction score
13,803
Points
2,376
Suu Kyi dihadapkan ke mahkamah hari ini

YANGON: Pemimpin Myanmar yang digulingkan dalam rampasan kuasa oleh tentera, Aung San Suu Kyi, dihadapkan ke mahkamah, hari ini.

Suu Kyi berdepan sejumlah besar pertuduhan jenayah yang dilihat boleh menghalangnya daripada kembali memegang tampuk kepimpinan selepas ini.

Barisan peguam Suu Kyi mengadakan pertemuan pertama dengannya, semalam - menerusi pautan video di sebuah balai polis - sejak beliau diguling dan ditahan pada awal pagi 1 Februari lalu.

Peguamnya memaklumkan bahawa pemimpin berusia 75 tahun itu dilihat berada dalam keadaan sihat.

Prosiding hari ini dijangka hanya mengambil masa singkat, bagi menguruskan aspek pentadbiran kes berkenaan.

Junta dilaporkan turut menyiasat dakwaan bahawa Suu Kyi menerima sejumlah bayaran dalam bentuk emas dan tunai lebih AS$1 juta.

Bagaimanapun salah seorang peguamnya, Khin Maung Zaw, memaklumkan dakwaan terbabit dilihat tidak akan menjadi sebahagian daripada pertuduhan rasmi, setakat ini. - AFP

KRISIS MYANMAR | Suu Kyi Dihadapkan Ke Mahkamah

Pemimpin Myanmar yang digulingkan dalam rampasan kuasa oleh tentera, Aung San Suu Kyi, dihadapkan ke mahkamah.

Prosiding hari ini bagi menguruskan aspek pentadbiran kes berkenaan.

SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
305,594
Reaction score
13,803
Points
2,376
SABOTAJ? | Dua Pusat Membeli-belah Terbakar

Dua pusat membeli belah yang dikatakan mempunyai kaitan dengan junta tentera terbakar di Yangoon, Myanmar.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register