USD MYR 4.12450 BTC MYR 258,145 Gold MYR 7,291.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KRISIS MYANMAR: Suu Kyi Ditahan, Tentera Umum Darurat Setahun

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,478
Reaction score
4,441
Points
601

Myanmar police break up protests again after bloodiest day since coup
 
Sponsored Post

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,614
Reaction score
1,221
Points
201
makin ramai la rohingya lari masuk mesia... dalang wat duit
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,478
Reaction score
4,441
Points
601
MYANMAR-POLITICS-MILITARY_1614861342.jpg


PBB gesa tentera Myanmar henti 'bunuh' penunjuk perasaan

GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan sekurang-kurangnya 54 orang terbunuh dan 1,700 lagi ditahan sejak rampasan kuasa 1 Februari lalu di Myanmar.

Sehubungan itu, Ketua Hak Asasi PBB, Michelle Bachelet, menuntut tentera menghentikan segera kekerasan dan pembunuhan penunjuk perasaan.

Ulasan itu muncul selepas hari paling berdarah di Myanmar yang mengorbankan sekurang-kurangnya 38 penunjuk perasaan semalam, di mana pasukan keselamatan dilihat menembak orang ramai.

Justeru, Bachelet mendesak pasukan keselamatan 'menghentikan tindakan keras mereka terhadap penunjuk perasaan yang mengadakan protes secara aman'.

"Tentera Myanmar perlu menghentikan pembunuhan dan tidak lagi memenjarakan penunjuk perasaan, sebaliknya berusaha ke arah rundingan damai.

"Sangat menjijikkan apabila pasukan keselamatan melepaskan peluru secara terus ke arah penunjuk perasaan di negara sendiri," katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, serangan itu turut menyasarkan petugas perubatan kecemasan dan ambulans yang berusaha merawat mereka yang cedera.

Pejabat Hak Asasi PBB itu mengesahkan sekurang-kurangnya 54 orang dibunuh pegawai polis dan tentera sejak 1 Februari lalu.

"Bagaimanapun, jumlah kematian sebenar mungkin jauh lebih tinggi kerana ini adalah angka yang dapat disahkan oleh pejabat kami," katanya.

Jumlah korban meningkat dengan ketara dalam beberapa hari ini.

Pejabat Hak Asasi PBB mengesahkan 30 daripada 38 kematian yang dilaporkan oleh badan PBB lain semalam, dengan pembunuhan oleh pasukan keselamatan dilaporkan berlaku di Yangon, Mandalay, Sagaing, Magway dan Mon.

Seorang didakwa dibunuh pada Selasa lalu dan 18 lagi Ahad lalu, dengan lima orang sebelumnya.

Menurut PBB, ia adalah sukar untuk mendokumentasikan kecederaan, tetapi sekurang-kurangnya ratusan dilaporkan cedera ketika tunjuk perasaan. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,478
Reaction score
4,441
Points
601
Krisis Myanmar: PBB digesa kenakan embargo senjata api

GENEVA: Pakar hak asasi di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mendesak Majlis Keselamatan mengenakan 'embargo senjata api global' dan sekatan bersasar terhadap tentera Myanmar.

Pelapor Khas PBB, Thomas Andrews, dalam satu laporan terbarunya turut menggesa masyarakat antarabangsa 'bertindak dengan segera dan tegas' bagi menyokong tuntutan supaya demokrasi dikembalikan di Myanmar.

"Majlis Keselamatan PBB harus segera mengenakan embargo senjata api global serta sekatan ekonomi bersasar terhadap tentera Myanmar dan sumber pendapatannya.

"Ia juga harus merujuk keadaan di negara itu ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk siasatan dan mungkin pendakwaan atas jenayah kejam yang berlaku, termasuk genosid, jenayah perang serta jenayah terhadap kemanusiaan," menurut laporan itu.

Selain itu, Andrews menegaskan, PBB dan masyarakat antarabangsa mestilah tidak memperakui junta tentera sebagai kerajaan yang sah di Myanmar.

"Saya menggesa anggota Majlis (Keselamatan) supaya memberi pertimbangan susulan kekejaman berterusan yang disaksikan di Myanmar," katanya dalam satu kenyataan.

Pergolakan di Myanmar kian meruncing sejak tentera merampas kuasa, 1 Februari lalu, yang mencetuskan bantahan besar-besaran dengan junta menanganinya menggunakan tindakan keras.

Kelmarin, PBB memaklumkan sekurang-kurang 38 orang maut, manakala paparan imej dalam talian menunjukkan anggota pasukan keselamatan Myanmar melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan dan mangsa berlumuran darah, termasuk ada yang mengalami kecederaan di kepala.

Majlis Keselamatan PBB dijadual membincangkan krisis di Myanmar, hari ini, ketika tekanan antarabangsa kian meningkat susulan kemelut itu.

Sebelum ini, Andrews telahpun menyuarakan kebimbangannya berhubung perkembangan di Myanmar, sekali gus memberi amaran kemungkinan pihak tentera akan melakukan 'jenayah lebih besar' terhadap rakyat negara itu. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,478
Reaction score
4,441
Points
601
AS perketat kawalan eksport ke Myanmar

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) semalam memperketatkan kawalan eksport ke atas Myanmar sebagai tindak balas terhadap keganasan junta yang menyebabkan kematian penunjuk perasaan di negara itu.

Myanmar diklasifikasikan semula ke dalam kumpulan sama dengan Russia dan China dalam senarai nasihat AS berhubung tahap pemeriksaan bagi sebarang bahan atau teknologi sensitif, dengan sekatan dikenakan terhadap sebarang barangan eksport yang mungkin digunakan pihak tentera negara itu.

Setiausaha Negara, Antony Blinken, berkata AS mengambil langkah terbaru itu sebagai tindak balas terhadap keganasan yang mengejutkan serta mengakibatkan maut di Myanmar.

Dalam ciapannya, beliau turut menggesa supaya demokrasi dikembalikan di Myanmar.

Jabatan Perdagangan pula memaklumkan, pihaknya sedang mengambil langkah tertentu dan akan meneliti tindakan lanjut susulan rampasan kuasa serta peningkatan keganasan terhadap peserta tunjuk perasaan aman di Myanmar.

Peraturan baharu itu bakal menjejaskan eksport kepada Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri Myanmar, selain dua firma milik negara terbabit, Myanmar Economic Corporation serta Myanmar Economic Holding Limited.

Sementara itu jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price, menzahirkan perasaan marah selepas semakin ramai penunjuk perasaan ditembak mati oleh junta yang merampas kuasa di Myanmar pada 1 Februari lalu.

"Peningkatan keganasan terbaru itu menunjukkan junta langsung tidak mempedulikan rakyat negaranya sendiri. Perkara ini tidak boleh diterima.

"AS akan meneruskan tindak balas seiring dengan rakan dan sekutu kami di seluruh dunia," katanya.

Price turut menegaskan, AS sangat bimbang akan penahanan wartawan di Myanmar dan mengulangi tuntutan supaya mereka dibebaskan segera. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,478
Reaction score
4,441
Points
601
mati2_1615085277.jpg

Mayat Kyal Sin selepas ditembak di kepala ketika demonstrasi menentang rampasan kuasa tentera di Mandalay pada Rabu lalu. - Foto AFP

Kubur penunjuk perasaan Myanmar digali semula

YANGON: Pihak berkuasa Myanmar menggali semula kubur Ma Kyal Sin, remaja wanita berusia 19 tahun yang ditembak ketika demonstrasi anti-kudeta pada Rabu.

Menurut saluran televisyen tempatan, MRTV semalam, pemeriksaan yang dilakukan membebaskan pihak berkuasa terhadap membunuh Kyal Sin.

Remaja yang memakai baju kemeja-T tertera ayat 'Everything Will Be Ok' itu meninggal dunia selepas terkena tembakan di kepala ketika penunjuk perasaan berdepan tindak balas pasukan keselamatan yang cuba mengakhiri demonstrasi menentang rampasan kuasa pada 1 Februari lalu.

Penggalian kubur Kyal Sin, yang dijadikan ikon gerakan tunjuk perasaan menimbulkan kemarahan baharu penentang kudeta, yang menuduh junta berusaha menyembunyikan fakta remaja itu dibunuh oleh pasukan mereka.

Televisyen tempatan memaklumkan polis, hakim dan doktor sudah menggali kubur dan menjalankan siasatan pembedahan ke atas mayat.

Mereka menemui luka di bahagian belakang kepala dan sekeping timah berukuran 1.2 sentimeter (cm) x 0.7cm di otak dan memberitahu ia berbeza dengan hujung peluru digunakan pihak polis.

"Oleh itu, dapat diandaikan bahawa mereka yang tidak inginkan kestabilan melakukan pembunuhan itu," kata MRTV.

Di media sosial, penentang rampasan kuasa menyifatkan hasil siasatan itu sebagai penghinaan terhadap Kyal Sin dan keluarganya dengan tujuan untuk memberikan laporan palsu mengenai apa sebenarnya yang berlaku.

Jurucakap tentera dan polis langsung tidak menjawab panggilan bagi mendapatkan komen lanjut.

Laporan MRTV turut menjelaskan, pihak berkuasa sudah meminta izin keluarga mangsa untuk menggali semula kubur, namun tidak menyatakan sama ada ia dibenarkan atau sebaliknya.

Kumpulan penunjuk perasaan di lokasi insiden di Mandalay pada Rabu menjelaskan mereka diserang peluru hidup yang turut menyebabkan Kyal Sin terbunuh.

Penduduk mengatakan mayat Kyal Sin digali semula pada Jumaat oleh sekumpulan individu yang tiba dengan kawalan polis dan tentera serta mengarahkan larangan orang awam ke kawasan kubur.

Kyal Sin antara 38 individu yang terbunuh pada Rabu, hari paling berdarah setakat ini dalam usaha pasukan keselamatan menghentikan tunjuk perasaan terhadap rampasan kuasa yang menyaksikan demonstrasi berlangsung setiap hari sejak lebih sebulan lalu. - Agensi
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,478
Reaction score
4,441
Points
601
Warga Myanmar menunggu di sempadan untuk memasuki India

GUWAHATI: Sejumlah warga Myanmar yang melarikan diri dari pergolakan politik selepas rampasan kuasa di negara itu berkumpul di sempadan, menunggu untuk memasuki India.


Sementara itu, pihak berkuasa Myanmar meminta India menghantar kembali lapan anggota polis yang melarikan diri minggu ini.

Seramai 48 warganegara Myanmar, termasuk lapan polis, memasuki Mizaram di timur laut India, kata seorang pegawai kanan pasukan paramiliter Assam Rifles kepada AFP.

"Sekurang-kurangnya 85 orang awam dari Myanmar menunggu di sempadan antarabangsa untuk memasuki India," kata pegawai itu, yang enggan dikenali.

Demonstrasi antirampasan kuasa tersebar di Myanmar sejak 1 Februari lalu selepas pemimpin Aung San Suu Kyi digulingkan.

Pasukan keselamatan meningkatkan tindakan keras ke atas penunjuk perasaan, yang mengorbankan lebih dari 50 orang.

Laporan media India menyatakan mereka yang melintasi sempadan termasuk polis dan pegawai tempatan yang enggan mematuhi perintah tentera.

Myanmar mengirim sepucuk surat, yang dilihat oleh AFP, meminta lapan polis itu segera dihantar kembali.

Surat itu diserahkan kepada pegawai daerah Champhai di Mizoram di mana beberapa pelarian kini berada.

"Untuk menjalin hubungan persahabatan antara kedua negara, anda diminta untuk menahan lapan anggota polis Myanmar yang memasuki wilayah India dan menyerahkannya ke Myanmar," kata surat itu.

Pegawai kerajaan India menyatakan surat itu sedang diteliti bersama dengan kes mereka yang melintasi sempadan. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,478
Reaction score
4,441
Points
601

With the use of rubber bullets and stun grenades among others, Myanmar police have intensified the crackdown against the peaceful demonstrators.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,478
Reaction score
4,441
Points
601
Penunjuk perasaan berkumpul, sahut seruan lancar mogok

YANGON: Penunjuk perasaan antirampasan kuasa berkumpul di seluruh Myanmar hari ini bagi menyahut seruan untuk melancarkan mogok umum berikutan serbuan dan penangkapan oleh tentera pada hujung minggu.

Walaupun berisiko, penunjuk perasaan berarak ke ibu kota komersial Yangon, bandar kedua terbesar Mandalay dan bandar lain di seluruh negara.

Demonstrasi hari ini berikutan rayuan kesatuan sekerja supaya pekerja keluar beramai-ramai ke jalanan bagi menggerakkan mogok besar-besaran supaya ekonomi terjejas.

"Jika aktiviti ekonomi dan perniagaan berjalan seperti biasa ... ia hanya akan menguntungkan tentera kerana mereka menekan tenaga rakyat Myanmar," kata 18 kesatuan sekerja dalam satu kenyataan.

"Kini adalah masanya untuk mengambil tindakan dan mempertahankan demokrasi," kata kenyataan itu.

Kesatuan sekerja berusaha untuk memperluas kesan Gerakan Ketidakpatuhan Sivil yang sedang berlangsung, iaitu kempen yang mendesak penjawat awam untuk melancarkan boikot daripada bekerja di bawah pemerintahan tentera.

Kesannya dapat dirasakan di setiap peringkat infrastruktur nasional, di mana hospital terpaksa ditutup, pejabat kerajaan kosong dan bank tidak dapat beroperasi.

Junta bagaimanapun memberi amaran bahawa penjawat awam akan dipecat serta merta jika mereka terus melancarkan mogok.

Selepas pasukan keselamatan dikerahkan ke beberapa kawasan kejiranan dan bunyi tembakan dapat didengari di kawasan terbabit , Yangon hari ini dikejutkan dengan kehadiran anggota polis dan tentera besar-besaran.

"Polis dan tentera mula membersihkan Jalan Kyuntaw di Sanchaung... mereka menggunakan bom bunyi untuk menghalang penunjuk perasaan daripada berkumpul," kata seorang penduduk kepada AFP.

"Mereka menggunakan jentolak untuk membersihkan penghadang yang dihasilkan penunjuk perasaan," katanya.

Laporan menyatakan bahawa pasukan keselamatan semalam mengambil alih beberapa hospital awam di Yangon.

Physicians for Human Rights berkata, ia terkejut dengan tindakan itu yang melanggar undang-undang antarabangsa.

Kata kumpulan itu, satu laporan saksi menyatakan pasukan keselamatan yang lengkap bersenjata memasuki dan mengambil alih hospital di Yangon Barat secara paksa dan ia mempunyai maklumat yang boleh dipercayai bahawa lima hospital lain berhadapan situasi sama.

"Walaupun pegawai perubatan bertindak memulakan Gerakan Ketidakpatuhan Sivil, mereka kembali bertugas di hospital selepas keganasan terhadap penunjuk perasaan meningkat.

Rampasan kuasa dan tindakan kekerasan oleh tentera menimbulkan kecaman antarabangsa dan pelbagai sekatan.

Menteri Luar Australia, Marise Payne mengumumkan lewat semalam bahawa negara itu menangguhkan program kerjasama pertahanan dengan Myanmar, yang turut membabitkan latihan bahasa Inggeris.

Canberra sedang mengkaji program bantuannya supaya wang tidak disalurkan kepada agensi kerajaan sebaliknya kepada organisasi bukan berasaskan keuntungan.

Utusan Khas Pertubuhan Bangsa -Bangsa Bersatu (PBB) ke Myanmar Christine Schraner Burgener pada Jumaat menuntut supaya penindasan ke atas penunjuk perasaan dihentikan segera dan mendesak Majlis Keselamatan untuk bertindak.

Bagaimanapun, diplomat menyatakan bahawa Majlis Keselamatan tidak mungkin bersetuju dengan langkah-langkah antarabangsa terhadap junta, dengan China yang memiliki kuasa veto, adalah sekutu kepada jeneral Myanmar yang dilihat sebagai halangan besar.

Tentera yang menafikan bertanggungjawab terhadap kematian dalam tunjuk perasaan itu, mempertahankan tindakannya merampas kuasa dengan menuduh penipuan pilihan raya secara meluas pada November lalu yang dimenangi parti Suu Kyi. - AFP
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register