USD MYR 4.12450 BTC MYR 258,441 Gold MYR 7,284.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KRISIS MYANMAR: Suu Kyi Ditahan, Tentera Umum Darurat Setahun

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,478
Reaction score
4,441
Points
601
myanmar_1614728130.jpg


UK minta mesyuarat PBB mengenai Myanmar

AMERIKA SYARIKAT: Britain meminta supaya diadakan mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang baharu berhubung rampasan kuasa di Myanmar pada Jumaat, kata sumber diplomatik kepada AFP.

Ia berikutan pasukan keselamatan Myanmar meningkatkan kekerasan ke atas penunjuk perasaan di negara Asia Tenggara itu.

Sumber itu berkata, mesyuarat berkenaan akan diadakan secara tertutup dijadualkan pada 1500 GMT, berdasarkan cadangan London, seperti perbincangan majlis itu yang diadakan sehari selepas penggulingan pemimpin Aung San Suu Kyi oleh tentera pada 1 Februari lalu.

Majlis Keselamatan kemudian menyuarakan 'kebimbangan mendalam' terhadap rampasan kuasa itu dan dalam draf kenyataannya meminta 'pembebasan semua tahanan', termasuk Suu Kyi.

Pada Isnin lalu, misi diplomatik China ke PBB yang secara tradisinya enggan Majlis Keselamatan membincangkan mengenai Myanmar, memberitahu AFP wujud kesepakatan umum antara anggota Majlis bahawa akan ada pertemuan di Myanmar tidak lama lagi.

Pasukan keselamatan Myanmar melepaskan tembakan dan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan pada Selasa menyebabkan sekurang-kurangnya tiga cedera parah ketika kuasa wilayah menegur junta atas tindakan kerasnya.

Negara itu menyaksikan protes secara besar-besaran selama berminggu-minggu yang menuntut pembebasan Suu Kyi, dengan pasukan keselamatan mengenakan tindakan yang lebih keras terhadap golongan yang berbeza pendapat.

Ahad lalu, adalah hari paling berdarah sejak pihak tentera mengambil alih dengan PBB menyatakan sekurang-kurangnya 18 penunjuk perasaan terbunuh di seluruh negara itu.

AFP mengesahkan 11 kematian. - AFP
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,478
Reaction score
4,441
Points
601

ASEAN ready to assist Myanmar in positive, peaceful manner
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,478
Reaction score
4,441
Points
601
MYANMAR-POLITICS-MILITARY_1614825220.jpg


38 maut, tertinggi sejak rampasan kuasa Myanmar

YANGON: Sekurang-kurangnya 38 orang mati semalam pada pada hari 'paling berdarah' dalam krisis Myanmar, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ia ekoran junta menentang protes yang semakin meningkat terhadap rampasan kuasa dengan tindakan keras yang dikatakan Amerika Syarikat (AS) sebagai 'terkejut dan benci'.

Myanmar mengalami kekacauan sejak 1 Februari lalu apabila tentera menggulingkan dan menahan pemimpin awam, Aung San Suu Kyi, mengakhiri eksperimen selama satu dekad negara dengan demokrasi dan mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran setiap hari.

Tekanan antarabangsa semakin meningkat yang mana kuasa Barat berulang kali menekan Jeneral Myanmar dengan sekatan, Britain meminta mesyuarat Majlis Keselamatan PBB, dan selepas kematian semalam, AS menyatakan sedang mempertimbangkan tindakan selanjutnya.

Namun, junta setakat ini mengabaikan kecaman global, menangani protes dengan kekerasan yang semakin meningkat.

"Hari ini sahaja 38 orang mati," utusan PBB ke Myanmar, Christine Schraner Burgener, memberitahu wartawan semalam, sambil menambah bahawa lebih 50 orang telah mati sejak pengambilalihan kuasa oleh tentera, dengan banyak lagi yang cedera.

"Hari ini adalah hari paling berdarah sejak rampasan kuasa berlaku," katanya, tanpa memberikan keterangan lebih lanjut, termasuk perincian kematian.

Beliau meminta PBB supaya mengambil 'langkah yang sangat keras' terhadap Jeneral tentera, dan menambah bahawa dalam perbincangannya dengan pihak terbabit, mereka telah menolak ancaman sekatan.

Beliau berkata, junta berjanji untuk mengadakan pilihan raya dalam tempoh 'setahun'.

"Saya akan terus berusaha, kami tidak akan berputus asa," katanya.

Keganasan itu membuat AS 'terkejut dan benci," kata jurucakap Jabatan Luar Negara, Ned Price, menyatakan kepada wartawan.

"Kami menyeru semua negara supaya bersatu hati mengutuk keganasan yang dilakukan oleh tentera Myanmar terhadap rakyatnya sendiri."

Beliau merujuk China, yang sering dianggap musuh AS sebagai sekutu utama tentera Myanmar.

"China memang mempunyai pengaruh di rantau ini. Ia memang mempunyai pengaruh dengan junta. Kami telah meminta China supaya menggunakan pengaruh itu dengan cara yang membina, dengan cara yang memajukan kepentingan rakyat Myanmar," kata Price.

Beliau berkata, AS yang telah mengenakan sekatan terhadap pemimpin junta, sedang meneliti tindakan selanjutnya. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,478
Reaction score
4,441
Points
601
MYANMAR_MILITARY_COUP_PROTEST_1614769036.jpg


Junta Myanmar dakwa 6 wartawan termasuk jurugambar AP

YANGON: Pihak berkuasa tentera Myanmar mendakwa seorang jurugambar Associated Press (AP) dan lima lagi wartawan yang membuat liputan protes menentang rampasan kuasa.

Jurugambar AP, Thein Zaw, 32, ditahan pada Sabtu lalu selepas dia membuat liputan tunjuk perasaan di Yangon.

Myanmar tegang sejak 1 Februari lalu apabila tentera menahan Aung San Suu Kyi dan pemimpin awam lain, sekali gus mengakhiri proses demokrasi negara itu meskipun mendapat bantahan ramai.

Peguam Thein Zaw berkata, jurugambar dan lima wartawan Myanmar itu dituduh di bawah undang-undang bagi mengekang ketakutan, berita palsu dan gangguan kepada kakitangan kerajaan secara langsung atau tidak langsung.

Junta tentera hanya meminda peruntukan itu bulan lalu dengan menambah hukuman penjara daripada dua tahun kepada tiga tahun.

Menurut AP, lima lagi wartawan adalah dari Myanmar Now, Myanmar Photo Agency, 7Day News, Zee Kwet Online dan seorang pekerja bebas.

Timbalan Presiden bagi berita antarabangsa AP, Ian Philips, menggesa Thein Zaw dibebaskan dengan segera.

"Wartawan bebas perlu dibenarkan untuk bebas bergerak dan secara selamat melaporkan berita tanpa ketakutan, AP mengecam penahanan Thein Zaw," katanya.

Sejurus tragedi rampasan kuasa itu, pihak berkuasa menggunakan pelbagai taktik untuk mengekang penunjuk perasaan termasuklah melepaskan gas pemedih mata, meriam air, peluru getah dan peluru hidup.

Tunjuk perasaan Ahad lalu dilihat paling berdarah dalam rampasan kuasa itu apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa 18 penunjuk perasaan terbunuh.

Menurut sebuah badan pemantau, Persatuan Bantuan Tahanan Politik (AAPP), lebih 1,200 orang ditahan sejak tunjuk perasaan itu dengan kira-kira 900 masih dipenjara atau menanti dikenakan hukuman.

AAPP juga melaporkan bahawa antara yang ditahan itu termasuk 34 wartawan, termasuk 15 yang sudah dibebaskan setakat ini. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,478
Reaction score
4,441
Points
601

Another day of violence in Myanmar has left more people dead. Exact figures are hard to come by, but one human rights group put the number at 18. Other reports suggest the death toll is actuallly double that. Protesters against last month's military coup say they were met with live ammunition and tear gas.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,478
Reaction score
4,441
Points
601
protes.jpg


Rakyat Singapura dinasihat tinggalkan Myanmar

SINGAPURA: Rakyat Singapura di Myanmar dinasihatkan supaya meninggalkan negara itu secepat mungkin, lapor Channel News Asia.

Menteri Luar Singapura turut menasihatkan rakyatnya supaya menangguhkan semua perjalanan ke Myanmar.

“Rakyat Singapura yang berada di Myanmar juga perlu mempertimbangkan untuk meninggalkan negara itu secepat mungkin sementara boleh melakukannya.

“Mereka yang memilih untuk kekal berada di negara itu turut diingatkan sentiasa berada di dalam kediaman serta mengelakkan perjalanan tidak penting, terutamanya di kawasan demonstrasi berlaku.

“Rakyat Singapura juga dinasihatkan supaya kekal berjaga-jaga dan memantau berita tempatan secara dekat,” katanya.

Kementerian itu turut memberi peringatan supaya rakyatnya mendaftar eRegister dalam web supaya mereka boleh dihubungi sekiranya terdapat keperluan.

Protes di Myanmar berlaku sejak awal Februari lalu apabila tentera menggulingkan dan menahan pemimpin awam, Aung San Suu Kyi, sehingga mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran setiap hari.


 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,478
Reaction score
4,441
Points
601
myanmar-s-junta-has-escalated-force-as-it-attempts-to-quell-an-uprising-against-its-rule-16146...jpg


Tiga anggota polis Myanmar berpaling tadah

NEW DELHI: Tiga anggota polis Myanmar berpaling tadah dengan melarikan diri ke negeri Mizoram di India bagi mendapatkan perlindungan suaka kerana tidak mahu terlibat dalam rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera negara itu.

Jurucakap polis daerah Serchip di Mizoram, Stephen Lalrinawma memberitahu, ketiga-tiga anggota polis itu memasuki sempadan India berhampiran pekan Vanlaiphai Utara tengah hari semalam.

Katanya, keadaan mereka kini dipantau oleh pasukan perubatan.

“Tiga anggota polis itu memberitahu mereka ‘tidak mampu melaksanakan’ arahan yang dikeluarkan oleh junta tentera terhadap penunjuk perasaan dan itu menjadi punca mereka melarikan diri.

“Mereka ingin mendapatkan perlindungan di sini kerana tidak tahan dengan pentadbiran ketenteraan di Myanmar,” katanya.

India berkongsi 1,643 kilometer kawasan sempadan darat dengan Myanmar dan beberapa siri tunjuk perasaan di negara itu sudah meragut lebih 50 nyawa sejak 1 Februari lalu. – REUTERS
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register