BTC USD 63,041.4 Gold USD 1,745.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KRISIS MYANMAR: Suu Kyi Ditahan, Tentera Umum Darurat Setahun

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601

Myanmar riot police fired warning shots in Yangon on Friday (Feb 26) as they moved to disperse more than 1,000 anti-coup protesters who had gathered in front of a popular shopping mall. A water-cannon truck was also brought to the area.
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601
Suruhanjaya Pilihan Raya Myanmar isytihar keputusan pilihan raya tidak sah

YANGON: Suruhanjaya Pilihan Raya Myanmar yang dilantik junta dilaporkan mengisytiharkan keputusan Pilihan Raya Umum November lalu tidak sah.

Menurut media tempatan, The Irrawaddy, Ketua Suruhanjaya itu, U Thein Soe, mengumumkan demikian selepas bertemu lebih 50 parti politik di ibu kota Naypyidaw.

Tentera merampas kuasa pada 1 Februari lalu atas alasan berlaku penipuan besar dalam pilihan raya itu.

Semalam, polis Myanmar melepaskan tembakan amaran ke udara bagi menyuraikan penunjuk perasaan di simpang jalan di Hledan, di ibu kota Yangon.

Ia kali pertama polis melepaskan tembakan pada siang hari di Yangon.

Sekurang-kurangnya 10 orang dilaporkan ditangkap.

Bantahan berlaku hampir setiap hari di bandar-bandar merata Myanmar sejak tentera merampas kuasa.

Penunjuk perasaan mendesak supaya pemerintah awam segera dipulihkan dan semua pemimpinnya dibebaskan. - AGENSI
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601
Duta Myanmar mohon 'tindakan keras' PBB terhadap rampasan kuasa

YANGON: Duta besar Myanmar ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kyaw Moe Tun, meminta masyarakat antarabangsa supaya bersama-sama bertindak terhadap pemerintahan tentera, ketika polis bertindak keras terhadap demonstrasi antirampasan kuasa di negara Asia Tenggara itu.

Sejak penggulingan Aung San Suu Kyi pada 1 Februari lalu, demonstrasi meletus di Myanmar dan kemarahan dari negara luar juga turut meningkat.

"Kita perlu mendapatkan sokongan tindakan sekuat mungkin dari masyarakat antarabangsa untuk segera menghentikan rampasan kuasa pihak tentera, penindasan terhadap orang yang tidak bersalah, mengembalikan kuasa negara kepada rakyat dan memulihkan demokrasi," katanya pada Perhimpunan Agung PBB.

Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh sejak penggulingan itu termasuk seorang anggota polis.

Sejak demonstrasi antirampasan kuasa bermula tiga minggu lalu, pihak berkuasa terus meningkatkan penggunaan kekuasaan mereka.

Bom tangan juga digunakan di persimpangan Hledan, menyebabkan penunjuk perasaan melarikan diri untuk bersembunyi di bangunan berhampiran.

Tatkala pihak berkuasa menggeledah pangsapuri untuk mencari penunjuk perasaan, penduduk membantah dengan memukul periuk dan kuali - tindakan biasa yang dilakukan untuk menentang rejim tentera.

Pihak berkuasa menyeret penunjuk perasaan, dan sekurang-kurangnya seorang cedera akibat huru-hara terbabit, dilihat duduk di sebuah trak polis dengan baju berdarah.

Mereka memukul penunjuk perasaan muda dengan tongkat dan memaki mereka semasa melakukannya," kata seorang penjual makanan jalanan, Thandar Cho sambil menambah bahawa dia melihat polis mengarahkan senjata mereka ke arah pangsapuri.

Seorang wartawan Jepun, Yuki Kitazumi, turut ditahan semasa tindakan keras yang berlarutan, namun kemudiannya dibebaskan.

Lebih 31 orang ditangkap semasa tunjuk perasaan di Yangon, 39 di Mandalay, manakala 25 di Naypyidaw.

Sementara itu, Suu Kyi berdepan dua tuduhan, iaitu mempunyai walkie-talkie yang tidak berdaftar di kediamannya dan melanggar peraturan COVID-19.

Perbicaraannya dijadualkan pada 1 Mac ini, namun peguamnya, Khing Maung Zaw, memberitahu bahawa Suu Kyi masih belum menghubunginya. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601

Several reportedly killed in Myanmar after protesters and police clash
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601
Myanmar berdarah, 18 orang didakwa maut

YANGON - Pasukan keselamatan Myanmar melepaskan tembakan ke arah para penunjuk perasaan pada Ahad menyebabkan lapan orang terbunuh dalam satu tindakan paling darah dalam mengekang tunjuk perasaan antirampasan kuasa tentera ke atas kerajaan awam.

Junta tentera kini berdepan dengan tekanan supaya membebaskan bekas Penasihat Kerajaan dan pemimpin Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD), Aung San Suu Kyi yang ditahan pada 1 Februari lalu dan menamatkan rampasan kuasa yang dilakukan pada tarikh yang sama.

Menurut AFP, pasukan keselamatan itu melepaskan tembakan di empat buah bandar di Myanmar ketika polis dan tentera cuba untuk menghalang kempen bagi mengingkari arahan junta tentera supaya tidak melakukan tunjuk perasaan antirampasan kuasa.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengutuk tindakan menyuraikan tunjuk perasaan itu dan menyatakan ia menerima maklumat berwibawa yang mendakwa 18 orang mungkin terbunuh dalam kejadian tersebut.

"Kami dengan tegas mengutuk peningkatan keganasan ke atas para penunjuk perasaan di Myanmar dan mendesak pihak tentera menghentikan penggunaan kekerasan ke atas para penunjuk perasaan," kata jurucakap Pejabat PBB, Ravina Shamdasani.

Namun, AFP tidak dapat mengesahkan jumlah kematian itu.

Ratusan orang telah ditangkap pada Ahad dan dipindahkan ke Penjara Insein, Yangon yang mana ramai penyokong perjuangan demokrasi Myanmar dijel bagi tempoh lama ketika negara itu diperintah oleh junta tentera.

Sekurang-kurangnya seorang wartawan yang merakamkan serangan pasukan keselamatan pada Ahad lalu ditahan di bandar Myitkyina, utara negara tersebut, menurut media tempatan, The 74 Media.

Seorang lagi wartawan ditembak dengan peluru getah ketika mengawal tunjuk perasaan di bandar Pyay.

Seorang jurucakap junta tentera tidak menjawab panggilan telefon bagi memberikan ulasan tentang kejadian tunjuk perasaan yang berlaku pada Ahad.

Sebelum kejadian tunjuk perasaan pada Ahad, sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dalam kekacauan yang berlaku sejak pihak tentera merampas kuasa manakala tiga lagi maut pada 20 Februari lalu.

Seorang lagi pegawai polis terbunuh ketika cuba menyuraikan tunjuk perasaan, kata pihak tentera. - Agensi


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/126229/GLOBAL/Myanmar-berdarah-18-orang-didakwa-maut
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601
BREAKING:

Myanmar court has brought an additional charge against Aung San Suu Kyi and ousted president Win Myint for incitement under 505b of the penal code on Monday, says one of NLD’s legal team members. Stay tuned for the full story

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601
Myanmar Police Caught Destroying Red Cross Vehicles in Mandalay | Feb 28 2021

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register